fbpx
Now Reading
vivo V70 FE Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1,599

vivo V70 FE Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1,599

vivo V70 FE hadir dengan tiga warna iaitu Muse Purple, Ocean Blue dan Urban Silver.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sekitar minggu lalu, vivo Malaysia mengumumkan bakal melancarkan vivo V70 FE. Akhirnya hari ini (9 April) vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan model V70 FE bagi pasaran tempatan.

Model V70 FE ini meneruskan legasi reka bentuk bergaya ikonik siri V apabila menawarkan peranti segmen pertengahan dengan ciri flagship yang sesuai untuk pengguna yang menghargai gaya premium dan prestasi hebat.

Ia hadir dengan tiga warna iaitu:

  • Muse Purple
  • Ocean Blue
  • Urban Silver
Foto: vivo

Secara ringkasnya vivo V70 FE memberikan fokus utama pada rekaan premium ringan serta nipis, kamera berkualiti tinggi dan bateri yang tahan lama. Boleh dikatakan model ini sesuai untuk pengguna yang mahu “rasa flagship” dalam peranti mid-range tanpa perlu bayar harga tinggi.

Dilengkapi kamera 200MP Ultra-Clear Imaging, bateri BlueVolt 7000mAh, ketahanan habuk dan air bertaraf IP68 dan IP69 serta prestasi keseluruhan yang dipertingkatkan, vivo V70 FE sememangnya cocok untuk kaki travel dan pencipta kandungan yang mengutamakan kualiti dan practicality.

Dari segi paparan, telefon ini menggunakan AMOLED 1.5K bersaiz 6.83 inci dengan kadar segar (refresh rate) semula 120 Hz dan kecerahan maksimum 1900 nits untuk paparan terang, lancar dan tajam dalam pelbagai situasi.

Ia juga dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7360‑Turbo, bersama pilihan RAM 8 GB atau 12 GB dan storan 256 GB / 512 GB. Cip pemprosesan ini memfokuskan kestabilan harian dan penggunaan multitasking yang lancar, meskipun bukan yang terpantas dalam kelasnya.

Namun antara kelebihan utama peranti ini adalah pada kameranya. V70 FE menonjol dalam segmen mid‑range dengan kamera utama 200 MP bersensor besar dan stabilization optik, digandingkan pula dengan lensa 8 MP ultra‑wide dan kamera selfie 32 MP.

Sistem kamera disokong pelbagai MOD AI

Sistem kameranya juga menyokong pelbagai mod AI untuk membantu hasil gambar lebih menarik.

Sebaga contoh ciri “AI Magic Weather” membolehkan anda menukar langit mendung atau suasana suram menjadi lebih cerah dan hangat dengan satu ketikan, sementara “AI Magic Landscape” menonjolkan warna dan perincian landskap secara automatik supaya gambar alam semula jadi atau pemandangan bandar kelihatan lebih hidup dan tajam.

Bukan itu sahaja, untuk potret dan subjek manusia, V70 FE menawarkan AI Retouch, AI Erase, dan AI Color Adjustment. Fungsi ini membolehkan anda membuang objek yang tidak diingini, mengekalkan wajah subjek jelas dengan latar lembut, dan menyesuaikan pencahayaan serta warna supaya setiap foto kelihatan semula jadi dan profesional, walaupun diambil di lokasi sesak atau keadaan cahaya kurang ideal.

Bateri juga salah satu kelebihan V70 F. Model ini dilengkapi bateri 7000 mAh yang besar, serta 90W FlashCharge untuk pengecasan pantas. Ciri bypass charging turut membantu mengurangkan haba dan menjaga kesihatan bateri.

Perisian berasaskan OriginOS 6 (Android 16) memastikan pengalaman UI moden dan beberapa ciri tambahan yang mempermudah aktiviti harian, bersama janji kemaskini OS dan keselamatan jangka panjang.

Foto: Esh/ BuzzKini

Spesifikasi Ringkas vivo V70 FE:

  • Skrin: 6.83″ AMOLED 1.5K (120 Hz, 1900 nits)
  • Cipset: MediaTek Dimensity 7360‑Turbo 5G
  • RAM/Storan: 8/12 GB + 256/512 GB
  • Kamera Utama: 200 MP + 8 MP ultra‑wide
  • Kamera Depan: 32 MP
  • Bateri: 7000 mAh + 90W FlashCharge
  • Ketahanan: IP68 & IP69
  • OS: OriginOS 6 (Android 16)

Harga

Harga vivo V70 FE adalah seperti berikut:

  • 16GB (8+8) + 256GB – RM1,599
  • 24GB (12+12) + 256GB – RM1,799
  • 16GB (8+8) + 512GB – RM1,999
Foto: vivo

Namun menurut vivo Malaysia, RAM tambahan perlu diaktifkan melalui perisian, dan varian 16GB (8GB + 8GB) + 512GB hanya tersedia secara eksklusif melalui saluran dalam talian dan rakan telco terpilih.

Oh ya! Pra tempah kini dibuka sehingga 17 April 2026. Bagi mereka yang membuat tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256, termasuk vivo Buds Air3 dan V Selection Watch V3, serta 365 Hari Waranti Lanjutan vivo Care dan 180 Hari Perlindungan Skrin vivo Care.

Selain itu, pelanggan juga layak menikmati rebat pra-tempahan RM100 dalam tempoh ini. Hadiah percuma adalah terhad dan diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.vivo.com/my 

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.