fbpx
Now Reading
Dari Dessert Ke Menu Utama, Ramai Kagum Lelaki Masak 11 Menu Untuk Tetamu Datang Beraya [Video]

Dari Dessert Ke Menu Utama, Ramai Kagum Lelaki Masak 11 Menu Untuk Tetamu Datang Beraya [Video]

Kata Fikri, dia memasak 11 menu itu sambil dibantu oleh adik iparnya dan mengakui pengurusan masa dan perancangan sangat penting sekiranya ingin memasak hidangan yang banyak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sehingga hari ini ramai lagi yang masih dalam mood beraya, yelah jika di Malaysia Hari Raya Aidilfitri tidak disambut pada raya pertama sahaja sebaliknya sepanjang bulan Syawal.

Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk membuat rumah terbuka sebagai salah satu cara untuk bersedekah dengan menjamu orang ramai makan.

Konsep rumah terbuka ini bukanlah majlis rasmi atau sebagainya tetapi lebih kepada ingin merapatkan silaturahim antara keluarga dan rakan-rakan.

Namun jika jemputannya ramai, ada yang mengambil inisiatif untuk membuat tempahan makanan dari katering untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa.

Lelaki masak 11 menu untuk hidang kepada tetamu datang rumah

Berbeza dengan lelaki ini, apabila dia memasak sendiri sebanyak 11 menu untuk meraikan tetamu yang hadir ke rumahnya.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads, lelaki dikenali sebagai Fikri Akram (@fikriakram) telah menunjukkan setiap menu yang dimasak untuk menghidang pada tetamu.

11 juadah tentunya bukan sedikit untuk dimasak dalam masa satu hari, sebaliknya ia memerlukan kerjasama ramai pihak.

Dari manisan sampai ke hidangan berat masak sendiri

Dalam video dikongsikan kelihatan banyak makanan daripada pencuci mulut sehinggalah ke hidangan berat.

Awalnya Fikri menunjukkan dia membuat kek Victoria Sandwich daripada proses membakar sehingga menghias kek tersebut dengan krim dan strawberi.

Sebaik selesai dia kemudian beralih ke menu kedua iaitu membuat brownies dan semuanya dilakukan sendiri daripada memasukkan adunan, sehinggalah proses membakar dan menghias brownies berkenaan.

Turut kelihatan Fikri menyediakan sebanyak dua loyang brownies untuk dihidang kepada para tetamu.

Antara hidangan lain yang dibuat sendiri oleh Fikri adalah:

  • Tiramisu
  • Burnt Cheesecake
  • Sagu Gula Melaka
  • Talam Ubi Kayu
  • Nona Manis
  • Kuih Kaswi Gula Melaka
  • Roti Jala & Kuah Kari
  • Nasi Tomato & Ayam Masak Merah
  • Bakso

Siap hias atas meja dengan cantik untuk tetamu

Sebaik selesai memasak kesemua menu, Fikri kemudiannya meletakkan makanan tersebut di atas meja dan turut menghiasnya dengan cantik.

Yelah, bukan masakan sahaja yang perlu sedap kan? Cara mendekorasi hidangan juga perlulah menarik perhatian tetamu, barulah lebih berselera.

“Alhamdulillah! Siap semuanya. Fuhh! Menu di atas meja hidang kena baik-baik.

“First impression, sebelum orang makan. Masak ni penat tapi bila kita kongsi rezeki dengan orang, penat tu jadi bahagia,” kata Fikri.

Dibantu oleh adik ipar, pengurusan masa dan perancangan penting jika nak masak banyak

Jelas Fikri, dia memasak semua hidangan itu sewaktu berada di Tawau ketika mereka membuat bacaan Yassin dan turut menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kata Fikri lagi, dia tidak membuat semua masakan itu berseorangan tetapi turut dibantu oleh adik iparnya.

Tambahnya, untuk memasak menu yang banyak perancangan dan pengurusan masa adalah perkara yang sangat penting.

Di akhir video kelihatan para tetamu mula hadir dan menikmati makanan yang dihidangkan oleh Fikri serta keluarga dengan begitu gembira.

View on Threads

Ramai yang kagum kebolehan lelaki ni masak banyak

Di ruangan balas, ramai yang kagum dengan kebolehan Fikri memasak 11 menu itu sendiri di rumah.

Malah ramai mengatakan mereka kebiasaannya akan membuat tempahan makanan untuk jumlah tetamu yang ramai.

Tidak kurang ada yang bertanya Fikri mula memasak semua hidangan tersebut pada jam berapa dan bilakah majlis bermula kerana semua dilihat dilakukan dalam masa satu hari.

“Aku buat roti jala untuk makan sendiri je pun dah semput”

“Dasyat eh, banyak gila. Kita tengok pun nak pengsan”

“Tak sekarang apa yang dia tak boleh masak? Dari lauk sampai ke kuih kek semua dia pandai masalahnya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.