fbpx
Now Reading
“Manusia Biasa, Tapi Kematian Luar Biasa” – Pemergian Arwah Fazita Di Madinah Jadi Impian Ramai [Video]

“Manusia Biasa, Tapi Kematian Luar Biasa” – Pemergian Arwah Fazita Di Madinah Jadi Impian Ramai [Video]

Arwah Fazita Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Madinah pada 5 Ramadan selepas 20 hari bertarung nyawa di dalam hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap umat Islam pasti mahukan pengakhiran yang baik atau husnul khatimah iaitu meninggal dunia dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.

Dipercayai bahawa seorang Islam yang meninggal dunia pada hari Jumaat ataupun di bulan Ramadan merupakan seseorang yang diangkat darjatnya.

Malah ada juga para muslimin dan muslimat yang berdoa agar diberi peluang untuk meninggal dunia di Tanah Suci Mekah atau Madinah agar menerima syafaat Rasulullah SAW di hari akhirat kelak.

Baca Artikel Berkaitan: Teruja Bertukar Duka, Tunai Umrah Dengan Keluarga Tapi Allah Uji Ibu Meninggal Dunia Di Mekah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kepulangan Ibu Penuh Tangisan, Anak Meninggal Dunia Pada Hari Pertama Tiba Di Mekah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Sering Berhajat Nak Meninggal Di Mekah” – Jemaah Umrah Dijemput Ajal Sebaik Tiba Di KLIA

Arwah Fazita Meninggal Di Madinah Ketika Bulan Ramadan

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita, Nurul Akmal, berkongsi semula mengenai pemergian sahabat baiknya ketika bulan mulia Ramadan.

Menerusi hantaran di TikTok (@nurul4kmal), rakannya yang bernama Fazita Khalid itu telah meninggal dunia pada 22 Februari lalu iaitu bersamaan 5 Ramadan di Tanah Suci Madinah seusai melakukan ibadah umrah.

Meninggal Dunia 2 Hari Sebelum Birthday

Katanya usia arwah ialah sekitar 40an dan beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya.

Apa yang lebih kagum lagi, wanita itu dikebumikan di Perkuburan Baqi’, sekali gus disemadikan di samping ahlul bait Rasulullah SAW serta para sahabat Nabi.

Tanah perkuburan itu yang terletak hampir dengan Masjid Nabawi juga dikenali sebagai Jannatul Baqi’ dan Baqi’ al-Gharqad.

@nurul4kmal Sedekahkan al fatihah untuk sahabat saya. Fazita Binti Khalid. In memory 22/2/2026 bersamaan 5 Ramadhan 1447H. Hanya jenazahnya sahaja disolatkan pada waktu itu. Perginya dibulan mulia dan di tanah suci Madinah. Dikebumikan bersama para sahabat Nabi dan para shuhadah di perkuburan Baqi. Ita disolatkan dan didoakan oleh jutaan umat islam seluruh dunia. Betapa bertuahnya kau Ita. Begitu sekali Allah jemput kau. 🤲🏻😣🤍🕊️✨ aku bangga dan happy untuk kau semoga pengkahiran aku pun begitu. Aamin.. #fyp #fazitakhalid #bidadarisyurga #sahabat #nurulakmal ♬ bunyi asal – A.G. marcelo 92 – ag_marcelo92🍏

Arwah Tiada Sejarah Masalah Kesihatan Kronik Sebelum Ini

Nurul berkata Fazita sudah tiba di Lapangan Terbang Madinah untuk pulang ke Malaysia, tapi didapati keadaan kesihatannya tidak membolehkan dia meneruskan perjalanannya sebelum dimasukkan ke hospital. Walhal wanita itu sebelum ini tidak mempunyai sejarah kesihatan kronik.

Menurut kakaknya Rosita Khalid pula, Fazita yang menunaikan umrah seorang diri mengalami sesak nafas teruk ketika proses daftar masuk penerbangan yang dijadualkan pada 2 Februari lalu.

Dia yang mendapat tahu keadaan Fazita pada waktu itu lantas menghubungi mutawwif yang segera memberikan bantuan bersama pasukan perubatan di lapangan terbang berkenaan.

Namun keadaannya menyebabkan Fazita dibawa ke hospital sebelum Rozita mendapat maklumat yang adiknya itu berada di ICU kerana jangkitan paru-paru.

Keluarga arwah kemudian terbang dari Malaysia untuk menemaninya di dalam wad sehingga Fazita menghembuskan nafas terakhirnya.

Berita kematiannya turut dikongsikan oleh syarikat pengendalian umrah, Andalusia Travel & Tours, yang memaklumkan arwah bertarung nyawa selama 20 hari di dalam hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Tambahnya lagi, Allahyarharmah menjadi satu-satunya jenazah yang disolatkan oleh ribuan jemaah di Masjid Nabawi ketika itu.

Fazita Jaga Solat & Aurat, Gemar Bersedekah Sepanjang Hayatnya

Dalam masa sama, Nurul turut berkongsi serba sedikit mengenai amalan sahabatnya itu ketika masih hidup.

Katanya, arwah merupakan seorang Muslimah yang sangat menjaga solat dan auratnya, serta gemar bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Di samping itu, dia berkata Fazita juga merupakan seorang sahabat yang tidak pernah berkira dalam apa jua keadaan, beradab serta memudahkan urusan orang lain.

“Mungkin saya boleh kongsi sedikit sepanjang bersahabat dengan beliau. Dia seorang kawan yang tak berkira dalam apa-apa jua. Beradab dan buat orang senang dengan dia.

“Amalan dia dengan Allah dia tak tunjuk. Sepanjang kawan dengan dia, dia macam kita je biasa tapi dia cuma buat suruhan Allah dengan baik. Itu saya kagum. Dia manusia biasa tapi kematian yang luar biasa,” katanya.

Ramai Cemburu Dengan Kematian Fazita Di Tanah Suci Pada Bulan Mulia

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai turut berasa terharu dengan kisah ini dan menyifatkan kematian Fazita sebagai kematian yang dicemburui iaitu ketika berada di bumi Madinah dalam bulan Ramadan, apatah lagi apabila disemadikan di Baqi’.

Beberapa individu juga berkata arwah beruntung kerana dipilih untuk Allah SWT untuk menghembuskan nafas terakhirnya di Tanah Suci itu.

“Padahal dah nak balik sangat tapi Allah SWT tak bagi dia keluar dari bumi Mekah. Allah ambil dia. Beruntungnya dia,” kata seorang wanita.

Dalam masa sama, seorang pengguna media sosial mengingatkan orang ramai yang menjalankan umrah agar tidak menghampiri burung merpati jika mempunyai masalah alergi, batuk, asma atau sejarah perubatan lain kerana boleh menyebabkan jangkitan paru-paru.

Berikut merupakan komen Nurul dan orang ramai:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.