Wanita Buat Kejutan Pulang Jumpa Ibu Ayah Selepas 9 Bulan Berlayar Undang Sebak [Video]
Menurut wanita yang mesra dipanggil Ecah itu, dia tidak menyangka dapat pulang beraya bersama ibu dan ayah selepas sembilan bulan berada di atas kapal atas tuntutan kerja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak kiralah walau ke mana sekalipun kita berada, rindu kepada ahli keluarga khususnya ibu bapa adalah perkara yang sukar untuk diungkapkan.
Apatah lagi berada jauh beribu-ribu batu dan tidak dapat pulang disebabkan tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam pekerjaan ataupun pelajaran.
Apa yang membuatkan lebih sebak apabila terpaksa berpuasa jauh dan ada juga yang terpaksa menyambut lebaran jauh daripada keluarga. Rasa rindu itu pastinya turut dirasai oleh ibu ayah yang tercinta apabila mengenangkan anak yang disayangi.
Wanita buat kejutan kepada ibu bapa lepas sembilan bulan tak jumpa
Namun berbeza dengan seorang wanita ini, apabila dia membuatkan kejutan kepada ibu dan ayahnya selepas beberapa bulan tidak berjumpa.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aisar di TikTok, awalnya kelihatan ibu ayah dan keluarganya telah berkunjung ke restoran Charm Chea dipercayai untuk berbuka puasa.
Tidak lama kemudian kelihatan Aisar yang mesra dipanggil Ecah keluar daripada bahagian dapur dan datang ke meja makan ibu ayahnya untuk menghantar telur dadar yang dipesan.
Turut kelihatan Ecah sewaktu menghantar makanan tersebut lengkap memakai apron dan juga pelitup muka untuk mengelakkan wajah dicam oleh ibu dan ayah untuk membuat kejutan berkenaan.
Ayah mula perasan itu anaknya dan pandang beberapa kali
Sebaik menghulurkan telur berkenaan, kelihatan si ayah merenung Ecah beberapa kali. Malah ketika mereka saling berbalas pandangan si ayah sudah mula menyedari susuk tubuh yang berdiri di hadapannya itu adalah anak tercinta yang sudah sembilan bulan tidak ditemuinya kerana berlayar di atas kapal.
Ecah kemudian menghampiri ayah sebelum memeluknya dari belakang. Manakala si ibu yang baru menyedari perkara tersebut tertawa sebelum bangun untuk memeluk anaknya itu.
Apa yang lebih sebak, kelihatan si ayah turut mengalirkan air mata saat melihat anaknya itu kini sudah berada di depan mata sebelum dua beranak itu berpelukan.
“Hampir 9 bulan berlayar. Reaksi ayah mahal sebab ayah jarang menangis macam tu. Ia sangat sukar namun lepas segalanya, saya berjaya mengharunginya kerana mereka (ibu ayah).
“Terima kasih Restoran Charm Chea untuk kejutan dan persediaan makanan sedap dan murah, berbaloi,” katanya di ruangan kapsyen.
Dah berlayar sejak Jun tahun lalu
Menurut Ecah dia sudah berada di atas kapal sejak dari bulan Jun tahun lalu dan baru sahaja pulang bertemu ibu bapa.
Katanya kepada BuzzKini, dia juga tidak menyangka dapat pulang untuk beraya bersama keluarga tercinta.
Kongsi Ecah lagi sewaktu membuat kejutan itu tiada satu orang pun dari keluarga mengetahui kepulangannya ke tanah air kecuali rakan ibunya.
“Perkara tak dirancang sebab saya belum pasti balik pada tarikh sekian (bila) jadinya alang-alang mereka nak berbuka sekali dan kena dengan tarikh (balik) saya,” ujarnya.
Berlayar sembilan bulan kerana jalani latihan industri
Ecah memaklumkan dia berlayar selama sembilan bulan kerana sedang menjalani latihan industri dan kini akan bercuti lama sebelum kembali ke kampus untuk menghabiskan diplomanya di Akademi Laut Malaysia.
Katanya sepanjang berada di laut pelbagai pengalaman dirasainya dan meskipun mencabar ia adalah perkara yang seronok serta berbaloi memandangkan dia sememangnya minat bidang tersebut.
@serikyoo almost 9 month onboard. reaction ayah mahal sbb ayah jarang menangis macam tu 🥹 its very tough but after all , i survived because of them 🤍😭 thankyou @Charm Chea Restaurant for the suprise and preparation makanan sedapp dan murahh berbaloii 😍🤍 #raya2026 #teamrayadarat ♬ Aishah_Pulanglah – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂
Ramai yang sebak lihat reaksi ibu dan ayah
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut sebak apabila melihat reaksi daripada ibu dan ayah Ecah.
Ada juga yang menyifatkan mungkin Ecah merupakan anak yang begitu rapat dengan ayahnya. Ini kerana dari lirikan mata si ayah seperti sudah mengetahui itu adalah anaknya.
“Ayah dia perasan dulu. Nampak sangat ayahnya sayang anak dia sangat kan. Apasal air mata mengalir ni”

“Ayah tak akan jatuhkan air mata tanpa sebab”

“Ayah awak ada on bluetooth ke? Sebab bila dia nangis, aku nangis sekali dik. Dah lah dekat bus stop ni tunggu anak keluar sekolah”




