Lelaki Kongsi Pengalaman Buka Puasa & Tarawih Dekat Masjid Di China [Video]
Menerusi dua video di TikTok, Syahid berkongsi pengalamannya menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Urumqi dan berbuka puasa di Chengdu, China.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap negeri mahupun negara pastinya mempunyai budaya atau cara tersendiri dalam kehidupan harian mereka.
Oleh itu, apabila kita melancong atau berkunjung ke tempat orang ini adalah antara perkara menarik yang dapat dipelajari.
Yelah, adakalanya budaya tersebut mungkin bagus untuk diguna pakai dalam kehidupan harian kita dan boleh membentuk kita sebagai orang yang lebih baik di masa hadapan.
Namun ada juga perkara atau budaya yang perlu dijadikan pengajaran.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “20 Rakaat Tarawih Selesai Dalam 23 Minit”- Lelaki Kongsi Momen Solat Di Beijing [Video]
Lelaki seronok berbuka puasa di masjid di Chengdu, China
Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi momennya berbuka puasa di sebuah masjid di Chengdu, China.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Syahid Syarif, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Asar.
Sewaktu berada di masjid berkenaan dia kemudian menyedari mereka ada melakukan program berbuka puasa bersama-sama.
Oleh itu, dia mengambil peluang untuk merasai pengalaman berbuka puasa di masjid tersebut bersama dengan masyarakat di sana.
Dalam video kelihatan mereka yang terlibat dalam program itu telah menyediakan meja serta makanan untuk bersiap sedia ketika berbuka nanti.
Apabila hampir waktu berbuka kelihatan semua jemaah yang datang duduk di meja. Ketika duduk di sebuah meja, salah seorang individu di meja berkenaan bertanya adakah Syahid dari Malaysia. Dia lalu menjawab ya dari Malaysia.
Mula dengan berbuka puasa makan roti, sup dan kurma sebelum tunai solat Maghrib
Ketika berbuka mereka turut dihidang dengan buah kurma, roti dan juga sup sebagai permulaan.
Sebaik semua selesai makan roti yang disediakan, orang ramai kemudiannya akan terus menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Usai menunaikan solat Maghrib, mereka kemudian kembali ke tempat makan untuk menikmati makanan utama.
Makanan utama dihidangkan lepas solat Maghrib
Menerusi video kelihatan pelbagai jenis makanan masakan Cina yang dihidang. Ketika makan, Syahid memaklumkan dia tidak beberapa pandai menggunakan chopstik.
Melihat kesusahan yang dihadapi untuk mengambil makanan, seorang lelaki yang berada di sebelahnya kemudian tampil membantu dan meletakkan makanan yang diinginkan.
“Aku tak pandai ambil, dia tolong ambilkan. Ni paling sedap, mi leper sup daging.
“Alhamdulillah, rezeki dapat berbuka puasa hari ni. Sedap, sedap,” ujarnya.
Kata Syahid makanan yang dihidang ketika berbuka puasa begitu banyak dan rasanya juga sedap. Sebelum beredar dari meja, kelihatan dia turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang membantu mengambil makanan.
Selain itu, dia turut bersalaman dengan individu yang ada di meja tersebut.
@syahid_syarif Moment indah berbuka puasa bersam orang muslim china Waktu ni datang untuk solat asar di salah satu masjid di chengdu.. tapi tak sangka yang masjid tu buat iftar beramai2.. jadi aku mengambil peluang ni untuk merasai sendiri moment berbuka puasa di sni.. serius makanan yang dihidang memang sangat2 banyak dan sedap😍 #travel #ramadan #backpakers #china
♬ الصوت الأصلي – Ammar _ عـــمـــوري 🇸🇩
Kongsi momen tunai tarawih di masjid lain
Dalam satu lagi video, Syahid turut berkongsi momennya menunaikan solat tarawih di sebuah lagi masjid di Urumqi, China.
“Setiap kali empat rakaat tarawih, ada selawat dipimpin imam. Di sini tarawih buat 20 rakaat, witir 3 rakaat, 1 salam. Waktu doa pula sendiri-sendiri.
“Alhamdulillah selesai sudah solat tarawih dekat Urumqi, hari ni diberi peluang alhamdulillah.”
Apa yang lebih menarik, sewaktu keluar dari masjid Syahid tertinggal stokinnya di tempat wuduk. Dia kemudian ditegur oleh seorang jemaah Uyghur sebelum bertindak membelikan Syahid kasut disebabkan cuaca yang terlalu sejuk.
@syahid_syarif Moment terindah lepas habis solat tarawih di Urumqi, China Lepas beberapa hari tak jumpa masjid di area xinjiang ni.. akhirnya malam ni aku jumpa satu.. dapat jugak merasai suasana solat terawih di china.. tiba2 berlaku perkara yang tak disangka2 aku dibelanja kasut oleh seorang brother uyghur.. die mungkin kesian dengan aku sebab pakai seliper je dekat tempat yang sejuk die -10.. kalini aku moreh dapat kasut.. murah rezeki dia❤️ #travel #ramadan #backpakers #fyp #china
♬ original sound – Sarpu – Sarpu
Ramai suka lihat perkongsian momen berbuka puasa di negara lain
Melihat di ruangan komen, ramai yang seronok dengan perkongsian Syahid.
Malah ada yang mengatakan agak menarik untuk meraikan Ramadan di Chegdu. Bukan hanya itu, ada juga yang mahu melancong untuk merasai pengalaman sama.
“Seronoknya Sarpu (Syahid), saya baru balik dari China juga tapi tak dapat pengalaman macam ni. Ke kena bertegur sapa dengan orang dulu? Tapi betullah kan rezeki orang lain-lain.”

“Macam menarik ya raikan Ramadan dekat Chengdu, tahun depan raikan Ramadan dekat sana okay ke?”

“Padu dia orang punya lauk berbuka, macam-macam lauk ada. Betul-betul boleh makan sampai puas satu meja tu.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






