[Kemaskini] Dakwaan Boleh Mohon Tambahan Kuota BUDI95 Adalah Tidak Benar – MOF
Tegas MoF lagi, fungsi permohonan tambahan dalam portal BUD195 telah disalah tafsir sebagai ruang untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas. Susulan itu, butang permohonan ini telah dinyahfungsikan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
[KEMASKINI]
Kementerian Kewangan (MoF) sebentar tadi (7 April) menegaskan bahawa dakwaan mengenai permohonan umum bagi tambahan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah tidak benar dan sama sekali tidak berasas.
MoF menerusi satu kenyataan berkata, walaupun fungsi ini diwujudkan pada awal pelaksanaan BUDI95, ia bukan bertujuan untuk permohonan tambahan atas keperluan peribadi.
Sebaliknya fungsi ini bagi kes tertentu dengan keperluan operasi yang jelas dan disahkan, seperti pemandu e-hailing dan pemilik bot, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.
Sebagai info pada 26 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penyelarasan kuota subsidi BUDI95 ditetapkan pada 200 liter sebulan bermula 1 April.
Penyelarasan itu dibuat sebagai langkah penjimatan tenaga oleh Kerajaan susulan konflik Asia Barat yang sedang berlaku pada ketika ini.
Setelah seminggu ia dilaksanakan, ada segelintir pengguna yang mengeluh bahawa kuota sedia ada tidak mencukupi khususnya buat mereka yang terpaksa berulang-alik dengan jarak jauh setiap hari.
Malah, ada di antara mereka yang meminta Kerajaan mengembalikan semula kuota 300 liter yang diberikan sebelum ini memandangkan kuota sedia ada telah digunakan lebih separuh.