fbpx
Now Reading
Kuasa Viral Dari 3 Liter Ke 35 Liter! Wanita Tak Sangka Teh Tarik Taufufa Dapat Sambutan [Video]

Kuasa Viral Dari 3 Liter Ke 35 Liter! Wanita Tak Sangka Teh Tarik Taufufa Dapat Sambutan [Video]

Menerusi video kelihatan perubahan bekas taufufa yang dari kecil kemudian ditukar kepada saiz besar memandangkan jualan semakin meningkat dan mendapat permintaan ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menceburi bidang perniagaan khususnya industri makanan sememangnya tak mudah. Yelah bukan sekadar keuntungan yang perlu difikirkan.

Perkara utama adalah bagaimana produk tersebut ingin dikenali, kualiti makanan mahupun minuman yang dijual perlulah dijaga serta kebersihan terjamin.

Semua perkara itu menjadi peranan penting buat peniaga. Namun dengan adanya media sosial pada hari ini, ia secara tidak langsung banyak membantu peniaga kecil yang baru mula ingin menapak.

Bahkan siapa sangka daripada bermula dengan kuantiti yang kecil, dek kerana tular di media sosial ia terus mendapat ‘demand’ atau permintaan yang tinggi.

Peniaga tak sangka Teh Tarik Taufufa dapat permintaan tinggi

Perkara sama turut dirasakan oleh seorang peniaga wanita yang dikenali sebagai Miera Arif apabila dia mula menjual Teh Tarik Taufufa dan jualannya itu mendapat sambutan daripada orang ramai.

Menurutnya perniagaan kecilnya itu semakin dikenali oleh orang ramai dan tidak sangka ia mendapat permintaan tinggi.

“Tak pernah sangka dari penat duduk menunggu pelanggan kepada penat berdiri buat pesanan dalam satu malam,” ujarnya, di Threads.

Dari 3 liter naik ke 35 liter teh tarik perlu disediakan

Kata Miera selepas video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular, air teh tarik yang sebelum ini disediakan sebanyak 3 liter menjadi tidak cukup.

“Daripada 3 liter kepada 35 liter. Korang datang tau hari ini. Kita jual Teh Tarik Taufufa.”

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Miera menjalankan perniagaan tersebut di hadapan rumahnya di Bandar Putera Indah, Batu Pahat, Johor.

Kelihatan di atas meja, terdapat taufufa yang dibuat sendiri dengan satu balang teh tarik.

Malah Miera turut dilihat menambah satu lagi beg teh tarik yang sudah disiapkan ke dalam balang air untuk menyiapkan pesanan pelanggan.

@mieraaarif

13/3 Jumaat. Kita buat 35 litre Teh Tarik Taufufah and semuanya sold out 🥹. Never expect my small business akan dapat sambutan macamni. Terima kasih semua ! Customer, sahabat dan family. Harini kita open petang sahaja taw. Tak open malam. Singgah and jemput datang ya. Jam 5 sehingga jam 7 sahaja. Waze : Taska Bright Seed (hadapan taska) No 22, Jalan Putera Indah 10/1A, Bandar Putera Indah, BP. #batupahatfoodie #viralbatupahat #batupahat #tehtariktaufufah #tehtarik

♬ original sound – mieraarif – mieraarif

Mula jual sejak Februari, selalu buat live

Menerusi semakan kami di media sosial Miera, dipercayai dia sudah mula menjual Teh Tarik Taufufa ini bermula pada Februari lalu.

Air minuman itu kemudiannya terus mendapat respon yang baik di kalangan pelanggan yang menyifatkan ia sedap dan kena dengan selera ramai.

Miera turut mempromosikan perniagaan yang dilakukan secara ‘live’ di media sosial. Bahkan dapat dilihat bagaimana perniagaannya berkembang sedikit demi sedikit.

Kelihatan pada awalnya taufufa yang dibuat sendiri hanya disediakan dalam bekas kecil namun bekas taufufa terpaksa ditukar kepada saiz besar apabila mula mendapat permintaan tinggi.

Di TikTok, Miera memaklumkan sepanjang Ramadan ini kedai minumannya itu dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 5 petang sehingga 7 petang.

Sebelum ini, Miera turut ada menjalankan perniagaan minuman yang lain seperti Matcha dan juga Char Kuetiau.

Ramai kagum jualan meningkat dari 3 liter ke 35 liter

@mieraaarif

Semalam ramai nya random customer datang ! Pastu pastu…kita sold out within 1 hour 20 min ja ! Ada yang datang tapi airnya dah habis🥹. Sorry korang ! Harini kita buat lebih extra dari semalam insya Allah. Datang taw reramai☺️. #batupahatfoodie #batupahat #tehtariktaufufah #batupahatjohor #viralbatupahat

♬ original sound – mieraarif – mieraarif

Melihat di ruang balas, ramai yang kagum dengan Miera apabila jualan minumannya semakin meningkat.

Malah ada juga yang mengucapkan tahniah dan menyifatkan taufufa dan teh tarik adalah kegemaran orang ramai, jadi apabila keduanya digabung pasti memberikan kombinasi yang sangat sedap.

“Daripada 3 ke 35 liter? Mesti sedap dan yang datang tu pelanggan tetap. Congratulations sis”

“Wow naik lebih 10 kali ganda. Tahniah”

“Mimpi besar selalu dimulai dari langkah kecil”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.