Ramai Kecam Kelisa Tukar Lorong Mengejut Sebab Nak Masuk Susur Hingga Langgar BMW [Video]
Menerusi video, kelihatan kereta BMW tersebut berhenti selepas bahagian hadapan sebelah kanan dilanggar oleh Perodua Kelisa berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi kewajipan buat setiap individu yang memandu mahupun menunggang kenderaan untuk sentiasa berhati-hati dan mengikut undang-undang apabila berada di jalan raya.
Perkara ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tak diingini seperti kemalangan dan sebagainya dek kerana kecuaian seseorang.
Namun masih ada lagi yang tidak mengambil serius dan mengamalkan sikap penting diri apabila berada di atas jalan.
Pemandu Kelisa tukar laluan tiba-tiba hingga undang kemalangan
Baru-baru ini tular satu video memaparkan tindakan penting diri seorang pemandu Perodua Kelisa sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh N. Natasha (@shayusoff17) di Threads, awalnya kelihatan kereta Perodua Kelisa berada di lorong kanan.
Masuk susur keluar arah ke Hulu Kelang dan Kuantan
Beberapa saat kemudian, Kelisa berkenaan secara tiba-tiba menukar laluan daripada lorong kanan terus memasuki lorong sebelah kiri untuk masuk ke susur keluar menghala ke Hulu Kelang dan Kuantan.
Tindakan spontan kereta Kelisa berkenaan turut menyebabkan dia melanggar bahagian sisi depan sebuah kereta BMW.
Kereta Kelisa dilihat dipandu terhuyung-hayang lepas berlanggar dengan BMW
Bahkan turut kelihatan Kelisa berkenaan seperti tidak berhenti dan meneruskan perjalanan sebaik memasuki susur keluar tersebut dalam keadaan terhuyung-hayang.
Kelihatan kereta BMW terbabit berhenti dan membunyikan hon ke arah kereta Kelisa tersebut atas tindakannya.
View on Threads
Ramai kurang senang, harap pemilik BMW dapat kesan pemandu Kelisa
Melihat di ruang balas, ramai yang tidak senang dengan tindakan kereta kelisa berkenaan kerana ia membahayakan keselamatan pengguna lain.
Malah ada yang mengatakan, sekiranya sudah terlambat untuk menukar laluan, maka pemandu hanya perlu meneruskan perjalanan daripada merisikokan keselamatan orang lain.
Tidak kurang ramai yang mengkritik tindakannya, kerana berada di lorong yang salah sewaktu ingin masuk ke susur keluar.
Ada juga yang berharap agar pemilik BMW terbabit dapat mencari pemandu Kelisa dan membuat tuntutan atas apa yang berlaku.
“Semoga pemilik BMW tu ‘somebody’, jenis detail bab undang-undang, orang fussy, dashcam rakam jelas siap bunyi baru padan dengan Kelisa tu.”

“Sebabkan hal-hal macam nilah aku takut nak memandu. Kita dah cukup berhati-hati tapi datang manusia yang memandu macam tak ada akal..”

“Aku tak faham apa dalam kepala otak driver macam ni. Kau terlepas susur bukannya keluar dekat Siam sana pun.”




