fbpx
Now Reading
Bagi Anak Tanpa Lesen Bawa Kereta Hingga Sebabkan 3 Maut, Ibu Pemandu Honda Jazz Didenda RM1,500

Bagi Anak Tanpa Lesen Bawa Kereta Hingga Sebabkan 3 Maut, Ibu Pemandu Honda Jazz Didenda RM1,500

Tahun lalu, tular di media sosial rakaman dashcam yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda Jazz merempuh dua motosikal selepas pemandu kereta itu gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah mengakibatkan 2 individu meninggal dunia di tempat kejadian & seorang lagi di hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (6 Mac), Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM1,500 terhadap ibu kepada pemandu Honda Jazz yang menyebabkan tiga mangsa maut dalam kemalangan di Senawang, Negeri Sembilan pada setahun lalu, 6 Mac 2025.

Hukuman tersebut diputuskan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah terhadap Nur Farahidayah A Rahman, 41, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, Nur Farahidayah iaitu pemilik kenderaan jenis Honda Jazz didakwa membenarkan anaknya, seorang remaja memandu kenderaan terbabit tanpa memiliki lesen memandu yang sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 8.30 malam di lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1, Taman Matahari Heights, Senawang.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mohon Pengurangan Denda Kerana Berstatus Ibu Tunggal & Perlu Sara Ibu Bapa

Peguam bela, Johan Radzi kemudiannya memohon hukuman denda minimum diberikan kepada anak guamnya yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai enam anak dengan empat daripada mereka masih belajar.

Tambahnya, tertuduh adalah tulang belakang utama keluarga dengan pendapatan dalam bidang penyediaan makanan dan minuman (F&B) di samping turut menjaga kedua ibu bapanya.

“Pengakuan salah OKS telah menjimatkan masa mahkamah dan ini adalah kesalahan pertamanya. Dia juga memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahan dilakukan,” kata Johan.

Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainuddin bagaimanapun memohon hukuman maksimum selepas mengambil kira betapa seriusnya kes ini yang mana menyebabkan kematian tiga individu.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya wanita terbabit gagal membayar denda dikenakan.

Tahun lalu, tular di media sosial rakaman dashcam yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda Jazz merempuh dua motosikal selepas pemandu kereta itu gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban.

Ekoran insiden itu, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16, manakala seorang lagi individu, Aisar Azim Abdullah, 17, meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 10 Mac 2025.

Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Di Senawang: Kakak Pemandu Honda Jazz Tampil Mohon Maaf [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Maut Di Senawang: Pemilik Dashcam Belum Tampil Bantu Siasatan – Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.