Ajak Rakan-rakan Online Di Threads Beraya Ke Rumah, Wanita Tak Sangka Dapat Sambutan [Video]
Menurut wanita berkenaan, dia tidak sangka ada pengguna Threads yang sudi berkunjung untuk beraya di rumah dan menjamu selera masakan ibunya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu cara umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Di negara ini, sudah menjadi satu tradisi apabila tiba sahaja Hari Raya Aidilfitri ramai yang akan pulang ke kampung, menziarahi sanak-saudara atau rakan untuk mengeratkan lagi silaturahim.
Namun tak dinafikan ada segelintir yang mungkin tidak mempunyai peluang yang sama disebabkan beberapa perkara seperti bekerja, sudah kehilangan insan tersayang dan banyak lagi.
Wanita tak sangka ‘rakan online’ di Threads sudi datang beraya di rumah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads apabila seorang wanita tidak sangka pelawaannya mengajak pengguna aplikasi berkenaan beraya di rumah mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Alynn Amalina, dia pada mulanya telah mengajak jika ada yang sudi untuk datang beraya memandangkan mereka mempunyai ahli keluarga yang jauh di Sarawak.
“Rumah mak saya tiada orang datang beraya. Mak masak rendang ayam, daging masak hitam, bihun sup tulang, lontong dan banyak kuih raya.
“Kami tak ramai tiga beradik je, saudara-mara jauh sebab mak dari Sarawak. Kawan pun tak ramai,” ujarnya.
Siap maklumkan lokasi rumah di Perak
Alynn turut memaklumkan lokasi rumah ibunya di Batu Gajah, Perak jika ada yang sudi merasai air tangan ibunya.
Melihat di ruangan komen, ramai pengguna Threads yang membalas hantaran tersebut dan memaklumkan mereka ingin datang beraya ke rumah Alynn.
View on Threads
Ada yang nak jadi anak angkat kerana anak yatim piatu
Malah ada yang mengatakan mereka ingin menjadi anak angkat kepada Ibu Alynn kerana tidak lagi mempunyai ibu bapa.
Jelas Alynn, ibunya gemar memasak dan menghidangkan makanan kepada tetamu.
Hantaran Alynn itu dilihat disambut baik oleh orang ramai, khususnya bagi mereka yang sudah tidak lagi mempunyai keluarga, bekerja dan sebagainya.
Ramai sambut baik pelawaan dan datang beraya
Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan oleh Alynn, kelihatan orang ramai yang juga pengguna Threads telah berkunjung ke rumahnya.
Kata Alynn, kehadiran mereka telah membuatkan ibunya begitu gembira bahkan dia turut berterima kasih kerana sudi merasai masakan wanita disayanginya itu.
“Dari stranger kepada keluarga. Tapi mak saya dah gembira korang. Terima kasih semua yang datang menjamu selera masakan air tangan mak.
“Kalau boleh semua dia nak bawa keluar dari dapur nak jamu makan. Mak panggil korang ‘kawan online’. Mak siap plan dah, tahun depan suruh jemput lagi keluarga Threads.”
View on Threads
Ibu pada mula tak tahu anak pelawa rakan di Threads datang beraya
Jelas Alynn, ibunya pada awal tidak mengetahui dia telah mengajak orang ramai untuk datang beraya ke rumah dan hanya memaklumkan ada yang ingin datang berkunjung.
Perkara itu dilakukan hanya sekadar ingin menggembirakan hati si ibu yang suka menjamu dan melayan tetamu.
“Sebenarnya ramai juga yang WhatsApp dan saya dah bagi lokasi walaupun tak sampai separuh pun yang saya balas tu yang datang.
“Saya dan mak minta maaf sangat-sangat sebab ini idea saya tau. Mak tak tahu awal-awal tu. Saya cuma kata ada kawan nak datang beraya petang-petang sikit. Dia seronok siap ajak adik pergi beli jug air lebih dan pinggan cawan pakai buang lagi.
“Bila tengok macam dapat sambutan ramai nak datang baru saya bagitahu mak yang sebenarnya tu semua warga Threads, bukan kenalan pun. Tapi mak terima dengan baik, dia gembira.
“Bila dah ramai saya tak sempat nak tengok telefon sebab layan tetamu. Saya sendiri tak sangka hantaran saya tu ada yang sambut dengan baik,” katanya.
View on Threads
Berikut adalah komen netizen:
“Boleh ke kami datang beraya. Dari hari pertama kami tak beraya mana-mana. Sebab saya tak ada keluarga dah. Saya duduk kuala ni”

“Nahh, jemput strangers di Threads untuk datang beraya tahun 2026 ni. Lain macam punya level. Tapi saya pun faham sebab apa. Sebab dalam rumah tak ada main attractor. Macam rumah saya dulu, ada arwah mak sebagai main attractor”

“Semoga murah rezeki mak awak sekeluarga okay. Suka tengok vibe macam ni. Daripada yang duduk mengeluh, penat orang datang raya tak sudah sampai tengah malam segala tu.”

“Random sungguh ya awak. Dari siang tadi masa awak jemput orang, kita baca. Kita tunggu awak post gambar sebab nampak ramai yang serius nak datang beraya rumah awak. Comel je”

“Ini betul-betul random punya cerita. Siang tadi dah baca dah threads awak ni dan jemput siapa datang, sekali betul-betul jadi dan ramai datang.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






