fbpx
Now Reading
Boleh Ke Duduk KL Tapi Bayar Zakat Di Kampung? Ini Penjelasan UAI [Video]

Boleh Ke Duduk KL Tapi Bayar Zakat Di Kampung? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, zakat selain daripada zakat fitrah perlu dibayar mengikut lokasi seseorang itu bekerja dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Zakat merupakan rukun Islam ketiga yang wajib ditunaikan buat mereka yang bergelar Muslim.

Terdapat pelbagai jenis zakat namun yang paling sinonim dengan bulan Ramadan adalah zakat fitrah dan kadarnya pula berbeza mengikut setiap negeri di Malaysia.

Kadangkala, ada segelintir yang tidak berkesempatan membayar zakat di kawasan tempat tinggal dan memilih untuk membayar di kampung halaman berlainan negeri atau memang sengaja berbuat demikian disebabkan beberapa faktor.

Namun, pernah tak anda terfikir adakah tindakan sebegini dibenarkan?

Zakat Selain Zakat Fitrah Tidak Boleh Dibayar Di Tempat Lain

Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, zakat perlu dibayar mengikut lokasi seseorang itu bekerja dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain melainkan zakat fitrah atas sebab tertentu.

“Seluruh ulama mengatakan zakat tidak boleh dipindah dari tempat mencari harta itu melainkan zakat fitrah yang ada khilaf.

“Kerana kita cari rezeki di situ, maka orang yang miskin berhak mendapat sedikit hadiah.

“Kerana daripada ayat al-Quran, kita ambil rezeki di situ, kita beri kepada orang di situ. Maksudnya, kita ambil kesenangan di tempat itu, kita pulangkan atas nama zakat.

“Sebab itulah selain zakat fitrah, semua jumhur ulama (menjelaskan) tak boleh pindah, kena bayar di tempat kamu cari makan,” terangnya.

Boleh Bayar Zakat Fitrah Di Kampung Halaman Bergantung Kepada Situasi

Mengulas mengenai pembayaran zakat fitrah, UAI menjelaskan seseorang itu dibenarkan membayar zakat fitrah di kampung halaman sekiranya berada pada waktu wajib membayar zakat iaitu pada malam sebelum 1 Syawal.

“Yang bolehnya (zakat fitrah) kalau kita kerja di Terengganu, kamu asal orang Kelantan dan balik beraya, malam raya di Kelantan, kamu boleh bayar di Kelantan kerana kamu sudah berada pada waktu wajib, boleh,” terangnya.

“Walaupun kita kerja Kuala Lumpur (KL), tapi pada waktu wajib (malam sebelum hari raya) ada di Kelantan (kampung halaman), maka boleh kita bayar di Kelantan,” terangnya.

Tak Boleh Bayar Zakat Di Negeri Lain

Tambahnya, ada situasi yang tidak membenarkan seseorang itu membayar atau memindahkan zakat ke negeri lain.

“Kalau kita tidak berada (secara fizikal di sesuatu tempat) di waktu wajib, (sebagai contoh) kita kerja di Terengganu, berasal Kelantan tapi tak mahu beraya di Kelantan, pos dekat orang kirim duit balik Kelantan, ini tidak boleh.

“Orang KL, bayar di KL walaupun asal Terengganu. Orang KL tak boleh nak hantar atau bayar online ke Terengganu kerana kamu kerja di KL.

“Pindah zakat adalah haram. Tetapi kalau kamu berada pada waktu wajib, iaitu malam hari raya, bayarlah di tempat kamu berhari raya sama ada di KL atau Terengganu.

“Maksud pindah zakat itu adalah kamu tidak berhari raya di Terengganu tapi kamu nak balik hantar zakat ke Terengganu atas dasar kamu orang Terengganu, tak boleh.

“Tapi kalau memang balik beraya di sini, bayar tempat kita berhari raya. Zakat fitrah sahaja begitu, kalau zakat lain, tempat kita cari (rezeki),” terangnya.

Baca Artikel Berkaitan: Wajib Ke Bayar Zakat Fitrah Untuk Bayi Dalam Kandungan? Ini Apa Yang Patut Anda Tahu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bila Waktu Terbaik Bayar Zakat Fitrah & Apa Perlu Buat Jika Terlepas Menunaikannya?

Baca Artikel Berkaitan: Zakat Wanita Yang Belum Berkahwin Tanggungjawab Siapa? Ini Penjelasannya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.