Now Reading
Ujian Hari Bahagia, Pengantin Perempuan Dikejarkan Ke Hospital Kerana Sakit Mata Ketika Bersanding [Video]

Ujian Hari Bahagia, Pengantin Perempuan Dikejarkan Ke Hospital Kerana Sakit Mata Ketika Bersanding [Video]

Menerusi video yang dikongsikan saudara pengantin perempuan, kelihatan pengantin lelaki memohon maaf kepada jemputan majlis mengenai kejadian yang menimpa isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang bergelar Raja Sehari, pastinya mahu majlis perkahwinan berjalan dengan sempurna dan lancar.

Bagi memastikan kelancaran majlis, ramai bakal pengantin telah membuat persiapan rapi beberapa bulan sebelum tibanya hari istimewa itu.

Namun, apa yang dirancang kadangkala tidak seperti yang diharapkan apabila berlakunya perkara di luar jangkaan.

Pengantin Perempuan Dilihat Tutup Mata Ketika Bersanding & Makan Beradab

Itulah yang dihadapi oleh seorang pengantin perempuan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital pada hari bahagianya.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads abang_crime sewaktu dia telah menghadiri majlis kenduri kahwin pengantin perempuan yang juga saudara isterinya.

Dakwa pengguna berkenaan, pengantin perempuan itu terkena jangkitan pada mata sehingga menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat pengantin perempuan menutup mata ketika bersanding di atas pelamin. Dia juga dilihat melakukan perkara yang sama ketika sesi makan beradab.

“Sedara sebelah wife semalam tiba-tiba kena eyes infection masa bersanding, tak boleh buka mata.

“Katanya alahan sebab make up. Tapi katanya masa malam berinai dah start mata merah. Kesian sangat. Sepanjang majlis terpaksa tutup mata & berjalan dipimpin,” tulisnya.

Pengantin Perempuan Dibawa Ke Hospital, Majlis Tetap Diteruskan

Dakwa pengguna itu lagi, pengantin perempuan terus dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan dan majlis diteruskan seperti biasa.

Menerusi perkongsian terbabit, kelihatan pengantin lelaki memohon maaf kepada jemputan mengenai kejadian itu.

Jelasnya apa yang berlaku adalah di luar kawalan dan jangkaan mereka sekeluarga.

Insiden itu turut dikongsikan pembantu pengantin (bride assistant) yang bertugas pada hari kejadian di TikTok @alynbridalcare.

Melalui hantaran tersebut, suasana berada dalam keadaan yang mencemaskan apabila pengantin perempuan meluahkan rasa sakit yang dihadapi dan meminta segera menghantarnya ke hospital terdekat.

Pengantin Perempuan Tidak Boleh Buka Mata 24 Jam

Kongsi pengguna itu lagi, pengantin perempuan telahpun mendapatkan rawatan di hospital berhampiran namun matanya tidak boleh dibuka bagi tempoh 24 jam.

“Masa tengah makan beradab, tiba-tiba terpaksa dikejarkan ke hospital sebab sakit. Majlis diteruskan tanpa pengantin dan as of now, dikhabarkan telah terima rawatan dan tak boleh buka mata selama 24 jam, doakan kesembuhan dan kebahagiaan diorg tau!” kongsinya.

View on Threads
@alynbridalcare

Unexpected situation today. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik & permudahkan semua urusan awak 😢 #brideassistant #brideassistantmalaysia #brideassistantkl #fyp #brideassistantselangor

♬ original sound – BA Alyn – BA Alyn

Tonton video penuh [DI SINI]

Malah, seorang pengguna media sosial lain yang mendakwa dirinya sebagai adik kepada pengantin perempuan di ruangan komen mendedahkan terdapat luka pada kedua-dua mata kakaknya itu namun kini berada dalam keadaan yang baik.

Kejadian Dipercayai Berpunca Dari Glitter Eyeshadow

Seorang pengguna lain turut membalas komen berkenaan dan mendakwa tahu punca sebenar kejadian.

Dakwanya, mata pengantin perempuan tidak boleh dibuka berpunca daripada glitter eyeshadow.

“Saya yang setup candy wall majlis kakak awak semalam (5 April). Based on adik cerita berpunca dari glitter eyeshadow yang masuk mata dulu.

“Dah ambil ubat klinik then tak okay. Mungkin lepas tu pakai lens jadi lagi teruk kot. Semoga dipermudahkan dan moga kakak awak cepat sihat ya,” tulisnya yang mengakui dia adalah vendor booth bagi majlis berkenaan

Ramai Simpati Dengan Pengantin Perempuan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 350,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa pengantin perempuan berkenaan. Malah, ada yang mendoakan kebaikan serta kesembuhan buat mangsa.

Pada masa yang sama, ramai juga yang berteka-teki tentang punca sebenar kejadian hingga ada yang mendakwa ia berpunca daripada pemakaian kanta lekap (contact lens) dan juga bulu mata palsu.

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Allahu, Kesiannya Allah Uji Di Hari Bahagia Dia, Insya-Allah Ada Yang Baik Allah Nak Bagi”

“Kalau Tak Pernah Pakai Lens (Kanta), Jangan Sesekali Beli Lens Yang Murah, Sebab Penjagaan Berbeza Dengan Lens Beli Dekat Optic”

“Semoga Cepat Sembuh Pengantin Cantik. Saya Sebagai Bekas Terapi Kecantikan Selalu pesan Dekat Klien Jangan Berani Beli Lens Yang Tak Ketahuan”

“Adakah Sebab Lens? Kalau Tak Pernah Pakai Lens, Kena Biasakan Dulu”

“Mungkin Mata Jenis Sensitif, Macam Saya Bila Pakai, Kalau Rasa Pedih, Panas Atau Gatal Memang Auto Akan Buka”

Baca Artikel Berkaitan: “Maaf Suamiku” – Pengantin Lelaki Terpaksa Bersanding Seorang Diri Kerana Isteri Masuk Hospital

Baca Artikel Berkaitan: Individu Alami Sakit Kepala & Mata Hampir Tak Boleh Buka Gara-Gara Buat Spek Di Kedai Tanpa Optometrist [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.