Kes Double Park: Tindakan Wanita Mohon Maaf Kepada Pemilik Ativa Merah Cetus Perdebatan
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Ayu, dia memohon maaf bagi membetulkan kesilapan kerana mencalarkan kereta dan telah menyebabkan nombor pendaftaran Ativa tersebar dan boleh menjejaskan reputasi lelaki itu sebagai ahli perniagaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial kes melibatkan sebuah kereta Perodua Ativa berwarna merah yang diparkir secara berganda (double park) di hadapan sebuah Perodua Bezza di Wangsa Maju.
Menerusi hantaran tular, dapat dilihat Ativa berkenaan menghalang laluan Bezza terbabit untuk keluar dari kawasan parkir.
Difahamkan, Ativa itu diparkir selama satu jam dan pemiliknya langsung tidak meninggalkan maklumat untuk dihubungi.
Dakwa hantaran itu lagi, keadaan ini menyebabkan pemilik Bezza yang juga seorang wanita bertindak menyembunyikan hon sebagai isyarat kepada pemilik Ativa terbabit.
Namun, dek kerana tidak dapat mengawal emosi dan perlu mengambil anak, wanita berkenaan dilihat merosakkan beberapa bahagian kereta yang menghalang kenderaanya itu.
Dalam hantaran berasingan, Perodua Ativa berkenaan berjaya dialihkan hasil kerjasama orang ramai yang mengangkat kenderaan terbabit.
View on Threads
View on Threads
View on Threads
Wanita Tampil Mohon Maaf Kepada Pemandu Ativa
Walau bagaimanapun, dalam satu hantaran di TikTok pemilik Bezza yang dikenali sebagai Ayu, dia telah memohon maaf kepada pemandu Ativa berkenaan.
Jelasnya, pemilik Ativa yang dikenali sebagai Muhammad telah membuat laporan polis atas tindakannya yang merosakkan kenderaan lelaki itu.
Tambah penjual nasi lemak itu lagi, tujuannya memohon maaf kerana telah mencalarkan kereta dan menyebabkan nombor pendaftaran Ativa tersebar dan boleh menjejaskan reputasi lelaki itu sebagai ahli perniagaan.
“Ayu minta jasa baik diorang mana yang dah sebarkan video tolong padam, jangan sebarkan lagi sebab benda ini terjadi atas kesalahan Ayu sendiri. Ayu tidak dapat mengawal emosi,” katanya.
Menerusi video terbabit, Ayu turut menunjukkan beberapa bahagian pada Ativa yang mengalami kerosakan.
Kerosakan Pada Ativa Turut Ditanggung Oleh Wanita
Lebih mencuri tumpuan, dia juga akan menanggung sepenuhnya kos pembaikian kerosakan pada Ativa terbabit.
Malah, dia juga turut memohon maaf kepada warga Pakistan atas kesilapannya yang menyangka pemilik Ativa itu adalah warganegara dari negara terbabit walhal dia sebenarnya berasal dari Mesir.
@ayu.noorsiah KES VIRAL DOUBLE PARKING …TOLONG PADAM POSTING DI MANA2 MEDIA SOSIAL..BANTU AYU👏👏👏JIKA ADA SHARE TOLONG DELETE.. AYU MERAYU .. PENGAJARAN BAGI AYU SUPAYA TIDAK MENGUNAKAN KEKERASAN.. AYU MOHON MAAF PADA EN MOHAMAD DAN ISTERI👏👏👏👏
♬ original sound – AYU NASI LEMAK RM1 – AYU NASI LEMAK RM1
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Bingung Tindakan Wanita Mohon Maaf, Mahu Pemilik Ativa Buat Perkara Sama
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial termasuk penyanyi rap tanah air, Caprice.
Senada dengan pengguna media sosial yang lain, Caprice mempersoal tindakan Ayu yang memohon maaf kepada lelaki terbabit sedangkan pemilik Ativa itu juga ada salahnya.
“Dua-dua salah tapi Ayu je kena minta maaf sampai macam ni? Tak faham. Diminta padam video sebab plate number dah viral tapi kena buat video baru sambil tunjuk plate number?” tulis Caprice.
View on Threads
Pemilik Ativa Patut Minta Maaf Double Park Lebih Sejam, Tak Tinggal Nombor Telefon
Malah, ada yang hairan dan merasakan pemilik Ativa terbabit juga sepatutnya memohon maaf lebih-lebih lagi dengan tindakannya yang meninggalkan kereta lebih satu jam tanpa meninggalkan nombor telefon.
Pada masa yang sama, ada netizen mendakwa pemilik Ativa telah mengunci akaun TikTok dan akan menyaman mana-mana individu yang menyebarkan maklumat peribadinya.
Keadaan ini menambahkan lagi rasa marah dalam kalangan netizen terhadap lelaki terbabit.
View on Threads
Doxxing Adalah Satu Kesalahan
Pun begitu, ada yang bersetuju perbuatan menyebarkan maklumat peribadi seseorang (doxxing) adalah satu kesalahan kerana boleh merisikokan keselamatannya.
Memetik Kementerian Dalam Negeri (KDN), perbuatan doxxing termasuk alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta butiran keluarga adalah satu kesalahan undang-undang yang serius dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.
Tindakan mendedahkan atau menyebarkan data peribadi seseorang tanpa kebenaran, walau dengan apa jua alasan, melanggar prinsip perlindungan data peribadi dan boleh mengancam keselamatan individu serta ketenteraman awam.
Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk doxing, ugutan, gangguan atau penyalahgunaan platform digital. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.
🔴 FİKİR DAHULU SEBELUM SEBAR: DOXING ADALAH JENAYAH Doxing (atau doxxing) adalah tindakan menyebarkan informasi…
Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Saturday 24 January 2026
Double Park Adalah Satu Kesalahan, Ini Apa Yang Korang Patut Buat
Bagaimanapun, tindakan double park kenderaan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau boleh dipenjara kurang daripada tempoh setahun atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya ada yang berhadapan dengan situasi sebegini, anda disarankan tidak mengikut emosi.
Terdapat dua pihak yang boleh dihubungi bagi menyelesaikan masalah ini iaitu:
- Polis Trafik
- Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Perbandaran
Anda boleh hubungi atau membuat laporan di mana-mana balai polis cawangan trafik atau PBT serta Majlis Perbandaran yang terdekat.
Ini antara komen pengguna mendia sosial:
“Malaysian Nak Mamat Tu Minta Maaf Sebab Double Park Menyusahkan Orang, Kak Ayu Tak Minta Tapi Netizen Minta”

“Tolong La Ajar Sikit Si Bongkak Ni. Dah La Block Kereta Orang, Lepas Tu Yang Mangsa Keadaan Pula Kena Minta Maaf”

“Saya Menuntut Owner Ativa Merah Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Juga”

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Cakap Maaf Pun” – Lelaki Bengang, Terpaksa Tunggu 30 Minit Gara-Gara Wanita Double Park Depan Kereta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Lembutnya Kak”- Sikap Penyabar Wanita Selepas Kereta Kena Double Park Hampir 2 Jam Curi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Kena Pecah Kerana Double Park, Wanita Cari Saksi & Rakaman Dashcam



