fbpx

Tak Salah Berdoa Bila Ditimpa Kesusahan, Tapi Jangan Lupakan Allah SWT Ketika Senang – Dr Zulkifli

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hubungan seorang Muslim dengan Allah SWT bukanlah bermusim dan tidak sepatutnya hanya berdoa ketika ditimpa musibah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

“Doa adalah senjata untuk orang yang beriman”. Itulah yang sering disebutkan dalam menggambarkan kekuatan doa buat orang Islam.

Seorang Islam yang beriman pasti menjadikan doa sebagai amalan sehariannya, tidak kisah dalam apa jua keadaan.

Namun dalam tidak sedar, ada juga individu yang mungkin hanya teringat untuk berdoa kepada Allah SWT apabila ditimpa kesusahan.

Adakah perkara ini dibenarkan atau sebaliknya bertentangan dengan agama Islam?

Tak Salah Berdoa Ketika Susah, Tetapi Kena Amalkan Sewaktu Senang Juga

Isu ini telah diulas oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, menerusi hantaran di Threads.

Beliau berkata tidak salah bagi seseorang untuk berdoa kepada Allah SWT ketika dalam kesusahan.

“Malah, itu fitrah manusia kembali kepada Allah SWT saat diuji,” ujarnya.

Namun, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa Islam mengajar umatnya agar sentiasa berdoa walaupun ketika senang. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

Maksudnya: “Sesiapa yang ingin Allah mengabulkan doanya ketika menghadapi kesusahan, maka hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam keadaan lapang.” 

Riwayat al-Tirmizi (3382)

Malah dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

تَعَرَّفْ إِلَيْهِ فِي الرَّخَاءِ، يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ

Maksudnya: “Perkenalkanlah diri kamu kepada Allah ketika kamu senang, nescaya Dia akan mengenali mu ketika kamu susah.”

Riwayat Ahmad (2803)

Mengulas lanjut, beliau berkata hadis ini membawa maksud bahawa hubungan seorang Muslim dengan Allah SWT bukanlah bermusim atau wujud pada masa-masa tertentu sahaja.

Seorang Muslim tidak sepatutnya hanya berdoa ketika ditimpa musibah, tetapi konsisten setiap masa tanpa mengira sewaktu senang atau susah.

Foto: Canva

Kisah Nabi Yunus AS & Nabi Zakaria AS Yang Dimakbulkan Doa Kerana Bukan Hanya Lakukannya Saat Susah

Dr Zulkifli turut memetik kisah Nabi Yunus AS yang ditelan ikan Nun. Seperti yang disebut dalam surah al-Saffat:

Maksudnya: “Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). (143) Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (144)”

Ulama al-Hasan al-Basri berkata Nabi Yunus AS tidak menunaikan ibadah solat yang khusus ketika di dalam perut ikan, tetapi telah banyak beramal soleh walaupun ketika senang dan diingiti Allah SWT dalam keadaan susah.

“Maka amalan soleh itu benar-benar mampu menyelamatkan seseorang dari bala yang menimpanya,” katanya.

Manakala dalam kisah Nabi Zakaria AS pula, Allah SWT telah memakbulkan doa baginda untuk mendapatkan zuriat walaupun telah lanjut usia, seperti disebut dalam ayat 90 Surah al-Anbiya’.

Maksudnya: “Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.”

Dr Zulkifli berkata doa baginda dimakbulkan kerana sentiasa beramal soleh dan memanjatkan doa dalam apa jua keadaan. Malah baginda percaya bahawa Allah Maha Berkuasa untuk mengabukan permintaannya itu walaupun telah lanjut usia.

Jadikan Doa Sebagai Amalan Sepanjang Masa, Bukan Hanya Ketika Susah

Dalam pada itu, Dr Zulkifli berkata doa sepatutnya menjadi amalan ketika seorang Muslim berada dalam kesenangan, agar ia dapat menjadi penyelamat dalam saat susah.

“Allah ‘mengingati’ hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya. Jadi, bukan salah berdoa ketika susah. Tapi salah jika hanya ingat Allah bila susah dan lupakan-Nya bila senang,” ujarnya.

View on Threads

Pentingnya untuk menjadi seorang Muslim yang beramal soleh sepanjang masa dan bukan hanya memanjatkan doa kepada Allah SWT ketika dalam kesusahan.

Merujuk laman web Pusat Tahfiz Darul Ulama, Allah SWT tidak menggemari sikap sebahagian manusia yang lupa dengan janji mereka.

Ini termasuk menusia yang cekal berdoa ketika ditimpa musibah, tetapi melupakan Allah SWT apabila mencapai kesenangan. Seperti firman Allah SWT:

Maksudnya: “Apabila manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada Allah, memohon bantuan dan bertaubat kepadanya, (namun) apabila dihilangkan dari mereka kesusahan tersebut diberikan kepada mereka nikmat, dia lupa apa yang pernah diucapkan dalam doa mereka sebelum itu.”

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Kongsi Doa Bila Singgah Di Suatu Tempat Ketika Dalam Perjalanan

Baca Artikel Berkaitan: Nak Kuatkan Daya Ingatan Supaya Senang Belajar? Amalkan 5 Doa Ini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.