fbpx
Now Reading
Tular Penumpang Dihalau Keluar Dari Pesawat Selepas Didakwa Tepuk Punggung Pramugari [Video]

Tular Penumpang Dihalau Keluar Dari Pesawat Selepas Didakwa Tepuk Punggung Pramugari [Video]

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 8 April lalu sebelum pesawat Malaysia Airlines berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Gangguan seksual merupakan satu tindakan keji dan ia merupakan satu kesalahan undang-undang di kebanyakan negara.

Apa yang lebih menjengkelkan apabila si pelaku merasakan perbuatan mereka bukanlah satu perkara serius sebaliknya hanya isu kecil.

Walhal tindakan gangguan seksual itu boleh mengundang trauma dan kesan mendalam kepada psikologi mangsa.

Apabila ditegur tidak semua menginsafinya, namun sebaik tindakan lanjut diambil ada yang memberikan pelbagai alasan untuk menyatakan tindakan mereka tidak salah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Buru Lelaki Tular Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Di Stesen MRT Kajang

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Mengamuk Selepas Suami ‘Kantoi’ Curang, Pesawat Qatar Airways Terpaksa Membuat Pendaratan Cemas

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk ‘Besar Kepala’ Dalam Flight, Penumpang Dipercayai Ahli MMA Diarah Keluar Serta-Merta [Video]

Tular video penumpang warga China diarah keluar dari pesawat kerana lakukan gangguan seksual pada pramugari

Baru-baru ini tular satu video yang dikongsikan oleh aktivis dan penyanyi rap, Caprice di Instagram mengenai tindakan seorang penumpang sebuah penerbangan yang didakwa melakukan gangguan seksual iaitu menepuk punggung pramugari.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan penumpang dipercayai warga China itu dikelilingi beberapa petugas keselamatan daripada pesawat Malaysia Airlines sebelum dia dibawa keluar daripada kapal terbang berkenaan.

Cuba pertahankan diri sebelum ditarik keluar oleh pegawai keselamatan

Dalam video tular itu, penumpang itu dilihat cuba mempertahankan dirinya dan bercakap menggunakan bahasa Mandarin.

Memetik laporan The Sun, insiden itu dilaporkan berlaku sebelum pesawat berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 April lalu.

Turut kelihatan para petugas keselamatan mengiring lelaki berkenaan dan ia turut disaksikan oleh penumpang lain yang berada dalam pesawat sama.

Pertahankan diri dan kata tak buat salah, hanya sentuh ringan

Penumpang berkenaan sebelum dibawa keluar cuba mempertahankan dirinya ekoran dakwaan yang mengatakan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menepuk pramugari berkenaan.

Bahkan dia turut mengatakan tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya cuma menyentuh ringan awak sebanyak dua kali,” kata lelaki itu, lapor The Sun.

Alasan tersebut bagaimanapun tidak diterima oleh pramugari berkenaan.

“Itu dianggap ringan?” soal pramugari berkenaan, bahkan dia turut menegaskan penumpang terbabit tidak dibenarkan meneruskan perjalanannya.

Tinggikan suara dan cuba kaitkan hubungan baik China-Malaysia

Keadaan mula menjadi tegang apabila penumpang tersebut mla meninggikan suaranya dan berulang kali mempersoalkan adakah tindakannya itu dianggap sebagai gangguan seksual.

“Di tahap ini? Di Singapura perkara ini tidak dikira, bukan?” soalnya. Malah penumpang berkenaan juga cuba mempertahankan dirinya dengan mengaitkan hubungan diplomatik.

“China-Malaysia ada hubungan yang sangat baik,” katanya.

Namun alasannya tidak menghalang pegawai bertugas untuk terus membawanya keluar dari pesawat.

Pramugari berkenaan turut dilaporkan memaklumkan kepada penumpang terbabit ia adalah keputusannya dan pihak lapangan terbang tidak akan membenarkan lelaki tersebut untuk terbang bersama.

Ramai kecam dan kritik tindakan penumpang dari China

Di ruangan komen, ramai yang mengecam perbuatan penumpang tersebut selain berpuas hati dengan tindakan yang diambil ke atas lelaki berkenaan.

Bahkan ada yang menterjemahkan apa yang dikatakan oleh penumpang tersebut.

“Dia cakap dia tak ada buat sesuka hati, dia cuma tepuk ringan-ringan je dekat pinggul pramugari. Takkan sikit je tak boleh, hubungan China-Malaysia kan rapat..” katanya.

Malah ada yang mengatakan perbuatan terkutuk itu tidak boleh diterima dan dia tidak boleh sesuka hati menyentuh mana-mana wanita termasuk pramugari selain menyifatkan kami di Malaysia tidak bertolak ansur dengan orang yang biadap dan tak bertamadun.

Menerusi semakan kami, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada syarikat Malaysia Airlines berhubung insiden berkenaan.

“Tiada kompromi kepada gangguan seksual dan kedaulatan harga diri. Bagus Malaysia”

“Bagus pramugari, terus buat laporan”

“Angkut je jangan cakap banyak, delay flight. Sukati dia ingat crew boleh suka hati nak sentuh-sentuh. Kami Malaysia tak toleransi dengan sikap orang biadab dan tak bertamadun. Jangan bagi muka”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.