fbpx
Now Reading
Kasih Terhadap Si Bulus, Wanita Sanggup Jual Harta Benda Jaga 32 Kucing Cacat [Video]

Kasih Terhadap Si Bulus, Wanita Sanggup Jual Harta Benda Jaga 32 Kucing Cacat [Video]

Menurut wanita yang dikenali sebagai Nur Hanariawati Mohd Najib, pengorbanan yang dibuat bukan hanya sekadar harta benda dan wang ringgit, malah melibatkan masa dan kehidupan peribadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang pengorbanan, kebiasaannya ia sering dikaitkan dengan ahli keluarga tersayang.

Ramai yang sanggup berkorban khususnya dari segi masa mahupun wang ringgit asalkan dapat memenuhi permintaan dan membahagiakan insan yang disayangi itu.

Namun, bagi sesetengah orang, pengorbanan yang dibuat tidak terhad kepada manusia semata-mata sebaliknya ia turut dilakukan kepada makhluk Allah yang lain seperti haiwan.

Jual Barang Rumah Demi Kasih & Kebajikan Si Bulus, Tak Anggap Sebagai Beban

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita, Nur Hanariawati Mohd Najib apabila sanggup berkorban harta benda demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab terhadap 32 ekor kucing cacat yang dibela.

Pengorbanan yang dibuat oleh Nur Hanariawati termasuklah menjual televisyen, telefon dan peti ais bagi memastikan si bulus hidup dalam keadaan selesa.

Jelasnya yang merupakan seorang suri rumah, pengorbanan yang dibuat tidak dianggap sebagai beban namun ia lahir daripada rasa kasih melihat kucing jalanan yang dipinggirkan.

“Saya pernah jual televisyen, telefon dan peti ais untuk tampung kos penjagaan mereka. Ini sebab kita tak boleh harapkan sumbangan sentiasa cukup,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

PKP Ubah Kehidupan, Dari Suri Rumah Jadi Penjaga Tetap Kucing Cacat

Kongsi Nur Hanariawati, kehidupannya sebagai suri rumah sepenuh masa kini berubah menjadi penjaga tetap kepada kucing cacat yang diselamatkan beberapa tahun lalu.

Terangnya lagi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi titik perubahan apabila dia melihat banyak kucing jalanan dan cacat yang terbiar di tepi jalan tanpa penjagaan.

“Banyak kucing yang dibuang pemilik sebelum ini. Kebanyakannya juga yang cacat. Dari situ saya mula belajar cara penjagaan kucing cacat selepas melihat kes kemalangan dan penderaan terhadap kucing,” kongsinya.

Malah dakwanya, kebanyakan kucing cacat jarang mendapat tempat dalam kalangan pencinta haiwan kerana dianggap sebagai beban.

“Kalau kucing cantik macam overseas look, ramai nak ambil. Tapi, kucing cacat dan comot jarang orang nak,” katanya.

Belanja Lebih RM1,000 Untuk Keperluan Kucing Setiap Minggu

Kongsi Nur Hanariawati lagi, dia membelanjakan RM1,200 sehingga RM1,400 pada setiap minggu bagi membeli keperluan kucing.

Ia termasuklah makanan, lampin pakai buang, ubat-ubatan dan suplemen buat haiwan berkenaan.

“Setiap minggu saya kena sediakan 10 beg lampin pakai buang, 16 kilogram (kg) makanan termasuk makanan basah, tisu basah, ubat-ubatan dan macam-macam lagi,” katanya.

Malah, sebahagian dana turut diperolehi olehnya hasil daripada simpanan sendiri pendapatan suami serta sumbangan orang ramai menerusi siaran langsung (live) di TikTok.

“Ada yang bagi gift masa live, ada juga kawan-kawan dari Malaysia dan Singapura bantu. Semua itu saya simpan dalam tabung khas untuk kucing,” jelasnya.

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengorbanan Bukan Sekadar Harta Benda Malah Masa

Katanya lagi, pengorbanan yang dibuat bukan hanya sekadar harta benda dan wang ringgit, malah melibatkan masa dan kehidupan peribadi.

“Saya tak balik kampung, tak melancong. Kalau keluarga sakit pun kadang-kadang susah nak tinggalkan mereka sebab rutin penjagaan sangat ketat,” katanya.

Jelasnya, hubungan yang terjalin di antara dia dan kucing-kucing itu menjadi akrab dek kerana menguruskan mereka lima kali sehari.

Pada masa yang sama, Nur Hanariawati mengakui pernah berdepan dengan rasa putus asa apabila kehilangan kucing yang dibela.

Pun begitu, sokongan daripada suami menjadi sumber kekuatan buat dirinya untuk terus bertahan.

“Bila tiba-tiba mereka ‘pergi’, memang sangat terkesan. Suami cakap kalau saya putus asa, macam mana dengan yang lain? Yang di luar sana pun masih perlukan kita,” kongsinya lagi.

Sewa Rumah Kedai Demi Keselesan Si Bulus

Bukan itu sahaja, demi keselesaan si bulus, dia kini menyewa sebuah rumah kedai di Rimbayu, Telok Panglima Garang sebagai pusat penjagaan khas buat kucing cacat.

Sebelum ini, dia menjaga kesemua haiwan tersebut dalam bilik tidur di rumahnya.

Namun, dek kerana jumlah yang semakin bertambah ruang menjadi sempit dan risiko jangkitan meningkat.

“Sekarang mereka ada ruang luas, tak dikurung dan bebas bergerak,” katanya.

@ceritakucingkatsumi

Bun perlukan Bantuan semua… Sekarang semua orang marah bila nampak kucing dibuang kan.. dan ya, itu memang salah MEMANG!.. Tapi di sebalik kemarahan tu, ada yg jemput anak jalanan ini pulang.. Ini Bun. Dijumpai di Kedah, dalam keadaan yang tak terbayang. Kaki kiri dia dah dipotong… dan tak lama lagi, kaki kanan pula akan menyusul. Ibu bukan hebat—ibu cuma tak sanggup biar dia mati macam tu. Cuma kadang-kadang… sunyi bila berjuang sorang. Kalau marah pada yang buang itu penting, mungkin bantu yang sedang menyelamatkan juga sama pentingnya. Kalau ada yang sudi hulur untuk Bun, terima kasih sebab nampak dia… dan nampak usaha kecil ibu yg x seberapa ni.. Jom kita bersama2 Bun 💪🏻.. #ceritakucingkatsumi #bukanshelter #rescue #fyp

♬ original sound – Cerita Kucing Katsumi – Cerita Kucing Katsumi

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Panggil Sayang” – Wanita Singapura Beri Makan Kucing Jalanan Buat Ramai Terharu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Meraung 2 Kucing Kesayangan Mati Dibelit Ular, Buat Ramai Sedih [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.