fbpx
Now Reading
“Allah Pinjamkan 6 Tahun” – Ibu Kanak-Kanak Mati Lemas Terjatuh Dalam Terusan Reda Pemergian Anak Tersayang

“Allah Pinjamkan 6 Tahun” – Ibu Kanak-Kanak Mati Lemas Terjatuh Dalam Terusan Reda Pemergian Anak Tersayang

Kongsi ibu mangsa, Safiza Awang Kechik, dia yang pada ketika itu sedang bekerja di Juru hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas mendapat panggilan dari suaminya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (9 April), media melaporkan insiden tragis melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam terusan sungai sedalam lima meter Jalan Bertam Perdana 2, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Aryan Hakim Muhammad Jamaluddin dipercayai sedang bermain bersama rakan di tepi gigi air sebelum tergelincir dan hilang di bawa arus.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 5.03 petang.

Mangsa Dihanyutkan Sejauh 3 Kilometer, Ditemui Terapung Oleh Orang Awam

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam dengan bantuan BBP Kepala Batas terus melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan kaedah water surface searching.

Pihaknya kemudian mendapat maklumat dari orang awam yang menemui mangsa terapung setelah dihanyutkan sejauh tiga kilometer.

Pasukan bertindak terus terjun ke terusan dan menyelamatkan mangsa termasuk memberi rawatan awal seperti CPR namun Muhammad Aryan Hakim disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

*بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ *…

Posted by Bbp Kepala Batas on Thursday 9 April 2026

“Tak Kuat, Tapi Reda Dengan Pemergian” – Ibu Mangsa

Ibu kepada Muhammad Aryan Hakim yang dikenali sebagai Safiza Awang Kechik reda dengan pemergian anak bongsunya itu.

 “Allah pinjamkan dia enam tahun. Saya tak kuat, tapi saya reda kerana dia bukan milik saya, sebaliknya hak Allah yang diambil semula”, katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Kongsi Safiza, dia yang pada ketika itu sedang bekerja di Juru hanya mengetahui kejadian berkenaan selepas mendapat panggilan dari suaminya.

“Memang tak sangka kerana Aryan bukan jenis keluar jauh, sebaliknya hanya bermain di taman. Ini juga kali pertama anak bongsu saya daripada empat beradik itu ke kawasan terusan berkenaan.

“Petang tadi, abahnya keluar mencari dia di taman, namun tidak menyedari basikalnya berada di kawasan terusan sebelum dimaklumkan rakan-rakan taman perumahan bahawa anak kami terjatuh ke dalam terusan.

“Sebaik menerima maklumat itu, kira-kira jam 4 petang, dia (bapa mangsa) terus ke lokasi yang terletak tidak jauh dari rumah dan ketika itu bomba sedang menjalankan operasi mencari sebelum menemui anak kami tidak lama kemudian,” kongsinya.

Mangsa Anak Yang Petah Bercakap & Mudah Mesra Dengan Semua Orang

Jelasnya lagi, anaknya itu merupakan seorang kanak-kanak yang petah bercakap, peramah serta sangat manja selain rapat dengan abangnya yang berusia 13 tahun.

“Boleh dikatakan seluruh taman mengenalinya kerana dia peramah dan mudah mesra, malah berkawan dengan semua lapisan umur termasuk orang tua.

“Sejak masuk tadika, dia rajin mengaji termasuk membaca surah al-Fatihah, doa qunut dan berselawat setiap hari walaupun sebutannya belum betul. Kebelakangan ini, dia juga minta saya ajarkan doa tidur setiap malam.

“Kali terakhir saya bersama dia kira-kira pukul 11 malam semalam yang mana ketika itu Aryan minta mi segera, tetapi saya beri nasi sebelum berkali-kali dia ulang kata pedas tapi sedap.

“Jadi itulah yang terakhir kerana pagi tadi saya keluar bekerja seawal jam 5.20 pagi tak sempat kami bersua muka lagi,” ceritanya.

Mangsa Bercita-Cita Untuk Jadi Bomba

Kongsi Safiza, meskipun sukar untuk menerima pemergian anak tersayang, dia reda menerima ketentuan Ilahi.

“Allah pinjamkan dia enam tahun dan dia bukan milik saya, sebaliknya hak Allah yang diambil semula.

“Hari ini lebih menyedihkan kerana Aryan pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi anggota bomba dan tak sangka bomba yang menyelamatkan dia pada hari terakhirnya,” katanya.

Kongsinya lagi, jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Pinang Tunggal hari ini.

Baca Artikel Berkaitan: Ujian Berganda, Pagi Kebumikan Abang Ipar Petang Anak Pula Ditemukan Lemas

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Pantas Lifeguard Hotel Hard Rock Selamatkan Kanak-kanak Nyaris Lemas Raih Pujian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.