Rekaan Cantik & Pengimejan ZEISS Lebih Berkuasa! vivo V70 Kini Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1,999
vivo V70 turut memperkenalkan Mod Pentas AI baru yang direka khas untuk fotografi pentas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berita baik buat peminat peranti vivo!
vivo Malaysia hari ini (5 Mac) telah mengumumkan pelancaran peranti terbaharu mereka, vivo V70.
Dilengkapi dengan Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP yang berkuasa, Mod Pentas AI, rakaman video 4K 60 fps dan alat penyuntingan AI, vivo V70 merupakan teman yang ideal untuk persembahan pentas dan pelancongan.
Tampil dengan reka bentuk baru yang lebih bergaya, telefon ini turut dilengkapi rangka Aloi Aluminium Gred Aeroangkasa yang kemas, paparan OLED Ultra Jelas 1.5K dengan Pengimbasan Cap Jari Ultrasonik 3D 2.0, ketahanan yang tinggi serta bateri BlueVolt 6500 mAh yang tahan lama dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge.

Dikuasakan oleh Snapdragon® 7 Gen 4, peranti ini turut menggunakan OriginOS 6 yang serba baru, menawarkan prestasi yang lebih baik dan kawalan privasi yang dipertingkatkan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu, vivo V70 menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik dengan reka bentuk yang lebih menarik, fotografi yang lebih berkualiti dan prestasi keseluruhan yang lebih hebat.
“Dengan rekaan yang lebih kemas dan tahan lasak, sistem OriginOS yang lebih lancar dan pintar, serta peningkatan kamera tahap profesional, vivo V70 merupakan peranti bergaya yang boleh dipercayai dalam apa jenis situasi,” kata Mike Xu.
vivo x Zeiss hasilkan telefon Kamera Telefoto Gred Profesional
Dilengkapi sistem pengimejan yang lebih berkuasa hasil kerjasama dengan ZEISS, vivo V70 bersedia merakam setiap detik dengan kualiti yang menakjubkan. Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP menampilkan sensor ultra-pengesan 1/1.95” gred profesional bersama OIS untuk tangkapan cahaya malap yang lebih jelas, manakala reka bentuk periskop termaju membolehkan tahap zum yang lebih tinggi tanpa menambah ketebalan peranti.
Persediaan kamera belakang turut dilengkapi Kamera Utama ZEISS OIS 50 MP dengan sensor flagship 1/1.56” dan Kamera Ultra Lebar ZEISS 8 MP bagi memberikan kepelbagaian rakaman. Kamera hadapan pula merupakan Kamera Selfie Kumpulan ZEISS 50 MP dengan autofokus, memastikan hasil yang tajam sama ada untuk selfie individu mahupun gambar berkumpulan*.
*Nilai piksel mungkin berbeza mengikut mod kamera dan keadaan penggunaan sebenar. Selepas mengambil kira pembetulan distorsi, medan pandangan adalah 90° untuk kamera hadapan, 84° untuk kamera utama belakang, 33° untuk kamera periskop belakang, dan 106° untuk kamera sudut lebar belakang.
Mod Pentas AI Baharu Untuk Fotografi Pentas
vivo V70 memperkenalkan Mod Pentas AI baru yang direka khas untuk fotografi pentas. Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP yang berkuasa bersama Mod Pentas AI, dipertingkatkan dengan Algoritma Peningkatan Imej AI dan Teknologi Potret Gaya AI, membolehkan zum sehingga 10x untuk menghasilkan gambar pentas yang lebih jelas dan tajam.
ZEISS Multifocal Portrait pula membantu merakam emosi setiap detik dengan lebih baik, termasuk pilihan 85 mm Potret dengan Bokeh Gaya ZEISS Sonnar yang menghasilkan kilauan bokeh lembut, serta Potret Close-Up 100 mm dengan Bokeh Gaya ZEISS Planar yang memberikan kesan klasik dan elegan.
Untuk pertama kalinya dalam siri V, vivo V70 memperkenalkan rakaman video 4K 60 fps bagi menghasilkan video yang lebih sinematik dan lancar, serta keupayaan video bertaraf tinggi. vivo V70 turut memperkenalkan AI Audio Noise Eraser, yang memberikan kawalan kreatif tambahan dalam proses penyuntingan dengan mengesan pelbagai jenis bunyi dan menghapuskan bunyi yang tidak diingini secara selektif daripada rakaman.
vivo V70 meningkatkan kreativiti pengguna dengan alat berkuasa AI yang memudahkan penalaan dan penyuntingan terus pada peranti, sesuai untuk fotografi pelancongan. Ciri seperti AI Magic Weather mampu menukar langit mendung kepada suasana cahaya matahari, membuang objek atau orang yang lalu lalang, serta membetulkan gambar yang senget.
Pengguna juga boleh meneroka AI Magic Landscape untuk menukar pelbagai tema geografi bagi menghasilkan potret pelancongan yang menakjubkan dengan menonjolkan subjek dan persekitaran. AI Retouch pula menawarkan pembetulan pantas dengan satu sentuhan, termasuk AI Erase, AI Magic Move, AI Image Expander, dan AI Color Adjustment.
Kekuatan dan Reka Bentuk Premium Disatukan Untuk Penampilan Lebih Bergaya
vivo V70 menampilkan estetika baru yang premium dengan rangka Aloi Aluminium Gred Aeroangkasa, sudut peranti yang dibulatkan hampir sempurna, serta paparan rata dengan Bezel Ultra Nipis untuk siluet yang lebih elegan dan moden. Bahagian belakangnya pula dilengkapi Modul Kamera Logam Flagship berprofil rendah yang mengekalkan reka bentuk yang licin, bersih dan minimalis.
Di bahagian hadapan, Bezel Ultra Nipis hanya 1.25 mm membingkai Paparan OLED Ultra Jelas 1.5K 6.59 inci yang berjalan pada kadar segar semula 120 Hz dengan 459 PPI untuk visual yang lebih jelas, realistik dan lancar. Digabungkan dengan OriginOS Flip Cards baru yang menggunakan giroskop untuk menukar kertas dinding skrin kunci apabila peranti dicondongkan, paparan ini memberi cara baru untuk pengguna menonjolkan identiti mereka. Selain itu, Pengimbas Cap Jari Ultrasonik 3D 2.0 turut disertakan untuk pembukaan kunci yang lebih pantas dan selamat, walaupun dengan tangan yang basah.
Panel belakang vivo V70 direka dengan kaca AG berukir etching yang tahan terhadap cap jari dan calar. Peranti ini memperkenalkan warna baru yang menawan, Golden Hour dengan Sunset Glow Design, dihasilkan melalui proses ukiran kimia khas untuk mencipta tekstur berskala mikron pada kaca, menghasilkan pantulan cahaya yang mengalir dan berkilauan secara lembut di permukaan untuk penampilan yang unik dan elegan.
vivo V70 dibina untuk ketahanan yang lebih tinggi dengan penarafan IP68 dan IP69 bagi rintangan habuk dan air yang terbaik, serta Ketahanan Jatuhan 10 Sisi yang mampu menahan jatuhan tidak sengaja dari ketinggian sehingga 1.5m.
Maklumat ringkas spec:

Key Feature
- CPU: Snapdragon® 7 Gen 4
- Kapasiti Bateri: 6500 mAh (TYP)
- Operating system: OriginOS 6
- Fast charging 90W
Display:
- Saiz skrin: 6.59″
- Resolusi Skrin: 2750 × 1260 AMOLED
Kamera
- Kamera Utama: 50 MP ZEISS OIS Main Camera | 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera | 8 MP ZEISS Ultra Wide-Angle Camera
- Kamera Depan: 50 MP ZEISS Group Selfie Camera
Warna
vivo V70 turut ditawarkan dalam TIGA pilihan warna iaitu:
- Alpine Gray
- Golden Hour
- Authentic Black

OriginOS yang Lebih Pintar, Aspek Keselamatan Dititikberatkan
vivo V70 dikuasakan oleh OriginOS 6 terkini daripada vivo, yang menawarkan prestasi lebih pintar melalui integrasi mendalam AI–OS untuk meningkatkan produktiviti harian, di samping keselamatan dipertingkat bagi memberi pengguna kawalan penuh terhadap privasi mereka.
Dengan infrastruktur yang dibina semula dan Origin Smooth Engine, sistem ini kekal lancar dari segi paparan dan penggunaan. Selain itu, sambungan multi-senario membolehkan perkongsian dan kolaborasi merentas peranti dan aplikasi dengan lebih mudah.
Prestasi Lancar, Boleh Dipercayai dalam Setiap Situasi
vivo V70 menawarkan prestasi yang kukuh untuk permainan, penyuntingan foto dan video, serta multitugas yang lancar.
Ia menggunakan memori berprestasi tinggi LPDDR5X dan storan UFS 4.1 untuk pelancaran aplikasi dan akses fail yang lebih pantas, serta ruang wap penyejukan ultra besar 4200 mm², yang terbesar pernah digunakan dalam Siri V, bagi pengurusan haba pintar yang mengekalkan kestabilan prestasi.Bateri BlueVolt 6500 mAh yang besar memastikan kuasa sepanjang hari, walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat panas atau sejuk, manakala pengecas 90W FlashCharge membolehkan penggunaan selama beberapa jam hanya dengan pengecasan beberapa minit.
Harga
Harga bagi vivo V70 adalah:
- 8GB + 256GB: RM1,999
- 12GB +256GB: RM2,199
- 12GB+ 512GB: RM2,599

Tawaran pra tempah menarik
Pratempah vivo V70 di vivo Concept Stores dari 24 Februari hingga 13 Mac 2026 dan pelanggan akan menerima hadiah percuma eksklusif termasuk:
- Wafer emas AU 999
- vivo Buds
- Jaminan lanjutan vivo Care selama 365 hari
- Perlindungan skrin vivo Care selama 180 hari
- Pelan Perlindungan Cecair vivo Care 365 hari pada harga PWP RM17.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad V70 × PopMart.
Dari 14 Mac hingga 30 Jun 2026 pula, pelanggan boleh menikmati faedah ansuran eksklusif dan kemudahan Buy Now, Pay Later.
Melalui promosi pelan ansuran, pelanggan boleh menikmati sehingga 24 bulan pelan ansuran 0% bersama rebat segera RM100 apabila menggunakan bank-bank rakan kongsi terpilih seperti Public Bank, OCBC Bank, UOB Bank dan Affin Bank. 3
100 pelanggan pertama dari setiap bank yang mengambil pelan ansuran penuh selama 12 bulan atau lebih untuk pembelian vivo V70 akan layak menerima rebat RM100 tersebut.
Untuk pilihan Buy Now, Pay Later, SPayLater menawarkan pelan ansuran 0% selama 6 bulan, manakala PayLater by Grab menawarkan pelan ansuran 0% selama 4 bulan. Caj bulanan sebanyak 1.5% dikenakan untuk pelan SPayLater selama 12 bulan atau lebih, dan untuk pelan PayLater by Grab bagi pelan 8 bulan atau 12 bulan, berdasarkan jumlah keseluruhan pesanan.
Selain itu, dari 14 Mac hingga 30 Jun 2026, pelanggan yang menukar masuk telefon lama mereka di vivo Concept Stores boleh menikmati rebat tambahan sehingga RM100 melalui Program Trade-In. Tawaran ini terhad kepada model terpilih, dengan rebat tambahan RM100 tersedia untuk 500 pelanggan pertama di seluruh negara, berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Promosi ini hanya tersedia di vivo Concept Stores terpilih.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



