Now Reading
Dah Macam Harga Rumah! Motosikal Retro Dengan Nombor Plat PM 2 Dijual Pada Harga RM750,000

Dah Macam Harga Rumah! Motosikal Retro Dengan Nombor Plat PM 2 Dijual Pada Harga RM750,000

Menurut penjual motosikal dengan nombor plat single digit PM 2, Muhammad Saffwan Muhammad Lotpy, antara cabaran utama yang dihadapi apabila terlibat dalam pasaran nombor ‘rare’ adalah mendapatkan nombor sah dan mengelakkan penipuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui harga bagi nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia adalah berbeza bergantung kepada kriteria nombor itu sendiri.

Ada yang percuma jika anda seseorang yang tidak kisah dengan nombor pendaftaran anda dan ada yang dikenakan bayaran sedikit jika mahukan nombor semasa (running number) yang mungkin membawa maksud tertentu sebagai contoh tarikh lahir atau tarikh perkahwinan.

Namun, ada nombor pendaftaran ‘rare’ yang harganya boleh mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit dek kerana permintaan tinggi serta keunikan yang terdapat pada nombor tersebut lebih-lebih lagi jika ianya satu digit.

Nombor Plat PM 2 Pada Motosikal Dijual Dengan Harga RM750,000

Mungkin nampak biasa bagi kebanyakan orang namun siapa sangka sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran PM 2 dijual pada harga RM750,000. Dah macam harga dengan sebuah rumah!

Itulah harga yang ditawarkan oleh seorang runner bagi urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom, Muhammad Saffwan Muhammad Lotpy bagi motosikal jenama Aveta DY 115 dengan nombor pendaftaran ‘PM 2’ yang diiklankannya di Facebook sejak 14 April lalu.

Untuk info, harga pasaran bagi model motosikal kapcai itu hanyalah bernilai RM3,988 bagi jenis standard dan RM4,088 bagi jenis edisi khas (Special Edition).

Kenderaan itu didatangkan dengan enjin 113.3 cc, empat lejang serta tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter.

Jelas Saffwan, harga RM750,000 bukanlah terletak pada motosikal retro terbabit namun pada nombor pendaftaran PM 2 yang dianggap sebagai klasik serta ‘rare’ dalam pasaran.

“Memang harga pasaran nombor itu sekitar RM700,000 ke atas kerana ia nombor dua, antara nombor paling dicari. Kalau nombor ‘PM 1’, harganya boleh mencecah lebih RM1 juta.

“Nombor ini asalnya milik sebuah kereta sebelum dipindahkan ke motosikal melalui prosedur ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada awal bulan ini,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Bantu Sepupu Cari Pembeli, Hanya Pembeli Tahu Nilai Sebenar

Terang Saffwan dia hanya sekadar membantu mencari pembeli dengan mengiklankan motosikal tersebut yang dimiliki oleh sepupunya.

Jelasnya, walaupun harga nombor plat tersebut dilihat luar biasa namun ia adalah berdasarkan nilai pasaran sebenar bagi nombor pendaftaran eksklusif.

“Orang mungkin pelik, tapi bagi pembeli sebenar mereka tahu nilai nombor seperti ini. Lagi kecil nombor, lagi tinggi harga.

“Setakat ini, belum ada pembeli kerana biasanya nombor rare memang ambil masa. Ada yang jual cepat, ada juga sampai dua atau tiga tahun,” terangnya lagi.

Dah Ada Pengalaman Lebih 15 Tahun Jual Nombor Plat Unik

Saffwan yang merupakan bapa kepada dua orang anak itu mendedahkan dia mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam urusan jual beli nombor pendaftaran.

Ia termasuklah membantu menjual lebih 1,000 nombor dari harga murah sehingga ratusan ribu ringgit.

Kongsinya lagi, antara cabaran utama yang dihadapi apabila terlibat dalam pasaran nombor ‘rare’ adalah mendapatkan nombor sah dan mengelakkan penipuan.

“Kita kena pastikan nombor itu ‘bersih’ dan tiada masalah kerana sekarang ada kes nombor tidak sah.

“Proses pemindahan nombor daripada kenderaan ke motosikal juga tidak rumit dan boleh diselesaikan dalam tempoh sehari melalui prosedur biasa di JPJ dan Puspakom,” katanya.

Tidak Peduli Komen Negatif Sesetengah Pihak

Bila ditanya tentang komen negatif dan cemuhan yang diterima daripada segelintir pengguna media sosial, Saffawan mendedahkan dia enggan mengambil endah terhadap komen negatif yang dilemparkan.

Ini kerana dia menyifatkan segelintir netizen tidak memahami pasaran nombor pendaftaran kenderaan.

“Mereka yang memperlekehkan itu tidak jadi masalah kerana bukan pembeli.

“Hanya pembeli yang serius tahu betapa bernilai memiliki kenderaan dengan nombor plat rare.

“Bila dapat nombor yang jarang orang ada, memang ada kepuasan tersendiri. Itu yang buat peminat nombor sanggup berbelanja besar,” kongsinya lagi.

Sekadar info, nombor plat pendaftaran paling mahal di Malaysia adalah FF 1 yang bernilai RM1.2 juta.

Nombor tersebut dibida oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim pada 2023.

Di Buka Untuk Jualan Semoga Di Permudahkan PM2 RM750k Sahaja 0109000943 Aji Wan

Posted by Aji Muhammad Saffwan Lotpy on Monday 13 April 2026

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Ada Nombor Plat Kenderaan Boleh Cecah Jutaan Ringgit

Baca Artikel Berkaitan: Mat Salleh Dedah, Nombor Plat ‘1M’ Milik Kedutaan Malaysia Antara Yang Termahal Di UK [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.