Ini 3 Golongan Muslim Terawal Yang Akan Dimasukkan Ke Neraka Kelak
Dikatakan hadis tentang tiga golongan ini amat menakutkan sehingga Abu Hurairah RA beberapa kali menangis dan jatuh pengsan apabila mendengar sabda Rasulullah SAW.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Untuk masuk ke syurga ketika di akhirat kelak sudah tentulah menjadi impian setiap individu yang bergelar Muslim.
Oleh itu, setiap daripada para muslimin dan muslimat pasti akan berusaha bersungguh-sungguh ketika hidup di muka Bumi bagi mengumpul pahala yang tidak terkira.
Namun siapa sangka, ada perkara yang jika dilakukan dengan niat yang salah sebenarnya boleh membuatkan kita tergelincir ke neraka.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Situasi Masjid TNB Meriah Dengan Jemaah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan Bikin Ramai Kagum
Baca Artikel Berkaitan: Ini Turutan Solat Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Qiamullail Sepanjang 10 Malam Terakhir Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: 5 Amalan Untuk Maksimakan Pahala Di Bulan Ramadan
Ini 3 Golongan Yang Pertama Diadili & Dimasukkan Ke Neraka
Itulah yang dikongsikan menerusi hantaran di Threads (@naimrehman_) yang memetik hadis mengenai tiga golongan Islam yang terawal akan dimasukkan ke neraka kelak.
Menurut MYKMU, hadis ini adalah sangat menakutkan sehingga Abu Hurairah RA beberapa kali menangis dan jatuh pengsan apabila mendengar sabda Rasulullah SAW.
Ini merupakan hadis yang terkandung dalam Sahih Muslim. Berdasarkan hadis tersebut, tiga golongan pertama yang dimasukkan ke neraka bukanlah orang kafir, sebalinya dari kalangan Muslim sendiri.
Berikut merupakan tiga golongan yang berdasarkan kepada hadis oleh Abu Hurairah RA.
View on Threads
#1. Mati Syahid Dengan Niat Mahu Digelar Pahlawan
Bila sebut tentang mati syahid, pasti terbayangkan seseorang yang sudah dijanjikan syurga buatnya.
Namun Rasulullah SAW menyebut seorang lelaki yang mati syahid akan menjadi manusia pertama diadili ketika hari kiamat.
Ini adalah kerana dia telah berjuang bukan demi jalan Allah SWT semata-mata, tetapi agar mendapat pujian sebagai seseorang yang berani.
Seperti hadis oleh Abu Hurairah RA, beliau mendengar sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya manusia pertama yang akan diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Beliau akan dibawa dan Allah menunjukkan kepadanya nikmat-nikmat Nya, dan lelaki itu mengakuinya.
“Lalu Allah bertanya: Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Aku telah berperang di jalan Mu sehingga aku mati syahid. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau berperang agar engkau dipanggil pahlawan!
“Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.”
Sahih Muslim
#2. Mengaji & Belajar Al-Quran Kerana Mahu Digelar Qari’
Golongan seterusnya yang akan dimasukkan ke neraka juga adalah kerana sifatnya yang tidak ikhlas.
Mereka adalah individu yang mempelajari ilmu al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
Namun tujuan mereka berbuat demikian adalah demi dikenali sebagai seorang yang alim atau mendapat gelaran qari’ semata-mata.
Rasulullah SAW bersabda:
“(Kemudian giliran) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca al-Quran. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya.
“Allah bertanya: Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca al-Quran kerana Mu. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau menuntut ilmu untuk dipanggil orang alim, dan engkau membaca al-Quran untuk dipanggil Qari’.
“Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.”
Sahih Muslim
#3. Menderma Kerana Mahu Dikenali Sebagai Seorang Pemurah
Menderma kepada orang yang susah adalah salah satu perkara yang sering dilakukan oleh umat Islam demi meluaskan ladang pahala.
Namun jika tersilap niat, iaitu apabila mahu dirinya dikenali sebagai seorang yang pemurah daripada derma-derma yang dilakukan, seseorang boleh terjerumus ke neraka.
Walaupun mungkin bersembunyi di sebalik membelanjakan harta di jalan Allah SWT, namun niat sebenar sudah tentu diketahui oleh Yang Maha Mengetahui.
Seperti sabdu Rasulullah SAW dalam hadis sama:
“(Kemudian giliran) seorang lelaki yang Allah telah meluaskan kepadanya harta, dan dia memberikan hartanya kesemuanya kepada orang yang berhak. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya.
“Allah bertanya: Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Tidak aku tinggalkan sedikit pun jalan yang mana Engkau suka untuk harta dibelanjakan padanya melainkan aku membelanjakan harta aku pada jalan itu untuk Mu.
“Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau melakukan hal itu untuk dipanggil dermawan. Engkau telah mendapat gelaran itu Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.
Sahih Muslim
Oleh yang demikian, penting untuk seorang Islam melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan bukan berniat untuk kebaikan diri sahaja.
Walaupun ibadah yang dilakukan diharap dapat membawa diri ke syurga, namun dengan tujuan untuk riak dan mendapatkan puji-pujian, sebaliknya pula yang akan berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Golongan OKU Digelar Sebagai Anak Syurga? Ini Penjelasan UAI



