Ini Punca Portable Stove Boleh Meletup, Amalkan Langkah Pencegahan
Di Threads, orang ramai berkongsi pendapat bagaimana dapur mudah alih boleh meletup termasuk menggunakannya terlalu lama dan periuk yang terlalu besar dibandingkan dengan saiz tungku dapur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Demi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, rata-rata keluarga pasti sibuk memasak dan menyediakan jamuan pada malam raya lalu.
Macam-macam juadah yang disediakan seperti rendang, ayam masak merah, ketupat, soto dan lontong.
Kadangkala sampai tak cukup dapur nak memasak! Terpaksalah guna dapur mudah alih untuk mempercepatkan tugasan.
Kalau tak siap semua hidangan yang dirancang, nanti tak meriah pula raya kan?
Dapur Mudah Alih Meletup Ketika Sediakan Roti Jala Untuk Juadah Raya
Namun nasib tidak baik menimpa seorang individu apabila dia dan keluarga berdepan musibah akibat letupan dapur mudah alih yang digunakan di malam Aidilfitri.
Katanya, mereka ketika itu sedang menyiapkan roti jala sebagai juadah raya pada keesokan harinya sebelum letupan tiba-tiba berlaku.
Menerusi hantaran di Threads, dia berkata insiden itu menyebabkan dua jari kakinya patah, badannya mengalami melecur dan terpaksa menerima lebih 15 jahitan.
Manakala isterinya melecur seluruh muka dan kedua-dua tangan, serta anak perempuannya melecur pada kedua-dua kaki.
View on Threads
Ramai Kongsi Pendapat Bagaimana Letupan Gas Dapur Mudah Alih Boleh Berlaku
Menjenguk ke ruangan balas, orang ramai mengucapkan takziah serta mendoakan agar keluarga itu diberi kesembuhan segera.
Dalam masa sama, seorang individu yang pernah bekerja di syarikat yang menjual dapur mudah alih berkata walaupun produk tersebut telah lulus ujian keselamatan, namun letupan masih berlaku disebabkan oleh cara memasang tin gas yang salah atau menggunakan gas murah.
Ramai yang turut berkongsi pendapat bagaimana letupan itu boleh berlaku, termasuklah akibat menggunakannya dalam jangka masa terlalu panjang.
Kedudukan tin gas yang berhampiran dengan sumber api juga meningkatkan risiko tin tersebut menjadi terlampau panas sehingga tekanan meningkat dan letupan berlaku.
Ada juga yang berkongsi bahawa dapur mudah alih itu perlu ditinggikan kedudukannya agar terdapat ruang udara di bahagian bawahnya dan mengelakkan haba panas daripada terkumpul.
Malah, beberapa individu berkata periuk yang terlalu besar tidak boleh digunakan pada dapur mudah alih kerana boleh menyebabkan tin menjadi terlampau panas juga.





Gunakan Tin Gas Dengan CRV Agar Lebih Selamat
Memang risau betul bila dengar insiden letupan gas butane ni. Jadi macam mana nak elak perkara ni daripada berlaku?
Merujuk Facebook AFH Outdoor Gear, pemilihan tin gas sebenarnya memainkan peranan penting dalam isu keselamatan.
Katanya, tin gas yang digunakan perlu dilengkapi dengan ‘Countersink Release Valve‘ (CRV) sebagai mekanisme keselamatan.
Apabila tekanan di dalam tin meningkat, tekanan berlebihan akan dibebaskan menerusi lubang-lubang kecil pada bahagian atas tin yang mengembang, seterusnya mengelakkan letupan.
Dalam masa sama, AFH Outdoor Gear turut berkongsi faktor yang boleh membuatkan tekanan dalam tin gas meningkat.
Salah satunya adalah memasak menggunakan dapur mudah alih tersebut di kawasan terbuka di bawah cuaca panas terik.
Malah penggunaan kuali bersaiz besar yang melebihi tungku dapur juga boleh menyebabkan pemindahan haba berlaku dan meningkatkan tekanan dalam tin gas.