Now Reading
Ramai Tak Setuju Hidangan Nasi Lemak Di Singapura Digelar ‘Nanyang Coconut Rice’

Ramai Tak Setuju Hidangan Nasi Lemak Di Singapura Digelar ‘Nanyang Coconut Rice’

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh ASIAN Story & Heritage, jelas kelihatan hidangan itu merupakan nasi lemak walaupun dengan lauk sampingan yang sedikit berbeza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dapat dinafikan, nasi lemak merupakan salah satu hidangan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan dinikmati oleh sebahagian besar masyarakat negara.

Malah, ia turut menjadi kegemaran orang luar atau pelancong yang datang ke Malaysia. Sekali cuba mesti nak lagi!

Seperti di Nanjing, China pada September tahun lalu, gerai nasi lemak di sebuah karnival makanan telah diserbu oleh penduduk tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: “Laku Betul!” – Gerai Nasi Lemak Di Karnival Nanjing China Diserbu Pengunjung Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Nasi Lemak Nampak Sedap!”- Pasangan Dari AS Kenalkan Sarapan Malaysia Pada Anak-Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Cemburu Dengan Malaysia, Lelaki Dari Singapura Datang Ke KL Kerana Rindu Nasi Lemak Di PJ

Laman Budaya ASIAN Kenalkan Nasi Lemak Sebagai ‘Nanyang Coconut Rice’

Baru-baru ini, laman ASIAN Story & Heritage yang berasas di Filipina, menerima kritikan ramai kerana ‘salah’ menamakan hidangan ikonik itu.

Dengan memuat naik gambar nasi lemak, ia menamakan hidangan tersebut sebagai ‘Nanyang Coconut Rice’ beserta emoji bendera Singapura di bahagian depannya.

“Nanyang Coconut Rice dimasak bersama santan dan biasanya daun pandan, memberikannya rasa yang kaya, wangi dan sedikit manis.

“‘Nanyang’ bermaksud Laut Selatan dalam bahasa Cina dan secara sejarahnya merujuk kepada Asia Tenggara, jadi stail nasi ini menunjukkan tradisi kulinari Asia Tenggara,” katanya.

Lauk Sampingan Sedikit Berbeza, Tetapi Tetap Nasi Lemak

Walaupun mungkin lauk sampingan yang dihidangkan di dalam gambar tersebut sedikit berbeza iaitu kepingan ayam goreng tepung (chicken cutlet) dan telur rebus digoreng, namun jelas kelihatan bahawa ia merupakan nasi lemak yang lengkap dengan sambal, ikan bilis, kacang goreng dan timun.

Meskipun tidak menyebut secara terus, namun kekerapan menyebut perkataan Singapura seolah-olah nasi lemak adalah hidangan tradisi Singapura apabila laman berkenaan cuba mengaitkan landskap kulinari Singapura yang mencerminkan kepelbagaian budaya.

“Latar kulinari Singapura mencerminkan kepelbagaian budayanya, yang menggabungkan pengaruh Cina, Melayu, India dan Barat dalam landskap makanannya.

“Keistimewaan tempatan sentiasa menggabungkan bahan dan teknik merentas budaya, contohnya ketam cili menyatukan tradisi makanan laut Cina dengan sos pedas yang diinspirasikan dari budaya Melayu,” katanya.

Ramai Setuju Hidangan Dipaparkan Ialah Nasi Lemak

Di ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju bahawa hidangan yang ditunjukkan itu merupakan nasi lemak yang sinonim dengan masyarakat Malaysia.

“Sekarang ni mat saleh pun kenal nama Nasi Lemak berbanding Nanyang apa entah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Singapura guna hidangan sampingan China untuk lawan dengan nasi lemak Malaysia yang biasanya dihidang bersama rendang atau makanan laut,” luah seorang lagi.

Mereka berpendapat bahawa nama itu diubah agar kedengaran seperti hidangan itu berasal dari tradisi China dan turut menyifatkannya sebagai cubaan memadam sejarah.

“Cakap je la nasi lemak. Tak perlu nak padam sejarah,” kata seorang individu.

“Nanyang Coconut Rice tu nasi lemak la. Cuma namanya diubah supaya nampak macam berasal dari China. Di China, orangnya tetap cari nasi lemak yang dimasak oleh cef dari Malaysia,” kata seorang lagi.

“Di Malaysia, orang Melayu masih menjual yong tau foo seperti namanya, menghormati warisannya,” kata seorang lelaki.

Isu Pernah Dibangkitkan Pada Hujung Tahun Lepas

Difahamkan isu ini sebenarnya sudah lama timbul. Sebelum ini, seorang pengguna TikTok (@singtaliantok) mendakwa di Singapura sudah terdapat cubaan untuk mengubah nama nasi lemak di pasaran dan digantikan dengan perkataan ‘Nanyang’.

Menerusi video tersebut, dia turut berkongsi satu tangkap layar iklan makanan berupa nasi lemak yang dinamakan Nanyang Nasi Lemak.

Pun begitu, ada yang berpendapat perkataan ‘Nanyang’ yang merujuk kepada ‘Laut Selatan’ sememangnya bermaksud ia adalah makanan Asia Tenggara.

Namun pendapat tersebut dikritik memandangkan nama nasi lemak ditukar kepada nama lain, sehingga ada yang tertanya motif sebenarnya.

@singtaliantok Replying to @itstigerchan (pt. 2) thanks again for pointing this out! needed to spotlight your comment as part of my response to another commenter #foodsg #nasilemak #sgtiktok #fyp ♬ original sound – singtaliantok

Berikut antara komen ditinggalkan:

Baca Artikel Berkaitan:“Food Is Good” – Pempengaruh Perkenal & Hidang Nasi Lemak Di Amerika Syarikat Raih Pujian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.