“Bayar Ikut Suka” – Remaja Disleksia Jual Jus Tembikai Tak Tetapkan Harga Curi Perhatian [Video]
Kongsi abang kepada remaja itu, perniagaan Air Tembikai Ikut Suka merupakan inisiatif mereka sekeluarga bagi membantu adiknya yang menghidap Disleksia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak semua, namun ada sesetengah individu diuji dengan ujian seperti masalah kesihatan dalam kehidupan.
Namun, itu bukanlah menjadi halangan atau dilihat sebagai kekurangan.
Ada yang menjadikannya sebagai satu kelebihan lebih-lebih lagi dalam mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Remaja Disleksia Jual Air Tembikai, Terserah Kepada Pelanggan Tetapkan Harga
Baru-baru ini, tular di media sosial cara unik seorang remaja istimewa yang menjual jus tembikai bersama ahli keluarganya.
Manakan tidak, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pelanggan untuk menetapkan harga air tembikai yang dijual sebelum membuat bayaran.
Menerusi hantaran tular yang dikongsikan di TikTok @JohorFoodie, jelas kelihatan tabung yang tertera ‘bayar ikut suka hati’ pada gerai remaja berkenaan.
Lebih menarik perhatian, remaja yang dikenali sebagai Zufar dan berusia 17 tahun itu mempunyai masalah pembelajaran, Disleksia.

Perniagaan Jus Tembikai ‘Bayar Ikut Suka’ Khas Untuk Zufar
Kongsi abang kepada remaja itu, perniagaan yang diberi nama Air Tembikai Ikut Suka merupakan inisiatif mereka sekeluarga bagi membantu adiknya itu.
Ini kerana remaja berkenaan mempunyai masalah untuk mengira dan kaedah bayaran ikut suka itu terhasil bagi memudahkan Zufar.
“Dia sebenarnya bayar ikut suka ni, khas untuk adik saya ni. Adik saya ni senang cakap dia istimewalah.
“Untuk mengira bukan skill (kemahiran) yang dia ada macam orang normal. Jadi kita memang pilih meniaga ikut suka memang khas untuk dia.
“Jadi dia tak ada isu atau masalah untuk kira, nak kira baki, ini untuk mudahkan dia,” kata abang remaja berkenaan.
Walaupun Zufar mempunyai kelemahan, namun itu bukanlah menjadi halangan buat diri remaja terbabit.
Menariknya, dia dilihat sama seperti orang biasa lain apabila mampu menyediakan jus tembikai dari memotong sehinggalah membungkus minuman berkenaan.
@johorfoodie Dyslexic Teen Sells Pay As You Want Watermelon Juice 📍Taman Air Biru, Pasir Gudang #johorfoodie #foodie #myfoodie #makanlokal
♬ original sound – Johor Foodie – Johor Foodie
Tonton video penuh [DI SINI]
Terima kasih YB hadir membeli🤗 terima kasih datang membeli 🥹
Tonton video penuh [DI SINI]
Tak Kejar Keuntungan, Terima Harga Bayaran Pelanggan Seikhlas Hati
Memetik Berita Harian, kakak Zufar yang dikenali sebagai Haziqah menjelaskan mereka tidak pernah mengejar keuntungan dan menganggap ia rezeki buat adiknya.
Difahamkan, jualan air tembikai pernah hampir mencecah 100 cawan sehari pada bulan puasa yang lalu manakala hari biasa dianggarkan terjual 50 cawan.
Jelas Haziqah, biarpun ada pelanggan yang membayar dengan harga serendah 10 sen serta 50 sen, mereka menerimanya dengan hati terbuka dan menjual seberapa banyak cawan yang dipesan oleh pelanggan.
Selain jus tembikai, Zufar turut menjual air katira di gerainya itu.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Perkongsian yang telah mendapat lebih 413,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji keluarga Zufar dalam membantu remaja berkenaan dengan melaksanakan inisiatif sebegitu.
Pada masa yang sama, ada segelintir netizen mengingatkan pelanggan agar tidak mengambil kesempatan dan membuat bayaran dengan kadar yang setimpal.
Info Gerai Air Tembikai Bayar Ikut Suka
Alamat: No 2, Lorong 11, Jalan 8/19, Perjiranan 8, Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor.
Waktu Operasi: Bermula jam 3 petang hingga 7 malam (Dibuka setiap hari).
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Bagusnya Family Buka Jalan Untuk Dia Buat Something Yang Bermanfaat Macam Ini & Zufar Pun Nampak Enjoy Je”

“Yang Datang Beli Tu Biarpun Dia Kata Bayar Ikut Suka Hati Janganlah Bayar RM1, Bayarla Lebih Sikit Kalau Ada Rezeki Lebih”

“Terbaik Family Support, Semoga Dimurahkan Rezeki Sentiasa”

“Aku Harap Tak Ada Yang Ambil Kesempatan. Tembikai Ni Mahal Juga Sebiji. Semoga Anak Ini Berjaya & Sentiasa Allah Jaga.”

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda OKU Gigih Jual Air Guna Motor Buat Ramai Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Penjual Kebab OKU Raih RM8,000 Sehari
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.




