Kenapa Tukang Masak Tak Selera Nak Makan Masakan Sendiri, Ini Penjelasannya [Video]
Menurut penceramah kesihatan mental, Amirul Ramli, keadaan itu terjadi kerana otak manusia telah ‘makan’ bau masakan terlebih dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memasak merupakan antara aktiviti kegemaran yang sering dilakukan oleh kebanyakan individu.
Namun, pernah tak anda perasan kenapa tukang masak cepat kenyang dan tidak berapa nak selera menjamah hasil air tangan sendiri?
Lihat sahajalah kebanyakan para ibu dan isteri hanya akan menjamah hidangan yang dimasak dalam kuantiti yang sedikit.
Pelikkan? Bagi orang lain, masakan yang dimasak itulah amat sedap dan menyelerakan hingga bertambah dibuatnya! Rupanya ada penjelasan di sebalik keadaan ini.
Otak Tukang Masak Dah Makan Bau Makanan
Menurut seorang penceramah kesihatan mental, Amirul Ramli dalam satu hantaran di Facebook, keadaan itu terjadi kerana otak manusia telah ‘makan’ bau masakan terlebih dahulu.
“Bau makanan tu masuk ikut laluan retronasal (dari tekak ke hidung) dan aktifkan bahagian insula (pusat rasa). Ini bahagian ‘rasa’ dalam otak anda,” katanya.
Otak Boleh Buat Seseorang Kenyang
Jelasnya, keadaan ini menyebabkan seseorang terus berasa kenyang kerana telah ‘merasa’ hidangan itu berkali-kali.
“Maksudnya, walaupun anda belum makan, otak anda dah rasa makanan tu berkali-kali. Jadi bila makanan siap, otak dah rasa cukup. Sebab tu selera jadi berkurang,” terangnya lagi.
Titip Pesan Hati-Hati Dengan Perkara Yang Masuk Otak
Melalui hantaran itu juga, Amirul turut menitipkan nasihat agar berhati-hati dengan setiap perkara yang masuk ke dalam otak.
Ini kerana walaupun keadaan badan seseorang itu belum penat namun otak terlebih dahulu telah rasa penatnya disebabkan organ berkenaan telah merasai apa yang berlaku terlebih dahulu apa yang berlaku.
“Sebab tu juga, kalau anda nak faham kesihatan mental. Banyak benda dalam hidup ni boleh jadi bukan apa yang betul-betul berlaku tapi apa yang otak anda ‘rasa’ dah berlaku.
“Kadang badan anda belum penat, tapi otak dah rasa penat. Anda pun give up padahal boleh lagi usaha. Kadang hidup belum susah, tapi otak dah rasa berat.
“Jadi jaga-jaga apa yang masuk ke otak anda sebab otak boleh buat anda kenyang atau penat walaupun realiti belum lagi,” terangnya.
Tonton video penuh [DI SINI]
Lagi sedap anda masak, lagi kurang selera anda nak makan. Pernah perasan tak? Yang bila anda masak ke dah siap masak…
Posted by Amirul Ramli on Tuesday 7 April 2026
Baca Artikel Berkaitan: Waktu Tidur Malam Tak Teratur Setiap Hari Boleh Undang Risiko Kesihatan Lebih Tinggi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Hampir 10% Individu Alami Sedih Melampau Selepas Kehilangan Kucing – Pakar Psikologi [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.








