fbpx
Now Reading
Fahmi Kongsi Alasan 8 MP Sokong Kerajaan Tak Hadir, Hingga RUU Had Tempoh PM Tak Lulus

Fahmi Kongsi Alasan 8 MP Sokong Kerajaan Tak Hadir, Hingga RUU Had Tempoh PM Tak Lulus

Lapan Ahli Parlimen yang tidak hadir termasuk tiga daripada BN, 1 GPS, 1 GRS, 1 PBM dan 2 dari parti bebas yang menyokong kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pindaan bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun pada Isnin (2 Mac) lalu, Dewan Rakyat tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026.

Ini selepas ia gagal memperolehi sokongan dua pertiga Ahli Parlimen dengan hanya 146 yang menyokong, manakala 32 lagi tidak hadir dan 44 memilih untuk berkecuali.

Sebagai info, hanya dua lagi undian yang diperlukan agar RUU itu menerima sokongan majoriti iaitu sebanyak 148.

RUU Had Tempoh PM Tak Dapat Sokongan Majoriti, 8 Ahli Parlimen Sokong Kerajaan Tak Hadir

Terbaharu, kerajaan mengesahkan RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga apabila lapan Ahli Parlimen blok kerajaan tidak hadir ketika pengundian dibuat di Dewan Rakyat.

Menurut Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen yang tidak hadir merangkumi:

  • Tiga (3) daripada Barisan Nasional (BN)
  • Seorang (1) daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS)
  • Seorang (1) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  • Seorang (1) daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM)
  • Dua (2) Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan

Kelapan-lapan Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan tetapi tidak hadir ketika sesi undian di buat ialah:

  • Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang)
  • Datuk Henry Sum Agong (Lawas)
  • Riduan Rubin (Tenom)
  • Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong)
  • Datuk Suhaimi Nasir (Libaran)
  • Datuk Seri M Saravanan (Tapah)
  • Datuk Larry Soon (Julau)
  • Datuk Seri Dr Jeffrey @ Kitingan (Keningau)

Ahli Parlimen Beri Pelbagai Alasan Tidak Hadir

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pelbagai alasan dikemukakan oleh Ahli Parlimen terbabit apabila ditanya mengapa tidak hadir ke sidang tersebut, termasuk berada di hospital dan ‘tersangkut’ dalam kesesakan lalu lintas.

“Jadi, kita sudah membuat semakan dengan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan juga Pejabat Ketua Whip mengenai Ahli Parlimen tidak hadir. Dari blok PH, 100% hadir. Semua hadir dan semua mengundi.

“Setiap dari mereka bila ditanya kenapa tidak berada di situ (Dewan Rakyat) ada yang memberikan pelbagai alasan,” katanya dipetik Harian Metro.

Tambah beliau lagi, Datuk Suhaimi Nasir (Libaran) tidak hadir kerana dimasukkan ke hospital, manakala Datuk Seri M Saravanan (Tapah) perlu menghadiri upacara keagamaan ketika itu.

TPM II Kecewa Ahli Parlimen Tidak Hadir

Dalam masa sama, Fahmi turut mengulas raut wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang jelas menunjukkan kekecewaan terhadap ketidakhadiran lapan Ahli Parlimen terbabit.

“Saya lihat raut wajah beliau… Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan sedikit kecewa apabila lapan Ahli Parlimen tidak ada (dalam Dewan Rakyat),” katanya.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin memaklumkan ketidakhadirannya pada pengundian RUU berkenaan kerana tidak bersetuju dengan pindaan tersebut.

Memetik FMT, Syed Abu Hussin berkata beliau mahu Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri lebih daripada itu.

“Saya mahu Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri lebih lama jika dia mampu,” katanya.

Manakala Larry menjelaskan beliau menyokong RUU berkenaan namun tidak dapat hadir kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Saya dalam perjalanan pulang ke Parlimen daripada urusan awal tetapi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas,” kata Larry Sng.

Baca Artikel Berkaitan: Ahli Parlimen Kerap Tidak Hadir Ke Sidang Jejas Demokrasi – Penganalisis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.