Rezeki Si Comel! Ramai Tersentuh Lihat Pemandu Lori Gigih Turun Bagi Duit Dekat Bayi Kereta Sebelah [Video]
Cerita pengguna Threads yang juga ibu kepada bayi berkenaan, dia serta suaminya pada ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja kira-kira jam 7.49 pagi dan menunggu lampu isyarat di Krubong, Melaka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap manusia seringkali diingatkan agar sentiasa berbuat baik antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama dan latar belakang.
Bila sebut tentang kebaikan, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkannya.
Ada yang lebih senang melakukan kebaikan dengan cara menghulurkan wang ringgit ada juga yang menawarkan perkhidmatan.
Kadangkala, kebaikan yang dibuat oleh seseorang khususnya dari individu yang tidak dikenali mampu menyentuh hati mereka yang menerima.
Pemandu Lori Lihat Bayi Di Kereta Sebelah
Semalam (14 April), tular di media sosial perbuatan murni seorang pemandu lori yang sanggup turun daripada kenderaannya semata-mata mahu memberi duit kepada seorang bayi.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada bayi comel itu dalam satu hantaran di Threads @nrlna.naa.
Kongsi pengguna berkenaan, dia terkejut dengan tindakan pemandu lori tersebut yang sanggup keluar daripada kenderaannya demi memberi wang kepada anaknya itu.
Cerita pengguna berkenaan, dia serta suaminya pada ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja kira-kira jam 7.49 pagi dan menunggu lampu isyarat di Krubong, Melaka.
Pada ketika itu, pemandu lori yang mesra digelar sebagai uncle sedang berada di sebelah kenderaan mereka dan melihat bayinya di dalam kereta.
Sedar dengan tindakan pemandu lori terbabit, suami pengguna berkenaan terus menurunkan tingkap bagi memudahkan pemandu lori melihat dengan lebih jelas.
“Kisah pagi tadi nak pergi ke tempat kerja, masa ni tengah tunggu lampu isyarat. Uncle sebelah kereta yang bawak lori ni pandang je anak saya, suami saya pun turunkan la tingkap, anak pun pandang jela uncle tu,” kongsinya.
Sanggup Keluar Daripada Lori, Beri Wang Kepada Bayi
Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu lori terbabit sanggup keluar dan turun daripada kenderaannya di tengah-tengah jalan raya semata-mata untuk memberi duit kepada si comel itu.
Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat dia meletakkan dua helai wang kertas RM10 pada tangan bayi berkenaan malah dia sempat menyentuh pipi bayi comel berkenaan sebelum masuk semula ke dalam kenderaannya.
Kedengaran wanita bersama suaminya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemandu lori berkenaan.
“Ya Allah uncle, tengah jem-jem sanggup dia turun, thank you uncle,” katanya.
View on Threads
Ramai Tersentuh Aksi Spontan Pemandu Lori
Perkongsian yang telah mendapat lebih 267,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji perbuatan spontan pemandu lori terbabit yang sanggup turun dalam kesesakan demi bayi kecil berkenaan.
Malah, ada yang berpendapat kemungkinan lelaki itu sedang merindui anak atau cucunya menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Bukan itu sahaja, ada warganet yang turut berkongsi pengalaman sama merasai kebaikan individu lain yang tidak dikenali tanpa mengira bangsa.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Weh Baiknya Dia (Pemandu Lori), Mesti Dia Teringat Dekat Anak Cucu Dia”

“Bekas Bos Saya Juga India, Dia & Keluarga Manjakan Baby Saya. Beli Toys La, Baju La, Beli Ubat Sapu Masa Baby Batuk Teruk, Tu Belum Cerita Tolong Jagakan Masa Saya Tengah Emergency Kena Bawa Bayi”

“Wah Rezeki Adik Comel. Baiknya Uncle Tu, Semoga Uncle Sentiasa Diberikan Kesihatan Yang Baik & Dilindungi Daripada Segala Perkara Tak Diingini”

“Betullah, Rezeki Tak Pernah Salah. Selalu Ada Meskipun Dekat Kawasan Yang Tak Dijangka Langsung”

“Mesti Dia Rindu Anak Dia, Cucu Ke, Selalu Pemandu Lori Ni Kadang Tak Banyak Masa Dengan Keluarga”

Baca Artikel Berkaitan: Berkat Buat Baik, ‘Aunty Guard Viral’ Dapat Pingat Pangkuan Negara Dari YDPA
Baca Artikel Berkaitan: Nampak Kecil Tapi Bermakna, Lelaki Bantu Kemas Semua Meja Di Restoran Raih Pujian



