Guna Nama Unik & Catchy Untuk Label Makanan Ketika Open House, Wanita Dipuji Kreatif
Menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan setiap menu dilabel dengan i nama unik dan kreatif sehingga membuatkan para tetamu terhibur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan ramai di antara kita masih lagi berada dalam mood menyambut lebaran dan masih ada juga yang melakukan rumah terbuka.
Yelah acara rumah terbuka ni biasanya hanya dilakukan setahun sekali sahaja iaitu ketika bulan Syawal.
Setiap kali menganjurkan rumah terbuka ada yang mengambil inisiatif untuk membuat tempahan makanan daripada peniaga dan ada yang memilih memasak di rumah.
Tidak kiralah masak sendiri atau tempahan apa yang penting adalah makanan dihidangkan sedap dan antara perkara yang sering menarik perhatian tetamu apabila ia dihias dengan cantik.
Wanita kongsi guna label nama unik untuk makanan ketika buat rumah terbuka
Baru-baru ini seorang wanita di Threads turut menarik perhatian orang ramai apabila berkongsi mengenai pengalamannya membuat rumah terbuka.
Kata wanita dikenali sebagai Nik Wirda Shazwina (@wirdawina), dia telah melakukan semuanya sendiri seperti memasak, buat air, menyusun makanan termasuklah menghias meja.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila dia juga turut melabel makanan dan minuman dengan nama yang lucu yang direka sendiri.
Buat tetamu yang hadir terhibur
Perkara itu secara tidak langsung, membuatkan para tetamu tidak hanya berselera menikmati makanan dihidangkan sebaliknya turut terhibur sebaik membaca label makanan yang ditulisnya.
“Selain masak sendiri, air bancuh sendiri, teh tarik guna bibik German masa event (mesin Thermomix), susun-susun bekas makanan dan buat tablescape, nama menu pun kita reka, print dan laminate macam ni.
“Gembira bila tetamu baca dan gelak-gelak suka. Misi berjaya!” tulisnya.
Menerusi gambar yang diberikan, kelihatan Wirda begitu kreatif dalam mencipta setiap nama bagi manakan dan minuman yang ada seperti:
- I teh tarik dengan you
- Citrus stilled water
- Thirst Quencher (Yang akan meningkatkan gula anda. Ia halal, sumpah)
- Mi goyeng (mi goreng tapi bercakap seperti pelat)
- Tembikai (manis lah kot..)
- Nasi menekan-nekan (yang dihimpit) *nasi himpit
- Lodeh hai mak lodeh, lodeh anak Pak Salleh (kuah lodeh)
- The egg-cellent (telur)
- Kuah kacang (yang tak lupakan kulit)
- Kacang lupakan bilis
- Sambal manja (jawnjey (janji) tak pedas)
Siap letak memo supaya tetamu tak bazirkan makanan
Bukan hanya itu, Wirda turut meletakkan satu memo buat tetamunya untuk kekal makan dengan tenang.
“Kekal tenang dan makan. Apa yang anda lihat di atas meja semuanya dimasak dengan kasih sayang dan tenaga.
“Jadi, jangan membazir. Nikmatinya, dan kenyangkan diri and dan jangan lupa makan malam nanti.
“Kami gembira dengan kunjungan anda. Terima kasih kerana ada di sini. Dan paling penting, ingat ‘pujian adalah nilai pilihan kami’.”

View on Threads
Ramai suka lihat wanita kreatif cipta dan label nama makanan
Melihat di ruangan balas, ramai yang suka dan tertarik dengan kreativiti Wirda dalam melabel makanan serta minuman yang dihidangnya.
Ada juga mengatakan mereka turut bernyanyi ketika membaca salah satu nama dalam menu dihidang itu.
Malah ada yang mengatakan mereka mahu menggunakan idea tersebut untuk open house pada tahun hadapan.
Bukan itu sahaja, ada yang tertarik melihat Wirda hanya menggunakan limau untuk dijadikan sebagai tempat meletakkan nama label itu.
“Kreatifnya, suka. Sambil baca kuah lodeh tu, ternyanyi pula”

“Eh a’ah lah pakai limau buat standee menu! Hahaha bijak!”

“Kitanya suka kreatif ayat macam ni. Teh Tarik dengan semua ayat”

“Saya auto nyanyi tengok lodeh.. Menekan-nekan ya, nasib baik bukan nasi lupa tekan”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.










