Terlupa Bayar Zakat Fitrah? Ini Hukumnya & Cara Nak ‘Cover’ Balik
Menurut UAI, sengaja melewatkan pembayaran zakat fitrah sehingga berlalunya Hari Raya Aidil Fitri adalah haram dan berdosa namun mereka yang terlupa adalah tidak berdosa tetapi kedua-duanya tetap diwajibkan untuk qada zakat yang terlepas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum pasti mengetahui zakat fitrah atau zakat diri yang sinonim dengan bulan Ramadan dan Syawal adalah diwajibkan kepada lelaki atau wanita beragama Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya
- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadan
Namun dalam kesibukan berpuasa di bulan Ramadan dan melakukan persiapan raya sempena 1 Syawal, pasti ada yang terlupa untuk membayar zakat fitrah, jadi apakah hukumnya?
Secara ringkasnya waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:
- Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Waktu Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
- Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadan
- Waktu Makruh – Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
- Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Hukum sengaja melewatkan adalah haram dan berdosa tapi kalau terlupa tidak berdosa
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum bagi orang yang sengaja melewatkan pembayaran zakat fitrah sehingga berlalunya Hari Raya Aidil Fitri adalah haram dan berdosa.
Perkara sama turut dijelaskan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu hantaran di Facebook. Namun beliau memaklumkan individu yang terlupa adalah tidak berdosa.
Wajib qada tidak kira terlupa atau sengaja
Pun begitu begitu beliau menegaskan orang yang sengaja mahupun terlupa tetap diwajibkan untuk qada zakat yang terlepas itu memandangkan kewajipan zakat fitrah tidak gugur begitu sahaja.
Jika seorang itu terlupa membayar zakat fitrah dan dia sedar selepas beberapa hari bulan Syawal atau selepas daripada bulan Syawal maka wajib dia membayarnya pada masa dia teringat itu sebagai qadha. Orang yang sengaja tidak membayar zakat fitrah atau sengaja melewatkan bayarnya sampai masuk 2 haribulan Syawal maka dia telah berdosa tetapi jika kerana terlupa maka dia tidak berdosa kerana lupanya dan wajib atas keduanya qadha.
Ustaz Azhar Idrus
Dalam satu lagi video UAI turut menyebut bahawa qada tersebut perlu dilakukan sebaik sahaja kita tersedar mengenainya. Ia diihat senada dengan penerangan Pejabat Mufti WP yang menyebut zakat fitrah merupakan ibadah yang terikat dengan waktu tertentu maka wajib diqada dengan segera.
Bagaimana nak ‘cover’ balik zakat fitrah yang terlupa?
Jelas UAI lagi, mereka yang mahu membayar qada zakat fitrah bolehlah membaca niat di bawah ketika membuat pembayaran.
نويت عن أخرج زكاة الفطر عن نفسي قضاء فرضا لله تعالى
Ertinya : “Aku berniat mengeluarkan zakat fitrah yang wajib atasku sebagai qadha yang fardu kerana Allah Taala.”
OK niat dah tahu, tapi bagaimana nak buat pembayaran?
Secara asasnya, institusi zakat masih akan menerima bayaran untuk qada zakat fitrah walaupun waktu untuk tunaikan zakat fitrah telah habis.
Namun menurut seorang amil zakat, Faisal Rahim bayaran tersebut kini termasuk dalam kategori sedekah.
Tambah beliau lagi, bayaran tersebut perlu dilakukan di mana-mana cawangan pusat zakat setiap negeri (memandangkan penolong amil fitrah di masjid dan surau tidak lagi dapat membuat kutipan kerana sistem yang sudah ditutup).
Secara praktisnya, Institusi zakat masih terima bayaran tersebut walaupun waktu untuk tunaikan zakat fitrah telah habis.
— Faisal Rahim (@acaiijawa) April 4, 2024
Namun, bayaran tersebut perlu dilakukan di cawangan zakat (penolong amil fitrah di masjid surau dah tak boleh kutip – sistem block).
Namun bayaran fitrah…
Seorang kakitangan Lembaga Zakat Selangor turut memberikan jawapan sama selepas kami menghubungi talian hotline LZS. Jelasnya pembayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan LZS.
Semak cawangan zakat LZS di [SINI] Bagi Wilayah Persekutuan pula tekan di [SINI].
Baca artikel berkaitan: Zakat Wanita Yang Belum Berkahwin Tanggungjawab Siapa? Ini Penjelasannya
Baca artikel berkaitan: Wajib Ke Bayar Zakat Fitrah Untuk Bayi Dalam Kandungan? Ini Apa Yang Patut Anda Tahu [Video]
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I make music, read, and go camping whenever I get the chance.






