fbpx
Now Reading
Alif Satar Ajak Raya Sama Sama, Siap Guna Bahasa Isyarat Dalam Muzik Video

Alif Satar Ajak Raya Sama Sama, Siap Guna Bahasa Isyarat Dalam Muzik Video

Memang rugi siapa yang tak ikut serta cabaran Raya Sama Sama kali ini kerana hadiah-hadiah yang ditawarkan MR.DIY pada tahun 2026 ini lagi best dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang Hari Raya, teringat irama lagu Raya ‘catchy’ yang dinyanyikan oleh Alif Satar dan The Locos pada tahun 2024. Siap viral di TikTok sehingga mendapat 31,600 hantaran dari pelbagai lapisan masyarakat.

Boleh dikatakan FYP TikTok semua orang pada ketika itu penuh dengan video challenge menari dengan #RayaSamaSamaMRDIY yang dinyanyikan oleh selebriti terkenal itu. Memang meriah sungguh!

Alif Satar Buat ‘Comeback’ Lagu Raya Sama Sama 2026 Dengan MR.DIY

Siapa sangka dari irama pendek yang dibuat khas untuk cabaran TikTok, kini lagu nyanyian duta raya MR.DIY, Alif Satar sudah ada ‘extended version’, versi yang lebih panjang dan menyeronokkan untuk tahun 2026. 

Lagu Raya Sama Sama versi baharu ini tampil lebih menarik kerana ia memupuk nilai keharmonian serta kemasyarakatan dalam merapatkan lagi silaturahim kita semua. 

Dari segi gaya tarian, semuanya masih kekal sama seperti yang pernah viral dulu, cumanya mereka sudah mengubahsuainya menjadi lebih unik iaitu dengan menambah elemen bahasa isyarat yang membawa maksud ‘Selamat Hari Raya’.

Best juga sambil-sambil menari dan menyanyi lagu Raya Sama Sama dari MR.DIY ni, boleh belajar benda baru dan dapat berkomunikasi dengan individu Orang Kurang Upaya (OKU). Memang sesuai betul dengan tajuk lagu, boleh Raya Sama Sama!

Kalau korang nak tahu, Alif Satar memang mahir dalam menggunakan bahasa isyarat, malah ada yang menggelarnya sebagai selebriti serba boleh. Lebih menarik lagi, ibunya yang merupakan seorang guru pendidikan khas juga pandai berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Jadi tak peliklah macam mana Alif Satar boleh mahir menggunakan bahasa isyarat.

Bagi golongan OKU, pastinya lagu Raya Sama Sama yang dinyanyikan oleh Alif Satar ini membuatkan mereka rasa tidak ketinggalan kerana dapat sama-sama menikmati kemeriahan lagu Raya ini.

Korang pun nak cuba ucapkan ‘Selamat Hari Raya’ dalam bahasa isyarat? Kalau rasa nak belajar boleh tengok video pada minit 1:41 apabila Alif dan rakan-rakannya mula mendepakan tangan. 

Apa lagi, jom ramai-ramai tengok MV lagu Raya Sama Sama 2026 oleh MR.DIY di bawah:

Ada Hadiah Bernilai Sehingga RM80,000! Cuma Rakam Video Guna Lagu ‘Raya Sama Sama 2026’ Oleh MR.DIY.

Siapa yang pernah sertai cabaran #RayaSamaSama pada tahun 2024? Ada berita gembira untuk korang semua kerana cabaran tersebut kembali seperti Alif Satar.

Memang rugi siapa yang tak ikut serta cabaran Raya Sama Sama kali ini kerana hadiah-hadiah yang ditawarkan MR.DIY pada tahun 2026 ini lagi best dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000! 

Bukan itu sahaja, korang siap boleh pergi rumah terbuka istimewa untuk berjumpa sendiri dengan Alif Satar dan The Locos!

Kalau dapat jumpa Alif Satar nanti, bolehlah buat kapsyen Instagram: #RayaSamaSama dengan Alif Satar. Mesti ramai yang cemburu!

Jangan lupa untuk sertai cabaran ini yang bermula dari 7 Mac 2026 sehingga 7 April 2026.

Jadi buat korang yang nak sertai cabaran anjuran MR.DIY ini. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Cari lagu Raya Sama Sama di TikTok atau Instagram.
  2. Rakam video menari atau lip-sync dengan kawan-kawan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. Lagi ramai, lagi meriah!
  3. Muat naik video di mana-mana platform media sosial menggunakan lagu Raya Sama Sama 2026 dan letak #RayaSamaSama2026 di ruangan kapsyen.
  4. Hantar penyertaan anda di [SINI] atau copy paste link di sebelah: https://www.mrdiy.com/promotion/mr-diy-rayasamasama2026

Mudah kan?

Mesti ramai yang tak sabar nak tahu apa hadiah yang MR.DIY akan beri kepada para pemenang kan? Berikut adalah hadiah-hadiahnya:

  1. Hadiah Utama x3: Emas 10g + Jemputan Eksklusif ke Rumah Terbuka untuk 4 orang 
  2. Hadiah Tempat Kedua x5: Perak 100g + Jemputan Eksklusif ke Rumah Terbuka untuk 4 orang 
  3. Hadiah Tempat Ketiga x8: Wang Tunai RM500 + Jemputan Eksklusif ke Rumah Terbuka untuk 4 orang 
  4. Hadiah Saguhati x 20: Baucar Tunai MR.DIY RM100 + Jemputan Eksklusif ke Rumah Terbuka untuk 4 orang 
  5. Hadiah Khas (Untuk penyertaan sekolah sahaja) x30: Baucar Tunai RM.DIY RM500 
  6. Hadiah Penyertaan Awal x 50: Baucar Tunai MR.DIY RM20  

Webfilem MR.DIY Raya Sama Sama 2026 Ada Alif Satar!

Oh ya! Kempen Raya 2026 dari MR.DIY bukan sekadar lagu Raya Sama Sama sahaja, malah mereka juga telah menghasilkan filem pendek bersempena dengan Aidilfitri pada tahun ini.

Percayalah, iklan Raya dari MR.DIY memang tak pernah mengecewakan setiap tahun. Semuanya best!

Bertajuk MR.DIY Raya 2026: Raya Sama-Sama, filem pendek tersebut adalah kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia di mana Alif Satar memegang watak sebagai seorang rakyat Malaysia bernama Izzat yang bekerja di Jakarta, Indonesia.

Turut serta dalam filem pendek itu adalah pelakon terkenal Indonesia iaitu Teuku Wisno yang memegang watak Rian dan merupakan rakan sekerja Izzat.

Semuanya bermula apabila penerbangan Izzat yang mahu pulang beraya di Malaysia terpaksa dibatalkan kerana faktor cuaca. Rian lantas mengajak Izzat untuk menumpang di rumahnya buat seketika. Sepanjang di sana Izzat banyak belajar perkara baru. Malah latar belakang yang berbeza, tidak menghalang mereka untuk mengenali satu sama lain serta memupuk nilai empati.

Walaupun webfilem MR.DIY ini baru sahaja dilancarkan, tetapi ia sudahpun meraih tontonan lebih daripada 4 juta! Siap ada yang minta buat sambungan untuk web filem itu.

Anda juga boleh tonton webfilem MR.DIY Raya 2026: Raya Sama-Sama ini di, Facebook, Instagram, TikTok dan X.  

Antara Aktiviti Menarik Untuk Raya Sama Sama MR.DIY 

Untuk lebih memeriahkan mood Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, MR.DIY juga telah menghiasi lima buah cawangan MR.DIY Plus dengan pelbagai hiasan berkonsepkan Syawal iaitu di Mid Valley Megamall KL, IPC Shopping Centre, MyTOWN Shopping Centre, Mid Valley Southkey Johor Bahru dan Imago Shopping Mall, Sabah.

Lepas korang sudah membeli barangan persiapan Raya di MR.DIY, bolehlah bergambar beramai-ramai di ruangan tersebut. Comel betul, siap ada replika kuih tradisional Melayu seperti tepung pelita dan kuih lapis.

Selain bergambar di ruangan khas bertemakan Hari Raya itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik pada 14 Mac 2026 iaitu pada hari Sabtu jam 1:00 tengah hari sehingga 2:00 tengah hari bertempat di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang dianjurkan bersempena dengan kempen Raya MR.DIY ini adalah persembahan tarian tradisional, dikir barat, silat dan bengkel berkonsepkan Raya.

Buat peminat maskot MR.DIY PANDAi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersamanya serta patung robot yang bakal membuat kemunculan istimewa pada hari tersebut.

Tak Beli Barang Persiapan Raya Lagi? MR.DIY Kan Ada!

Macam biasa, MR.DIY adalah tempat yang semua orang akan pergi setiap kali dah nak Raya. Apa je yang MR.DIY tak jual, betul tak?

Dari pinggan mangkuk, sampul duit raya, lampu raya, bekas makanan, aksesori wanita, dan pelbagai lagi. Sebut sahaja nak beli apa, semuanya ada di semua cawangan MR.DIY seluruh Malaysia.

Paling penting, harga barangan di MR.DIY adalah murah dan berpatutan. Barang pun berkualiti.

Selain dari barangan persiapan untuk menyambut Aidilfitri, barangan keperluan harian pun ada promosi menarik seperti pewangi kereta, plastik sampah, span basuh pinggan dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut tentang promosi barangan lain bersempena dengan kempen MR.DIY Raya Sama-Sama 2026 ini, boleh kunjungi laman web MR.DIY dengan klik [DI SINI].

Jadi apa tunggu lagi? Meriahkan lagi Syawal anda dengan Raya Sama Sama bersama MR.DIY! Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kempen ini, boleh layari laman web MR.DIY atau media sosial di Facebook, Instagram, XHS, TikTok dan X

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.