Now Reading
Lelaki Malaysia Di Singapura Dipenjara 8 Tahun Selepas Rogol Warga Filipina Yang Baru Diperkosa

Lelaki Malaysia Di Singapura Dipenjara 8 Tahun Selepas Rogol Warga Filipina Yang Baru Diperkosa

Tertuduh, Harvin Velanggany, turut mengambil wang tunai berjumlah S$369 yang terdapat dalam beg tangan milik mangsa sebelum menyembunyikan wang tersebut pada seluar dalamnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Golongan wanita seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati apabila keluar rumah seorang diri.

Manakan tidak, pelbagai perkara yang tidak diduga seperti kemalangan mahupun gangguan boleh berlaku tanpa kita sedari.

Lebih menakutkan, ada segelintir individu yang dilihat suka mengambil kesempatan jika seseorang itu sedang menghadapi masalah atau kesusahan.

Lelaki Dipenjara 8 Tahun & 6 Sebatan Selepas Rogol Wanita Warga Filipina

Itulah situasi yang dialami oleh seorang wanita warga Filipina di Singapura apabila dia dirogol buat kali kedua oleh lelaki warganegara Malaysia yang diharapkan dapat membantunya selepas dia menjadi mangsa rogol seorang pelancong dari India.

Lelaki warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Harvin Velanggany dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun dan enam sebatan pada Isnin (13 April) lalu oleh Mahkamah Tinggi Singapura selepas mengaku bersalah merogol wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun didakwa melakukan kesalahan terbabit terhadap mangsa di padang terbuka berhampiran Stesen MRT Rochor, Singapura pada malam 26 Mei 2024.

Pada hari kejadian, mangsa didakwa tidak bekerja dan telah minum beberapa tin alkohol pada petang itu.

Lelaki Rogol Mangsa Selepas Nampak Mangsa Dirogol Pelancong India

Pada mulanya, mangsa yang berusia 32 tahun berada di padang terbabit telah didatangi pelancong India, Anbazhagan Sivamurugan yang kemudian merogolnya.

Harvin yang pada ketika itu sedang mencari tempat untuk tidur menjadi saksi kejadian terbabit.

Dia kemudiannya menghampiri mangsa selepas Anbazhagan pergi meninggalkan lokasi kejadian.

Pembantu rumah terbabit terus memberitahu Harvin situasi yang berlaku dan bimbang akan hamil akibat perbuatan pelancong itu.

Namun, Harvin memberitahunya agar tidak perlu risau kerana dia mempunyai kondom.

Bimbang Harvin salah faham, mangsa menjelaskan bahawa kenyataannya merujuk kepada pelancong India yang merogolnya sebelum itu.

Turut Ambil Wang Tunai Milik Mangsa Sebelum Mengembalikannya

Harvin bagaimanapun mengabaikan penjelasan wanita tersebut dan terus menindih serta merogol mangsa.

Malah, dia juga turut mengambil wang tunai berjumlah S$369 yang terdapat dalam beg tangan milik mangsa sebelum menyembunyikan wang tersebut pada seluar dalamnya.

Namun, Harvin kemudiannya memulangkan kembali wang tersebut dan berlalu pergi selepas mangsa melawannya.

Mangsa Dapatkan Bantuan Daripada Hotel Berhampiran

Mangsa terus mendapatkan bantuan dari hotel berdekatan iaitu Hotel Mi Rocho dan pekerja hotel terbabit terus menelefon polis.

Wanita itu kemudiannya dibawa ke Women’s and Children’s Hospital bagi mendapatkan rawatan dan diberi kontraseptif kecemasan, antibiotik serta ubat pencegahan HIV.

Majikan mangsa telah membayar bil keseluruhan sebanyak S$1,000.

Harvin bagaimanapun telah ditahan dua hari kemudian iaitu pada 26 Mei 2024 manakala kes Anbazhagan masih dibicarakan di mahkamah.

Baca Artikel Berkaitan: Menyamar Jadi Penghantar Barang, Lelaki Maut Selepas Rogol & Samun Wanita Di Wangsa Maju

Baca Artikel Berkaitan: Lagi Kes Rogol Berkumpulan Di Sekolah, 3 Pelajar & Bekas Pelajar Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.