Berniaga Di Tepi Longkang Tak Jadi Alasan, Peniaga Bayar Zakat RM10,000
MAINS turut berkongsi mobil kafe Abang Ariff juga sering dikunjungi oleh pelbagai golongan seperti penggemar kopi, geng kayuh, dan ramai lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan menceburi bidang perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Sebaliknya pelbagai jenis cabaran yang dihadapi dalam perjalanan untuk menjadi peniaga yang berjaya.
Malah kejayaan yang dibina bukanlah hasil daripada usaha satu ke dua hari berniaga tetapi ia mungkin memakan masa bertahun-tahun.
Namun semua kesusahan itu akhirnya menjadi momen atau kenangan manis kerana dari situlah seorang peniaga belajar melakukan kesilapan, merangkak sehingga berjaya berdiri kukuh.
Peniaga tepi jalan bayar zakat perniagaan RM10,000
Baru-baru ini, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah berkongsi kisah seorang peniaga di tepi jalan yang hanya menggunakan kenderaannya untuk menjual kopi di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
Bagi penduduk di Seremban, pasti mengenali kenderaan SUV abang ini setiap kali berkunjung ke Ampangan.
Peniaga yang mesra dipanggil sebagai Abang Ariff menamakan gerainya sebagai Ariff’s Coffee First.
Buat mobil kafe guna kereta Kia Sportage
Menurut MAINS sebelum ini Abang Arif merupakan seorang anggota tentera. Selepas bersara, dia kemudian memulakan perniagaan mobile cafe menggunakan kereta Kia Sportage.
“Orang Ampangan, umat kopi, geng sekolah kopi, geng kayuh, selalu lepak sini,” katanya.
Malah Abang Ariff juga sebelum ini pernah mendapat liputan daripada banyak media disebabkan keunikan perniagaannya.
“Dah 10 tahun jadi barista jalanan. Hari ini Abang Ariff mampu bayar Zakat perniagaan cecah RM10,000 guys. ‘Meniaga tepi longkang’ itu sebenarnya ayat yang keluar dari mulut dia. Memang humble.
“Bukan itu sahaja, korang kena tahu satu benda ni. Masa dia datang MAINS, masa Ramadan ni juga, dia kata lepas dia bayar zakat, hidup dia memang lain.
“Rezeki sentiasa cukup, kesihatan terjaga. Tahu tak, anak dia (dapat keputusan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) straight A’s. Sekarang tengah sambung belajar jurutera di Jerman.”
Kata MAINS lagi, mungkin segelintir dari kita yang takut untuk mengeluarkan zakat kerana bimbang jika rezeki berkurang atau berniaga tidak untung.
Namun satu perkara yang perlu ditanam dalam diri, ‘janji Allah pasti tepat dan benar’. Ini kerana apa yang kita belanjakan pada jalanNya pasti akan dilipat gandakan lagi.
View on Threads
Ramai sifatkan kopi yang dijual sedap dan murah
Melihat di ruangan komen, ada pelanggan-pelanggan Abang Ariff yang turut memaklumkan di bulan Ramadan sewaktu Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Rasah dia juga ada menyumbang kopi percuma kepada kumpulan tadarus masjid berkenaan.
Tidak kurang ramai yang menyifatkan kopi yang dijual juga sedap dan Abang Ariff juga seorang yang peramah dan kelakar.
Mereka juga mengatakan harga untuk air minuman yang dijual oleh Abang Ariff juga tidak mahal dan berpatutan.
“Nak tambah sikit lagi. Biasa bulan Ramadan masa Majlis Khatam Al-Quran dekat Masjid Rasah tu dia akan bagi kopi percuma dengan geng-geng tadarus masjid tu. Semoga bertambah rezeki Abang Ariff lepas ni”

“Air dia memang sedap-sedap! Harga pun tak mahal”

“Terbaik lah MAINS sebab kongsi pemberi zakat perniagaan. Jadi kita bolehlah sokong peniaga tu. Harap dapat share lagi lepas ni”

“Kalau pergi pasar, mesti singgah beli kopi dekat dia. Kopi dia sedap”




