fbpx
Now Reading
“Laju Gila” – Lelaki Rap Remix Lagu Eminem Rap God Guna Bahasa Melayu Curi Perhatian [Video]

“Laju Gila” – Lelaki Rap Remix Lagu Eminem Rap God Guna Bahasa Melayu Curi Perhatian [Video]

Dalam video dikongsikan, kelihatan lelaki berkenaan mengubah liriknya sendiri dan menyanyi rap dengan laju persis seperti penyanyi rapper, Eminem.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan dalam bidang nyanyian terdapat pelbagai genre, ada yang klasik, jazz, balada dan ada sebagainya.

Namun tidak semua mempunyai bakat dalam nyanyian rap. Ini kerana untuk menjadi rapper seseorang perlu mempunyai kemahiran untuk bercakap dengan laju. Namun setiap penyanyi rap mempunyai identiti dan cara tersendiri dalam menyampaikan lagu.

Tidak semua lagu dinyanyikan rapper dari awal sehingga habis muzik bercakap sahaja namun kemahiran ini perlu mempunyai banyak latihan.

Lelaki bangsa Cina nyanyi lagu rap Bahasa Melayu raih perhatian

Baru-baru ini, seorang lelaki berbangsa Cina telah menarik perhatian ramai apabila dia menyampaikan rap dalam bahasa Melayu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Francis Romanism di Instagram, kelihatan dia menyampaikan lagu rap tersebut dengan menggunakan latar belakang muzik daripada ‘Rap God’ yang dinyanyikan oleh Eminem.

Ubah lirik secara keseluruhan hanya guna muzik latar Eminem

Namun dalam video tersebut, kedengaran Francis telah mengubah lirik secara keseluruhan dalam lagu tersebut dan menggunakan Bahasa Melayu.

“Aku rasa aku lah orang pertama dalam Malaysia remix lagu ini dalam Bahasa Melayu, aku tak ada hisap batu tapi bila aku fikir balik aku orang yang pertama dalam dunia remix lagu ini tapi aku Cina memang pelik aku sendiri pun tak percaya aku buat benda ini semua orang dah terkejut mula sudah dorang sebut, macam mana dia buat paru-paru dia kuat cuma otak dia sumbat budai ini dari hutan power gila macam Sultan dia laju macam sukan sudah lebih had laju kan call jabatan pengangkutan macam raja tapi bukan panggil aku rap punya tuhan,” nyanyinya dalam satu nafas.

Fasih Bahasa Melayu walaupun rap laju

Apa yang menarik perhatian, lirik tersebut dilakukan oleh Francis tanpa berhenti walau seketika dan sangat laju persis seperti Eminem dalam nyanyian rapnya.

Bukan hanya itu, setiap perkataan turut disebut dengan jelas serta fasih.

Dalam beberapa video lain yang dikongsikan, kelihatan Francis sememangnya banyak menyanyikan lagu rap yang dicipta sendiri dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan pelbagai muzik latar.

Bahkan dia turut mempunyai lagu raya duet bersama Diana Danielle bertajuk Raya Macam Mana.

Melihat diruangan komen, ramai yang kagum dengan cara Francis menyanyikan lagu berkenaan.

Bahkan ada yang teruja apabila melihat dia menghabiskan rangkap lirik dengan satu nafas dan laju.

Ada juga yang berseloroh memintanya melakukan rap berkenaan dalam bahasa Cina (Mandarin) namun Francis menjelaskan ia agak sukar kerana dia dilihat lebih banyak membuat ‘cover’ dengan lagu Bahasa Inggeris dan Melayu.

“Kalau ada tan koma atau noktah tu mesti dah tersadung”

“Pergh power”

“Huish padu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.