“Lagi Sedap Dari Alkohol” – Pelancong Australia Ketagih Dengan Rasa Quesillo Di Bukit Bintang [Video]
Pelancong itu berkata sedemikian selepas mencuba tester pencuci mulut, quesillo yang disediakan peniaga Rizzquesillo.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain kaya dengan pelbagai budaya menarik dan unik, Malaysia juga amat dikenali dengan makanan menarik serta lazat. Malah ada pelancong yang menyifatkan negara ini sebagai ‘syurga makanan’ buat mereka.
Daripada menu berat hingga ke kuih tradisional, semuanya menjadi kegilaan ramai. Seperti sebelum ini, seorang usahawan dan YouTuber dikenali sebagai Darren Cronian mengakui ketagih kuih karipap selepas terkandas di Malaysia selama lebih setahun kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.
Sepanjang tempoh tersebut, dia pada setiap pagi akan pergi ke MyNews berada berdekatan kondominiumnya untuk membeli dua ketul karipap bersama secawan kopi.
Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Dedah Ketagih Karipap Gara-gara PKP Dahulu, Lebih Setahun Terkandas Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “I Find It Interesting” – Mat Saleh Terkejut 5 Benda Ini Popular Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “Beri Inspirasi” – Mat Saleh Ini Puji Rakyat Malaysia, Tak Kekok Bertutur Lebih 1 Bahasa [Video]
Pelancong Asing Tiap Hari Serbu Gerai Quesillo Di BB
Selain karipap, pencuci mulut quesillo pula mula mendapat perhatian ramai di ibu kota, Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila pengasas jenama pencuci mulut terkenal, Rizzquesillo dikenali sebagai Muhammad Amirul Faiz Kamarulzaman berkongsi telatah pelanggan yang hadir mengunjungi gerai kecilnya yang terletak di Bukit Bintang.
Jelas pelancong itu, dia datang ke Rizzquesillo pada setiap hari sepanjang berada di Malaysia untuk menikmati manisan berkenaan.
“Caramel ni (quesillo) ni sedap. Saya dah berada di Kuala Lumpur selama seminggu, dan saya datang ke sini setiap hari. Ini quesillo paling sedap,” kata pelanggan yang berasal dari Australia itu.
Melihat dia begitu teruja untuk mendapatkan manisan tersebut, peniaga itu telah memberikan tester kepada pelancong terbabit yang sedang beratur untuk membeli dua potong quesillo.
“Oh wow, sedap! Korang kena rasa ni, datang ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ini lagi baik dari alkohol, pasti. Lebih sihat,” ujar pelancong itu.
View on Threads
Rizzquesillo Jadi Buruan Ramai Sepanjang Ramadan Ini
Untuk info, quesillo merupakan pencuci mulut yang berasal Amerika Latin yang kelihatan seakan-akan puding karamel. Apa yang membezakannya adalah ia lebih padat, berlemak, berkrim, rasa pahit manis, lebih lembut dan cair di mulut.
Sejak awal Ramadan ini, manisan yang dijual dengan harga RM15 sepotong itu telah menjadi fenomena di Bukit Bintang, yang mana ramai pelanggan sanggup beratur panjang bagi mendapatkannya.
Bukan sahaja mendapat tumpuan penduduk tempatan malah pelancong asing juga.
View on Threads
Orang Ramai Bangga Peniaga Berjaya Tarik Perhatian Pelancong Asing Terhadap Quesillo
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut menunjukkan minat mereka untuk mencuba sendiri keunikan pencuci mulut quesillo dari jenama itu.
“Masya-Allah, quesillo tu nampak sangat sedap. Saya nak sepotong,” kata seorang pengguna Threads.
Malah ada yang berkata Rizzquesillo menjadi pilihan ramai kerana konsistensi dan kualiti yang dikekalkan oleh peniaga.
“Saya sangat percaya pelanggan asyik datang semula ke gerai dia (Rizzquesillo) sebab peniaga kekalkan konsistensi dan kualiti makanan. Kedai bersih tak bersepah, dan paling penting sekali peniaga tu sendiri rendah diri,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga berbangga dengan pengasas Rizzquesillo yang bijak menarik minat para pelancong asing dengan makanan yang dijual.
“Sebagai rakyat Cina di Malaysia, saya bangga tengok abang dessert dah tarik perhatian ramai orang serata Asia Tenggara. Dia (Muhammad Amirul) yang pertama di rantau ni yang perkenalkan quesillo. Sejak tahun lalu, semakin ramai juga orang di rantau ini cuba meniru dan inovasi dengannya.
“Versi abang dari Malaysia ini memang menonjol dengan rasa dan persembahan yang sangat menarik. Ramai pengunjung juga berkongsi tentangnya di media sosial. Secara tak langsung, ia bantu promosikan Malaysia serta kekayaan budaya kita. Diharapkan pihak berkuasa, agensi pelancongan dan majlis berkaitan dapat beri lebih perhatian kepada kemahiran sepertinya,” kata seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: “Mantap, Terima Kasih Malaysia.” – Tentera Lubnan Puji Keenakan Nasi Lemak Raih Perhatian Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura
Baca Artikel Berkaitan: “You’re In The Right Country” – Mat Saleh Puji Malaysia Bebas Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin [Video]