fbpx

Tular Lelaki Didakwa Raba Wanita Di Lampu Isyarat, Beberapa Individu Dakwa Turut Jadi Mangsa

Seorang pengguna Threads mendakwa lelaki terbabit telah menaiki bahagian belakang motosikal yang ditunggang rakannya dan meraba dada mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak kira lelaki, wanita mahupun kanak-kanak, kesemuanya berisiko menjadi mangsa gangguan seksual.

Kebiasaannya, si pelaku akan membuat perkara terkutuk itu secara sembunyi tanpa disedari oleh orang sekeliling.

Namun, ada yang dilihat tidak takut malah berani melakukannya secara terang-terangan di hadapan orang ramai.

Lelaki Didakwa Raba Wanita Ketika Mangsa Menunggu Di Lampu Isyarat

Semalam (8 April), tular di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai kejadian yang menimpa rakannya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads sleepyfvs, pengguna berkenaan meminta orang ramai khususnya kaum Hawa yang menaiki motosikal atau berjalan seorang diri agar berhati-hati.

Ini kerana dakwa wanita itu, rakannya telah menjadi mangsa seorang lelaki ketika menunggu di lampu isyarat berhampiran Balai Bomba di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi perhatian adalah wanita itu mendakwa lelaki terbabit menaiki bahagian belakang motosikal yang ditunggang rakannya dan meraba dada mangsa.

“Hati-hatilah korang, especially perempuan yang naik motor seorang, jalan kaki seorang. Kawan saya kena raba literally masa tunggu traffic light atas motor semalam dekat Jalan Pudu.

“Dia boleh naik atas motor dan raba dada my friend? Sick. Dia tak gila weh, ini memang jantan gila seks yang merempat tepi jalan,” dakwanya.

Pengguna berkenaan turut berkongsi video lelaki terbabit turun dari sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita sebelum berlalu pergi.

Dakwa pengguna itu lagi, bukan hanya rakannya yang menjadi mangsa, malah terdapat seorang lagi wanita lain yang sedang berjalan seorang diri turut diraba oleh lelaki berkenaan pada waktu puncak juga pada hari yang sama.

Penunggang Motosikal Berada Dalam Keadaan Baik

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna lain yang mendakwa dia adalah mangsa dalam video terbabit mendedahkan dirinya kini berada dalam keadaan baik.

Malah, dakwanya lagi, lelaki tersebut telahpun ditahan dipercayai oleh pihak berkuasa.

“Hai semua, saya perempuan dalam video tu, Alhamdulillah selamat. Dia dah kena tangkap, if dia betul-betul ada masalah mental, dia akan masuk hospital bahagia, if dia tak mental, akan proceed kat court.

“Korang hati-hati tau kalau tengah sorang-sorang, naik motor ke kereta ke jalan kaki ke, always laaa hati hati okay,” tulisnya.

Pengguna Lain Turut Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa

Bukan itu sahaja, rupanya ramai yang menjadi mangsa lelaki berkenaan.

Seorang lagi pengguna lain di akaun Threads, @xxzashaxx turut mendakwa berdepan pengalaman sama apabila menjadi mangsa lelaki tersebut pada 6 April yang lalu ketika menunggu di lampu isyarat berhampiran Balai Bomba Pudu.

” (Pada) 6/4 saya mangsa yang dicabul juga dengan kes yang viral dicabul di traffic light berdepan balai bomba Pudu. Saya pun terkena perkara yang sama pada pukul 6.25 petang semasa nak balik kerja sambil tunggu traffic light hijau (baru sahaja merah). Para wanita sila jaga2 ,di luar sana ramai lagi pencabul yang masih lagi berlegar-legar,” dakwanya.

Dakwa pengguna berkenaan, lelaki itu dipercayai merupakan warga tempatan dan ketika kejadian, si pelaku hanya mengenakan baju dan tidak memakai seluar.

Sama seperti mangsa sebelum ini, dia turut mendakwa lelaki terbabit telahpun ditahan polis.

“Suspek dah ditahan. Kami berdua menahan dia dari melarikan diri. Dia juga merupakan warganegara Malaysia, berpura-pura gila sebenarnya. Banyak mangsa dia pada hari yang sama, cuma tak dapat tangkap dia je. Buat yang mengatakan tidak ajar ke,tutup camera kasi ajar.  Alhamdulillah ada sedikit pelajaran.

“Dia juga masa ni pakai baju je seluar apa semua tak pakai ya! Semasa saya kena di traffic light tu saya dah bagi penampar dan terajang dekat bahagian dada dia. Sekian,” kongsinya lagi. 

Namun sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.

Pada masa yang sama, dia turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat seperti rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk berkongsi kepadanya.

Netizen Geram, Minta Orang Ramai Berhati-Hati

Perkongsian yang telah mendapat lebih 720,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki terbabit yang pada pendapat mereka telah melakukan perbuatan terkutuk itu di hadapan orang ramai.

Perbuatannya itu juga menyebabkan segelintir warganet berasa takut dan risau jika terjumpa dengan lelaki berkenaan lebih-lebih lagi ketika keluar seorang diri.

Lebih mengejutkan, ramai pengguna media sosial lain mendakwa turut menjadi mangsa kepada lelaki itu.

Ini antara komen pengguna Threads:

“3 Hari Lepas Akak Dekat Tempat Kerja Saya Pun Kena, Masa Dia OTW Pergi Kerja Jalan Kaki, Dia Peluk Dari Belakang, Waktu Tu Memang Sunyi”

“Weh Geramnya Aku Tengok, Kesian Betul Dekat Yang Kena Tu”

“Ini Dekat Pejabat Saya! Takutnya Nak Jalan Pergi MRT/LRT Lepas Pukul 6 Lebih Kalau Macam Ni”

“Ya Allah, Saya Dah Kena Minggu Lepas, Waktu Tu Naik Motor Dengan Suami. Nasib Suami Tengok Cermin Sisi, Kalau Tak Ya Allah”

“Takutnya Weh, Kita Pula Ada Anak Perempuan”

“Dia Pernah Jilat Tingkap Kereta Saya & Cuba Nak Buka Pintu Kereta, Lepas Tu Dia Tenung Lama Dengan Pegang Seluar”

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Lelaki Tular Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Di Stesen MRT Kajang

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Minta Wanita Dakwa Dirakam, Jadi Mangsa Gangguan Seksual Buat Laporan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.