Tidur Pakai Bra Dapat Kanser Hanya Mitos, Jom Ketahui Bahaya Yang Sebenar
Pemakaian bra yang salah atau ketat ketika tidur boleh memberi kesan negatif kepada si pemakai dan menyeksa fisiologi badan secara senyap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan wanita, bra atau baju dalam merupakan pakaian yang wajib dipakai ketika menjalani kehidupan seharian.
Bila tak pakai, tak lengkap rasanya hari tu! Malah, kepentingan bra ini juga dapat dilihat apabila pelbagai jenis baju dalam dijual di pasaran mengikut aktiviti yang dilakukan sebagai contoh sports bra untuk riadah atau nursing bra bagi keselesaan ibu yang menyusu badan.
Bila sebut tentang pemakaian bra, ada yang memilih untuk memakainya pada siang hari dan menanggalkannya pada waktu malam khususnya ketika tidur kononnya untuk mengelakkan kanser.
Namun, ada juga yang memilih untuk memakai coli pada waktu tidur bagi mengelakkan aset itu daripada kendur.
Sejauh manakah kenyataan ini? Betul ke tidur tak pakai bra dapat elak kanser? Tidur pakai bra pula dapat kekalkan bentuk payudara itu sendiri?
Tidur Tak Pakai Bra Dapat Elak Kanser Hanya Mitos, Bentuk Payudara Berubah Disebabkan Pelbagai Faktor
Hakikatnya, kenyataan tidak memakai coli ketika tidur dapat elakkan kanser adalah satu mitos.
Malah, tanggapan yang tidur memakai bra dapat kekalkan bentuk payudara anda juga adalah mitos.
Menurut laman Hello Doktor yang memetik Profesor Bersekutu Pembedahan dan Pengarah Breast Cancer Surgery Multidisciplinary Fellowship di NYU Langone Medical Center, Dr Amber Guth menjelaskan tiada bukti kukuh yang mengaitkan pemakaian bra dengan manfaat atau risiko kepada kesihatan payudara.
Jadi, nak pakai bra waktu tidur boleh, tak pakai pun boleh.
Artikel sama turut memetik kenyaatan pakar perubatan terkenal, Dr Amalina Che Bakri yang pernah menjelaskan pemakaian bra pada waktu tidur termasuk jenis yang berdawai tidak akan menjadi punca kanser.
“Sesetengah individu mungkin perlu tidur pakai bra pada waktu malam untuk sokongan atau kerana nasihat doktor. Jika anda perlu memakainya, pastikan bra yang dipakai adalah saiz yang betul dan tidak terlalu ketat,” ujar Dr Amalina.
Semak Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Bentuk Payudara
Malah, laman itu turut menjelaskan, perubahan pada bentuk payudara wanita kebiasaannya dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
- Kehamilan dan penyusuan bayi – Semasa hamil, bentuk payudara akan berubah. Ini kerana ligamen cooper yang menghubungkan dada dan payudara akan meregang dan menyebabkan darah dipam terus ke dalam buah dada. Keadaan ini menjadikan payudara nampak lebih berat dan padat. Kehadiran susu juga menyebabkan tisu payudara lebih penuh dan menjadikannya kelihatan kendur.

- Usia – bila dah berusia, kolagen dalam badan akan hilang disebabkan berlakunya perubahan hormon. Ia menyebabkan payudara pada badan seseorang menjadi kendur.
- Graviti – Jika seseorang itu suka membongkok, tarikan graviti boleh membuatkan buah dada menjadi kendur dalam masa yang singkat namun kesannya hanya akan dapat dilihat selepas beberapa tahun.

Jadi, Dekat Mana Yang Bahayanya Tidur Pakai Bra Ni? Jom Baca
Namun, pemakaian bra yang salah atau ketat ketika tidur boleh memberi kesan negatif kepada si pemakai dan menyeksa fisiologi badan secara senyap.
Jika bra yang dipakai terlalu ketat atau tidak sesuai, ia boleh mendatangkan bahaya seperti:
#1 Punca Penyumbatan Limfa
Menurut laman Hello Doktor, apabila coli yang dipakai terlalu ketat, ia boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan pada payudara.
Pemakaian bra yang tidak sesuai atau terlalu ketat boleh menyebabkan penyumbatan limfatik.
Ia berlaku disebabkan pembentukan cecair dalam nodus limfa axillary pada bahagian ketiak.
Kelenjar-kelenjar ini berfungsi untuk melawan jangkitan dalam badan termasuklah bahan asing yang berbahaya serta sel kanser.
Memetik Public Health Malaysia (PHM) pula, kelenjar ini dalam bahasa mudahnya berfungsi sebagai sistem kumbahan badan untuk membuang toksin.
Bila ditekan untuk tempoh waktu yang lama, peredaran cecair limfa akan tersekat dan menghalang badan untuk detoks secara semulajadi.
#2 Ganggu Kualiti Tidur
Pemakaian bra yang tidak sesuai ketika tidur boleh mengganggu kualiti tidur itu sendiri.
Coli yang ketat boleh menyebabkan si pemakai susah untuk menarik nafas panjang.
Malah boleh jadi sesak nafas dan rasa tidak selesa ketika tidur.
Menurut PHM, ketika individu sedang berada di fasa deep sleep, tulang rusuk perlu mengembang bebas untuk membawa masuk oksigen yang maksimum ke dalam badan.
Jadi, bila anda memakai coli yang terlalu ketat dan mengikat dada, nafas boleh menjadi pendek sekaligus menjejaskan kualiti tidur.

#3 Risiko Jangkitan Kulit
Tindakan tidur dengan pakaian dalam yang tidak sesuai atau ketat berisiko menyebabkan si pemakai terkena jangkitan kulit.
Bila dah seharian memakai bra, ia boleh mengganggu peredaran udara pada liang kulit dan menyebabkan kulit sukar untuk menyerap udara.
Bahagian ketiak serta lipatan bawah dada khususnya boleh jadi susah untuk bernafas.
Bila keadaan sebegini berlaku, ia boleh mewujudkan persekitaran yang lembab pada kawasan terlibat dan berisiko berlakunya pembiakan bakteria.
Bila wujudnya bakteria, kulit boleh jadi gatal-gatal atau naik ruam merah.

Jadi girls, malam ni dah boleh decide malam nak tidur pakai bra atau tak.
Nak pakai tak salah tapi pastikan anda memilih bra yang sesuai, longgar dan selesa untuk di pakai ketika waktu tidur.
Perasaan paling nikmat bagi seorang wanita lepas penat seharian ialah bila dapat buka ‘cangkuk’ bra di sebalik baju…
Posted by Public Health Malaysia on Sunday 12 April 2026
Baca Artikel Berkaitan: Nampak Sama Tapi Lain Fungsinya! Jom Kenali Jenis Bra Sesuai Dengan Aktiviti Harian
Baca Artikel Berkaitan: Nak Payudara Rasa Selesa & ‘Bernafas’, Ini Cara Ukur Bra Buat Wanita
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Mitos Tentang Kanser Payudara Yang Patut Anda Tahu!



