fbpx
Now Reading
Penuh Emosi! Pelukan Terakhir Antara Guru & Murid Di Majlis Perpisahan Buat Ramai Sebak [Video]

Penuh Emosi! Pelukan Terakhir Antara Guru & Murid Di Majlis Perpisahan Buat Ramai Sebak [Video]

Kongsi pengguna Threads berkenaan kepada BuzzKini, guru lelaki yang merupakan suaminya itu telah berkhidmat selama 12 tahun di sekolah terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi setiap orang, perpisahan sememangnya menjadi suatu perkara yang menyakitkan lebih-lebih lagi melibatkan insan tersayang.

Manakan tidak, selama ini kehidupan seharian diceriakan dengan kehadiran mereka namun bila tiba masanya semua itu terpaksa dilepaskan.

Tidak kira tua atau muda, pastinya saat itu menjadi momen sedih yang sukar untuk diterima oleh kebanyakan orang.

Guru & Murid Saling Berpelukan Di Majlis Perpisahan

Semalam (13 April), tular di media sosial rakaman seorang murid bersama guru dalam sebuah majlis perpisahan di Sekolah Kebangsaan Seri Mahligai (SKSM), Kuala Krai, Kelantan.

Menerusi video yang dikongsikan semula di Threads @syirahshari, dapat dilihat seorang murid lelaki menangis dan mengelap air mata sebelum dipujuk serta dipeluk oleh gurunya itu.

Lebih menyentuh hati, guru terbabit dilihat turut sama menangis malah mengelap air mata ketika menerima pemberian hadiah daripada anak didiknya itu.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pelajar terbabit menyarungkan hadiah dipercayai sebentuk cincin kepada guru kesayangannya.

Guru terbabit kemudiannya sekali lagi mendakap erat malah mendukung anak muridnya itu sebelum pelajar itu berlalu pergi.

Guru Dah Berkhidmat Selama 12 Tahun, Jadi Guru Kesayangan Anak Murid

Kongsi pengguna berkenaan yang dikenali sebagai Syira, guru lelaki dalam video tular itu merupakan suaminya dan murid berkenaan merupakan pelajar yang diajar sejak dari pra-sekolah sehingga tahun empat.

Jelasnya, dia bersyukur kini tidak lagi berjauhan dengan suaminya yang dikenali sebagai Cikgu Faiz namun pada masa sama tidak sampai hati melihat kesedihan anak murid pasangannya.

“Dalam pada kami bersyukur dah tak hubungan jarak jauh, still tak sampai hati sangat-sangat tengok anak-anak murid di sana sangat kasihkan cikgu. Cikgu pun sayang sangat anak-anak murid sekalian. Terima kasih semua warga SKSM!

Kongsi Syira kepada BuzzKini, suaminya itu telah berkhidmat selama 12 tahun di SKSM, Kuala Krai, Kelantan dan kini pulang kembali ke pangkuan mereka sekeluarga di Kota Bharu setelah berjauhan selama empat tahun.

Suami Berjiwa Pendidik, Tak Pernah Cakap Buruk Tentang Anak Murid & Rakan-Rakan

Jelasnya lagi, pasangannya itu sememangnya berjiwa pendidik. Ini kerana suaminya itu sering bercakap baik tentang anak muridnya dan tidak pernah berkata buruk termasuk rakan sekerja.

“Sangat sayangkan rakan-rakan sekerja, tak pernah sekalipun cakap yang buruk-buruk tentang guru-guru lain dan rapat dengan penduduk kampung yang sudah dianggap macam keluarga sendiri.

“Berpisah dengan anak-anak murid sebab kembali ke pangkuan keluarga tapi dihati takkan pernah lupa. Terima kasih atas doa-doa yang baik dari semua. Semoga yang baik berbalik pada kalian jua,” tulisnya.

View on Threads
@norainimahmood916

Terima kasih cikgu faiz @abe_pa16 atas ilmu yg dicurahkan.

♬ bunyi asal – takdir & waktu – takdir & waktu

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Sedih Lihat Momen Terakhir Guru & Anak Murid

Perkongsian yang telah mendapat lebih 81,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan sedih melihat momen akhir di antara pelajar dan guru berkenaan.

Malah, ada yang merasakan guru berkenaan sememangnya seorang cikgu yang baik sehingga anak murid begitu terkesan dengan pemergiannya.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Banyak Jasa Pendidik Ni Tanpa Kita Sedar. Semoga Suami Puan Dimudahkan Setiap Urusannya. Banjir Pula Air Mata Saya”

“Kasih Anak Murid Ke Cikgunya. Mesti Cikgu Tu Bagus Sehingga Begitu Terkesan Pada Anak-Anak”

“Kenapa Saya Menangis Sekali? Sebab Aku Faham Perasaan Anak Murid Tu Bila Cikgu Kesayangan Kita Pindah Sekolah”

“Semoga Syurga Buat Suami Puan & Para Guru Kerana Dididkan Mereka Buat Anak Bangsa”

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Murid Buat Kejutan Sempena Persaraan Guru Undang Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kumpulan Pelajar Perempuan Sedih Berpisah Dengan Guru Raih Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.