fbpx
Now Reading
Tular Wanita Buang Motosikal Suami Dalam Laut Kerana Kerap Bonceng Perempuan Lain [Video]

Tular Wanita Buang Motosikal Suami Dalam Laut Kerana Kerap Bonceng Perempuan Lain [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang pasti ada batas kesabaran masing-masing. Tidak kiralah bersama rakan, keluarga mahupun pasangan sendiri.

Namun jika terlalu kerap diuji, kesabaran itu lama-lama akan menipis jua. Sampai satu tahap, diam yang selama ini terjaga boleh berubah menjadi api yang tak terduga.

Ungkapan ini sesuai dikaitkan dengan seorang wanita di Indonesia yang tular gara-gara tindakan nekadnya membuang motosikal sang suami dipercayai selepas mengetahui pasangan itu kerap membonceng perempuan lain.

Menerusi video TikTok yang tular di media sosial, wanita berkenaan pada mulanya sedang berdiri di sebuah dermaga dipercayai di Pelabuhan Kapal Kawasi, Halmahera Selatan, wilayah Maluku Utara bersama motosikal scrambler berkenaan.

Dia kemudian mula bercakap di hadapan kamera dan menzahirkan rasa kecewa kerana motosikal berkenaan digunakan untuk membuat “dosa”.

“Motosikal ini harus dimusnahkan kerana motor ini sering digunakan untuk membuat maksiat,” kata wanita tersebut

Dia lantas menolak motosikal tersebut ke dalam laut sehingga tenggelam.

Memetik Tribun Timur, wanita terbabit begitu nekad dan berani membuangnya ke dalam motosikal di hadapan jiran-jiran sekitar kerana perasaan marahnya yang meluap.

Namun sehingga kini, tiada kenyataan rasmi mengenai kronologi penuh berhubung kejadian itu.

Netizen berdebat ada yang setuju, ada yang rasa motosikal tak bersalah

Tindakan wanita berkenaan nyata mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang berpendapat perbuatan tersebut adalah satu amaran kepada para suami yang sering berlaku curang.

Namun ada juga segelintir yang menyifatkan motosikal tersebut tidak bersalah atas perbuatan suaminya.

Sebaliknya mereka berpendapat adalah lebih baik ianya dijual justeru hasilnya boleh digunakan untuk perkara lain. Malah ada yang berseloroh wanita berkenaan seharusnya ‘membuang’ suaminya berbanding merosakkan kenderaan dua roda tersebut.

Meskipun video asal telah pun dipadam, ada netizen yang berjaya menyalin dan memuat naik semula sehingga aksi tersebut sohor di kebanyakan platform media sosial.

Apa yang pasti, video ini sekali lagi mencetuskan perbincangan tentang cara untuk seseorang meluahkan emosi dalam konflik rumah tangga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.