Pakej Kahwin Di Thailand Guna Sistem Buy Now, Pay Later Undang Kritikan
Kongsi pengguna yang dikenali sebagai Faisal, individu yang berminat boleh membuat bayaran ansuran jika mahu berkahwin di negara jiran bergantung kepada pakej yang ditawarkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, semakin banyak kedai mahupun premis menawarkan khidmat bayaran ansuran atau lebih dikenali sebagai Buy Now, Pay Later (BNPL).
Ia sekaligus membolehkan orang ramai membeli barang tanpa perlu membuat bayaran secara penuh.
Antara yang popular adalah SPayLater (Shopee), GrabPay Later, Atome dan banyak lagi.
Kebiasaannya, sistem BNPL banyak dilihat ditawarkan menerusi pembelian barangan seperti pakaian, penjagaan diri, peralatan elektrik, elektronik dan perkakas rumah.
Namun jangan tidak tahu, ada pakej perkahwinan yang turut menawarkan perkhidmatan sama bagi memudahkan urusan orang ramai.
Pakej Kahwin Di Negara Jiran Tawar Khidmat BNPL
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna yang mendakwa dirinya sebagai Agen Nikah Thailand telah menawarkan khidmat BNPL buat mereka yang mahu menikah di Thailand.
Kongsi pengguna yang dikenali sebagai Faisal, individu yang berminat boleh membuat bayaran ansuran jika mahu berkahwin di negara gajah putih itu bergantung kepada pakej yang ditawarkan.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat pelbagai harga yang ditetapkan mengikut pakej yang disediakan.
Buat mereka yang hanya mahu melangsungkan pernikahan, harga yang ditawarkan adalah RM1,899 manakala urusan nikah dan pengesahan konsulat pula berharga RM3,699.
Harga Pakej Jika Enggan Isteri Pertama Tahu Melebihi RM9,000
Apa yang menjadi perhatian adalah terdapat pakej yang membolehkan pengguna mendapatkan pengesahan sijil nikah Malaysia namun tanpa pengetahuan isteri pertama serta tidak perlu ke mahkamah pada harga RM9,499.
“Nikah + pengesahan konsulat + pengesahan sijil nikah Malaysia di Perlis (isteri pertama tidak akan tahu dan tidak perlu naik mahkamah, RM9,499,” tulisnya.
Difahamkan, dia menawarkan perkhidmatan bayaran ansuran dengan tujuan untuk memudahkan urusan pasangan yang terlibat.
“Biar kita mudahkan urusan, halal yang penting,” tulisnya.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Perkongsian yang telah mendapat lebih 66,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pengguna terbabit yang menawarkan perkhidmatan bayaran ansuran buat mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan di Thailand.
Ini kerana sesetengahnya berpendapat, sesebuah perkahwinan tidak sepatutnya dibina dengan sistem BNPL.
Malah, ada yang mempersoal kemampuan seseorang khususnya yang berpoligami serta kos lain yang perlu ditanggung jika urusan nikah pada mulanya telah menggunakan BNPL.
Bukan itu sahaja, ramai mempertikai pakej berkenaan yang dilihat menggalakkan perkahwinan secara rahsia apabila menawarkan pakej boleh menyembunyikan perkahwinan dari isteri pertama.
Ada Yang Rasa Kahwin Guna BNPL Bukan Isu
Pun begitu, terdapat seorang pengguna yang berpendapat penggunaan BNPL itu hanyalah sekadar salah satu kaedah pembayaran.
Ini kerana amaun bagi kredit BNPL yang diberikan kebiasaannya bergantung kepada profil kewangan, sejarah pembayaran dan kelayakan kredit seseorang.
Pemilik hantaran (OP) kemudiannya dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan turut memaklumkan berkahwin di Thailand bergantung kepada situasi kerana manusia tidak mengetahui apa yang dilalui oleh setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga.
Ini antara komen pengguna media sosial:
“Kan Islam Kata Kalau Berkemampuan Baru Boleh Lebih 1 Isteri, Kalau Dah Sampai Nak Guna BNPL, Jauh Lagi Status Berkemampuan Tu”

“BNPL Tu Payment Method Je, Tak Melambangkan Kemampuan Secara Total. BNPL Takkan Bagi Kredit Dekat Orang Yang Dia Tahu Tak Mampu Bayar”

“Kahwin Pun Spaylater? Bayangkan Dah Kahwin? Wahai Wanita, Jangan Jadi Bod*h & Gadaikan Masa Depan”

“Kalau Dia Tak Mampu, Tak Payahlah Tolong Mudahkan. Siap Pakej Menipu Isteri Pertama Lagi”

“Hentikan Jela Abang Bisnes Macam Ni, Jadi Lelaki Nak Kahwin Dua Pun Tak Mampu Nak Bagi Makan Anak Bini Keperluan Asas, Lagi Nak Kahwin 2 Sampai Spaylater Bagai”

Baca Artikel Berkaitan: Tidak Perlu Kebenaran Isteri Pertama Jika Daftar Perkahwinan Di Perlis Selepas Nikah Di Thailand
Baca Artikel Berkaitan: 30 Pasangan Malaysia Datang Ke Selatan Thailand Setiap Bulan Untuk Nikah & Poligami
Baca Artikel Berkaitan: Agensi Tawar Pakej Trip Nikah Di Thailand Boleh Kena Tindakan Undang-Undang
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.






