fbpx

Amin Idris Tegur Usahawan Kaitkan Perkataan ‘Rabbuka’ Dengan ‘Buka’ Ketika Kongsi Tips Murah Rezeki [Video]

Pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati dalam menghuraikan ayat al-Quran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, seorang usahawan terkenal telah berkongsikan tips murah rezeki buat peniaga untuk diamalkan.

Menerusi video yang dimuat naik, usahawan berkenaan berkongsi dan membaca Surah Al-Fiil yang dapat memberi rezeki.

Apa yang menjadi perhatian adalah usahawan menekankan kalimah ‘Rabbuka’ dalam surah berkenaan dan mengaitkannya dengan perkataan Bahasa Melayu, buka yang merujuk kepada pembuka pintu rezeki.

“Baca tiga kali ye, baca tiga kali, insya-Allah masa ‘rabbuka’, ‘buka’, bukakanlah pintu langit untuk kita, angkat doa kita memohon pertolongan Allah, bantuan rezeki yang tidak dijangka, rezeki yang luar biasa, rezeki yang tidak luak, rezeki yang tidak habis dan rezeki yang barakah,” katanya.

Amin Idris Tegur Usahawan Huraikan Maksud Rabbuka

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian ramai sehingga ia menjadi bualan pengguna media sosial termasuk pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @iamaminidris, pengacara berkenaan tampil memberi teguran.

“Rabbuka tu bukan maksud buka. Rabb itu adalah tuhan, ka tu adalah ganti nama kepada kamu. Rabbuka bermaksud tuhan kamu.

“Sama juga bila kita di alam kubur nanti, bila kita akan ditanya ‘Man Rabbuka?’, ‘siapa tuhan kamu’, bukannya siapa yang buka-buka,” jelasnya.

Kongsi Doa Mohon Rezeki Buat Orang Ramai

Melalui perkongsian itu juga, Amin turut berkongsikan doa yang boleh diamalkan oleh orang ramai untuk memohon rezeki kepada Allah SWT.

Antaranya doa yang diajar Nabi Muhammad SAW dalam hadis sohih Riwayat Ibnu Majah:

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

“Doanya mudah je, kita minta kepada Allah SWT ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan kita diterima,” kata Amin lagi.

Mohon Orang Ramai Berhati-Hati Hurai Ayat Al-Quran

Pada masa yang sama, Amin turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati dalam menghuraikan ayat al-Quran.

“Pengajarannya, al-Quran kita belajar dengan betul-betul. Bukan asalkan bunyi sama. Ini ayat Allah, ini kalam Allah.

“Berhati-hati dalam kita menghuraikan, walaupun niat baik, tetapi cara tidak betul, ia tidak baik juga,” katanya.

Sehingga artikel ini ditulis, hasil semakan kami mendapati video usahawan terbabit masih lagi terdapat di laman sosial sejak ia dimuat naik pada 21 Februari yang lalu.

@iamaminidris

Ada tertengok satu video seorang usahawan share tips berniaga dengan membaca surah Al Fiil. Beliau terjemah kalimah 'Rabbuka' bererti 'buka'. Maknanya Allah 'buka' pintu langit rezeki. Makna 'Rabbuka' BUKAN BUKA, tapi TUHANMU. Hati-hari dalam memetik ayat Quran. Jangan main hentam je. Itu ayat Allah

♬ original sound – Amin Idris

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Perkongsian yang telah mendapat lebih 114,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji tindakan Amin yang menegur usahawan berkenaan dengan penuh hemah.

Namun, ada juga yang masih mempersoal tindakan usahawan berkenaan dan mahu dia menurunkan video terbabit.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Pengajaran Buat Semua. Nak Beri Ilmu Kepada Orang Ramai Perlu Berguru. Kita Ada Ilmu Yang Benar. Jika Salah Kita Beri Pada Orang, Orang Salah Faham, Salah Amal”

“Terima Kasih Encik Amin Tolong Perbetulkan, Dapat Kita Belajar Sama-Sama”

“Bagus Amin Tegur Pun Penuh Dengan Hemah & Tertib”

“Dia Salah Faham Wajar Diperbetulkan. Harap Video Beliau Dapat Diturunkan”

“Ini Baru Cara Teguran Sebenar, Terima Kasih Bro Amin”

Baca Artikel Berkaitan: “Mohon Ampun Jadikan Ibadah Bahan Lawak” – Amin Idris Mohon Maaf & Buang Foto Pegang Tongkat Loki

Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Rapat Dengan Allah Walau Tak Bertudung”- Ustaz Elyas Tegur Kenyataan Artis Wanita [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tolong La Berubah” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Gaya & Penampilan Dolla Dalam MV Question

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.