Now Reading
Nampak Kecil Tapi Bermakna, Lelaki Bantu Kemas Semua Meja Di Restoran Raih Pujian

Nampak Kecil Tapi Bermakna, Lelaki Bantu Kemas Semua Meja Di Restoran Raih Pujian

Bukan hanya pengguna Threads itu sahaja, malah perbuatan baik lelaki itu mengemas kesemua meja turut menjadi perhatian pengunjung lain apabila ada yang menganggap dia sebagai staf restoran KFC terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk melakukan kebaikan dan menghulurkan bantuan dalam kehidupan seharian.

Kebiasaannya, ramai yang lebih senang menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit bagi meringankan beban.

Namun, ada juga memilih untuk menawarkan perkhidmatan yang kadangkala boleh menyentuh hati mereka yang melihat.

Lelaki Kutip Sampah Di Setiap Meja Di Restoran Makanan Segera

Semalam (23 Mac), tular di media sosial perbuatan baik seorang lelaki yang sanggup mengemas meja di sebuah restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di Bentong, Pahang.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads @_iqaaaa, dia tersentuh melihat tindakan lelaki berkenaan ketika dia sekeluarga berkunjung ke restoran itu.

Manakan tidak, dalam keadaan restoran yang dipenuhi dengan pelanggan, lelaki terbabit dilihat mengemas kesemua meja yang dipenuhi sampah dan sisa makanan tanpa mengharapkan pekerja restoran terbabit.

Bukan hanya pengguna Threads itu sahaja, malah perbuatan baik lelaki itu turut menjadi perhatian pengunjung lain apabila ada yang menganggap dia sebagai staf kedai makan terbabit.

“Semalam (22 Mac), kami dari KL ke Kelantan, jadi kami berhenti di Bentong. Ramai orang, staf KFC tak cukup sampai ada pelanggan yang nak refund sebab tunggu lama sangat dan ada juga yang dah tinggi suara dekat kaunter.

“But I surprise (terkejut) abang ni datang dengan keluarga dia, nak makan situ tetapi meja memang penuh macam dalam gambar.

“Abang baju kuning tu decide untuk ambil plastik sampah dan kemaskan meja. Bukan satu dua meja, tapi semua meja. Sampai ada orang tanya ‘abang kerja sini ke?’ tapi abang tu cakap ‘eh bukan, saya tolong je’,” kongsi pengguna berkenaan.

Ibu Beri Duit Raya Kepada Anak Lelaki

Tersentuh melihat perbuatan baik lelaki itu, pengguna berkenaan mendedahkan ibunya terus menghulurkan duit raya kepada anak lelaki terbabit.

“Apapun abang memang terbaik. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki,” tulisnya.

View on Threads

Tidak Harap Apa-Apa Balasan, Saudara Dakwa Lelaki Faham Dunia F&B

Pada masa yang sama, dia turut berkongsikan tangkap layar mesej lelaki berkenaan yang menghantar mesej peribadi sebaik hantaran pengguna itu tular di media sosial.

Jelas lelaki yang bekerja sebagai bilal rawatib di Masjid Kampung Kuantan, Klang Selangor itu, dia berterima kasih atas ucapan yang diberikan terhadapnya malah tidak mengharapkan apa-apa balasan.

View on Threads

Menerusi ruangan komen juga, seorang pengguna yang mendakwa sebagai saudara kepada lelaki terbabit mendedahkan lelaki itu juga merupakan seorang pemilik kantin sekolah sekaligus memahami apa yang dihadapi oleh pekerja sektor Makanan & Minuman (F&B).

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Perkongsian yang telah mendapat lebih 226,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan lelaki terbabit yang tidak mengharapkan staf malah langsung tidak berkira mengemas kesemua meja di restoran berkenaan.

Malah, ada yang mendoakan agar dia dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan atas kebaikan yang dilakukan.

Pada masa yang sama, ramai juga yang mempersoal sikap segelintir pelanggan yang tidak mengemas sisa makanan masing-masing di meja yang telah digunakan.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Moga Dipermudahkan Segala Urusan Abang Tu”

“Saya Kerja F&B Tapi Saya Tak Faham Mentaliti Masyarakat Zaman Sekarang Tak Kira Bangsa, Dah Tahun 2026 Tapi Tak Tahu Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah”

“Hebat Abang Tu, Mesti Anak-Anaknya Pun Beradab Soleh”

“Abang Baju Kuning, Semoga Rezeki Abang Melimpah Ruah, Abang Sihat Sampai Akhir Hayat”

Baca Artikel Berkaitan: Tak Suka Lihat Botol Kicap & Lada Sulah Dihidangkan Atas Meja Kotor, Wanita Bersihkan Hingga Berkilat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Nak Buang, Kemas Letak Setempat!” – Lelaki Kecewa Pelanggan Tak Kemas Sisa Makan Atas Meja

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.