fbpx
Now Reading
Bukan Fesyen Semata, Ini Kebaikan Pakai Cermin Mata Hitam Ketika Cuaca Panas Terik

Bukan Fesyen Semata, Ini Kebaikan Pakai Cermin Mata Hitam Ketika Cuaca Panas Terik

Tidak ramai yang sedar, pemakaian cermin mata hitam yang betul bukan sahaja memberi keselesaan pada mata atau sekadar trend sebaliknya ia adalah pelindung mata yang bijak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Cermin mata hitam atau dalam bahasa Inggeris, sunglasses bukan sekadar aksesori fesyen semata-mata. Ia mampu mengubah gaya seseorang, dari casual ke classy, dalam sekelip mata.

Selain nampak stylish, spek hitam juga memainkan peranan penting dalam melindungi mata daripada cahaya matahari yang terik. Tak kira di bandar atau tepi pantai, ia membantu mengurangkan silau.

Tapi tidak ramai yang sedar, pemakaian yang betul bukan sahaja memberi keselesaan pada mata atau sekadar trend sebaliknya ia adalah pelindung mata yang bijak.

Malah menurut portal klinik oftalmologi dan optometri, Paragon Eye Associate sebenarnya cermin mata hitam direka khas untuk digunakan semasa berada di bawah panas terik matahari.

Antara kebaikan penggunaan cermin mata hitam adalah:

#1 Lindungi Mata Dari Sinaran UV

Salah satu manfaat memakai cermin mata hitam adalah ia membantu melindungi mata daripada sinaran ultraviolet (UV) berbahaya. Terlalu lama terdedah kepada sinaran UV boleh meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak, kemerosotan makula, malah kanser mata.

Dengan lapisan perlindungan UV, cermin mata hitam berfungsi sebagai benteng yang menghalang sinaran merbahaya daripada sampai ke mata, sekali gus mengurangkan risiko pelbagai isu kesihatan mata.

Sumber: Freepik

#2 Kurangkan Masalah Silau

Selain itu, cermin mata hitam juga membantu mengurangkan silau, terutamanya ketika memandu atau melakukan aktiviti luar. Silau yang kuat boleh mencetuskan keletihan mata dan mengganggu tumpuan.

Lebih penting lagi, silau yang muncul secara tiba-tiba semasa memandu boleh mengurangkan kawalan anda, meningkatkan risiko kemalangan.

Sumber: Unsplash

Cermin mata hitam dengan lensa polarized sangat efektif untuk mengurangkan silau sambil meningkatkan ketajaman dan kejelasan penglihatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Duduk Dalam Rumah Pun Kena Pakai Sunscreen Ke? Ini Kata Pakar

#3 Elak Mata Jadi Kering

Seperti yang kita tahu, cuaca panas boleh menyebabkan mata kering hingga menyebabkan rasa tidak selesa dan kegatalan.

Jika dibiarkan berlarutan, kekeringan yang melampau boleh mengakibatkan rasa pedih dan jangkitan mata. Dalam masa sama, cermin mata hitam dapat membantu melindungi mata anda daripada kesan pengeringan akibat angin dan cahaya matahari, sekaligus mengekalkan kelembapan serta kesihatan mata.

Sumber: Freepik

#4 Kurangkan Kesan Kedutan

Tanpa disedari, pemakaian cermin mata hitam juga boleh membantu mengurangkan pembentukan kedutan. Menurut Apollo Hospital, mata kering adalah salah satu penyebab utama kedutan muncul di sekitar mata.

Di samping itu, kebanyakan orang akan mengenyit mata secara refleks apabila terdedah kepada cuaca panas, dan pergerakan ini lama-kelamaan boleh menimbulkan garis halus di sekeliling mata.

Memakai cermin mata hitam juga dapat mengurangkan keperluan untuk mengenyit mata, sekaligus membantu mencegah kedutan dan mengekalkan kulit wajah yang sihat.

Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Melampau? Ini 3 Destinasi ‘Cool Down’ Paling Dicari Rakyat Malaysia – Agoda

Cuaca Panas Mampu Mengundang Hormon Stres

Sebelum ini, Penceramah Kesihatan Mental, Amirul Ramli (@amirul.ramli) yang juga Pengasas Mental Kuat Centre juga berkata perkara yang sama.

Jelas beliau, dia masih tidak faham mengapa orang ramai tidak memakai cermin mata hitam ketika waktu tengah hari. Menurut Amirul, cuaca panas boleh mendatangkan stres haba lalu meningkatkan kortisol (hormon stres).

Ia kemudiannya akan membawa gangguan kepada pemikiran dan pencahayaan yang melampau akan menyebabkan keresahan.

“Mudah untuk anda rasa marah dan sakit hati. Selain pakai spek hitam, pakai topi pun membantu,” ujar beliau di akhir perkongsian.

@amirul.ramli Anda keluar rumah waktu tengah hari, matahari terpacak atas kepala, rasa panas membahang sampai kepala pun rasa macam berasap? Mungkin anda rasa itu perkara biasa saja, tapi kajian sains membuktikan yang haba melampau sebenarnya beri kesan terus kepada kesihatan mental dan fungsi otak kita. Menurut satu kajian yang diterbitkan, suhu persekitaran yang tinggi, seperti yang kita alami di Malaysia terutama waktu tengah hari, boleh menyebabkan gangguan pada fungsi kognitif. Maksudnya, bila badan kita terlalu panas, keupayaan kita untuk fokus, buat keputusan, dan berfikir secara rasional jadi semakin merosot. Ini bukan soal selesa atau tidak. Ini soal otak yang terganggu disebabkan oleh haba. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa haba ekstrem boleh meningkatkan kadar hormon kortisol dalam badan. Kortisol ini ialah hormon stres. Bila ia naik terlalu tinggi, kita mula rasa mudah cemas, cepat marah, dan hilang sabar. Sebab itulah bila anda panas terik, silau matahari, dan badan berpeluh-peluh, anda juga lebih senang rasa irritate. Perkara kecil pun boleh jadi besar. Nada suara orang sikit naik, anda dah rasa macam nak marah. Anak bising sikit, anda dah rasa rimas. Semua ini sebenarnya ada kaitan dengan tindak balas otak dan hormon terhadap haba. Selain itu, pencahayaan melampau daripada matahari tengah hari juga memberi kesan kepada mata dan otak. Terlalu banyak cahaya terang masuk ke dalam mata boleh aktifkan bahagian otak yang berkait dengan “ancaman” dan bahaya, khususnya dalam kawasan thalamus dan sistem limbik. Ini menyebabkan anda rasa tidak selesa, gelisah, dan cepat penat walaupun tak buat kerja fizikal berat pun. Tambah pula kalau anda jenis yang sensitif pada cahaya atau mudah migrain, sinaran matahari yang kuat boleh buat keadaan jadi makin teruk. Jadi, apa boleh kita buat? Jawapan paling mudah dan berkesan ialah elakkan terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari waktu tengah hari. Kalau perlu juga keluar di waktu tengah hari, pakai pelindung. Cermin mata hitam yang ada perlindungan UV sangat membantu. Ia bukan sekadar gaya, tapi fungsi sebenar ialah melindungi mata dan otak anda daripada overstimulasi cahaya. Bila silau berkurang, otak pun kurang tertekan. Topi pun penting. Bukan sekadar aksesori, tapi perlindungan kepada kepala daripada haba terus. Bayangkan kepala anda macam processor komputer. Bila ia terlalu panas, ia mula perlahan, hang, atau shutdown. Sama macam otak manusia. Banyak orang tak sedar yang mereka sebenarnya mengalami ‘heat stress’ secara senyap. Mereka fikir mereka penat sebab kerja atau kurang tidur. Tapi hakikatnya, cuaca panas melampau itu sendiri sudah cukup untuk menyebabkan keletihan, kesukaran fokus, dan emosi yang tak stabil. Kalau anda perasan anda cepat naik angin, mudah kecewa atau tak boleh nak fikir dengan jelas bila berada di bawah cuaca panas, itu bukan salah anda semata mata. Itu adalah kesan fisiologi sebenar yang berlaku dalam badan dan otak anda. Kajian juga mencadangkan supaya kita cari ruang rehat yang sejuk, sebaiknya berhawa dingin atau sekurang kurangnya berbumbung dan redup, selepas berada di luar. Jangan terus sambung kerja tanpa beri masa untuk otak dan badan sejuk dan tenang. Ini penting untuk elakkan tekanan kronik yang boleh bawa kesan jangka panjang seperti kemurungan atau gangguan tidur. Jangan pandang remeh pada kesan cuaca panas terhadap kesihatan mental dan fungsi otak anda. Panas bukan sekadar tak selesa. Ia boleh ubah hormon, rosakkan fokus, ganggu emosi, dan perlahan prestasi harian anda. Jadi, lindung diri anda. Pakai cermin mata hitam. Pakai topi. Minum air secukupnya. Dan jangan lupa, bila otak anda tenang, hidup pun lebih terkawal. #mentalhealth ♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.