“Rezeki Nak Kahwin” – Beli Barang Hantaran Di Coach, Pasangan Menang Mini Tabby Dalam Lucky Draw
Difahamkan mereka merupakan pemenang pertama bagi hadiah utama dalam Lucky Draw yang diadakan di butik Coach, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kata orang, kalau dah tertulis sesuatu itu rezeki kita, ia pasti tak akan ke mana dan tidak akan salah alamat.
Lebih-lebih lagi buat pasangan yang mahu membina masjid, pasti akan dimurahkan rezeki dalam usaha mereka untuk menghalalkan satu sama lain.
Rezeki ini pula datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin dalam bentuk wang yang diterima, mendapat pekerjaan dengan pendapatan lebih tinggi, mahupun menerima hadiah yang tidak dijangka.
Baca Artikel Berkaitan: Rezeki Tak Salah Alamat, Rider Grab Kumpul Duit Kahwin Terima ‘Tip’ RM500 Dari Pelanggan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Rezeki Hadiahkan Isteri Rantai Emas, Lelaki Menang ‘Lucky Draw’ RM4.3 Juta
Baca Artikel Berkaitan: “Pergi Halalkan Kekasih Awak”- Hafiz Mahamad Beri RM10,000 Pada Staf Untuk Belanja Kahwin [Video]
Pasangan Menang Coach Mini Tabby Dari Lucky Draw
Itulah seperti yang berlaku kepada pasangan ini yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.
Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok (@asyaanabila) oleh seorang wanita, Nabila, dapat dilihat bakal suaminya memusingkan tombol pada mesin Lucky Draw di sebuah butik Coach sambil dirinya sendiri mengucapkan Bismillah.
Lelaki itu kemudiannya membuka bebola Lucky Draw yang dikeluarkan oleh mesin, sebelum kad di dalamnya diambil oleh seorang staf butik berkenaan.
Apabila staf tersebut menunjukkan kad terbabit kepada Nabila, tertera tulisan bahawa dia telah memenangi beg Coach Mini Tabby.
“Congratulations. Enjoy a Coach Mini Tabby with any purchase,” tertulis pada kad itu.
Staf Turut Gembira Pasangan Menang Hadiah Utama Lucky Draw
Situasi itu bukan sahaja mengejutkan pasangan tersebut, tetapi juga dua staf butik yang turut bersama-sama teruja dan mengatakan bahawa mereka sesungguhnya telah mendapat rezeki Ramadan.
Difahamkan butik itu terletak di Mid Valley Southkey, Johor Bahru dan mereka merupakan pasangan pertama yang memenangi hadiah utama dalam Lucky Draw di Coach itu.
“Alhamdulillah rezeki nak kahwin. Beli barang hantaran, tahu-tahu rezeki dapat lagi satu beg. Terima kasih Coach Mid Valley layan kami baik-baik,” tulisnya pada kapsyen.
@asyaanabila Alhamdulillah rezeki nak kawin😆🫶🏼! Beli barang hantaran, tahu tahu rezeki dapat lagi 1 bag😆. Thankyou coach MidValley layan weolls baik baik🤩🫰🏼@Coach @Coach Midvalley Southkey #coach #coachbag #rezeki #midvalley #midvalleysouthkeyjb ♬ original sound – Gshe
Menerusi video ‘unboxing’ yang dikongsikan oleh Nabila, dia telah menerima Coach Mini Tabby berwarna hitam.
Katanya, harga beg tersebut boleh mencecah sehingga RM1,200 di butik.
@asyaanabila Replying to @AmoyyIzatyy DISEBABKAN KORANG, SAYA PAKSA DIA AJAK UNBOXING SEKALI HAHAHA ! MAAFKAN KAMI, SEBAB KAMI TAK RETI UNBOXING HAHAAH HALAL LA EHH SEMUA😭🫰🏼@Coach @Coach Midvalley Southkey #coachbag #midvalleysouthkeyjb #unboxing #coachtabby ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Ramai Gembira Pasangan Menang Lucky Draw Coach
Memindai ke ruangan komen, orang ramai sama-sama bergembira buat pasangan terbabit yang memenangi hadiah berbentuk beg dari Coach.
Mereka turut mengucapkan tahniah dan bersetuju bahawa ia merupakan rezeki buat pasangan itu yang mahu mendirikan rumah tangga.
“Sungguh kalau nak kahwin memang murah rezeki sangat-sangat,” kata seorang wanita.
Hantaran olehnya turut menerima komen daripada pihak Coach Southkey dan staf di butik berkenaan yang berkongsi gambar pasangan itu bersama-sama beg yang dimenangi.
Dalam masa sama, Nabila turut memaklumkan bahawa Lucky Draw itu diadakan sempena Hari Raya dan boleh disertai dengan sebarang pembelian dari butik tersebut.








Baca Artikel Berkaitan: Coach Play Ipoh Jadi Tarikan Baru Di Perak Dengan Vibe Ala-ala Campsite, Masuk Percuma Je! [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Coach Buka Butik Pertama Di Dunia Dalam Kapal Terbang Di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka



