Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,499
Secara keseluruhannya, Xiaomi 17 Series bukan sekadar peranti yang spesifikasinya dinaik taraf sebaliknya ia mengutamakan prestasi, reka bentuk dan peranti fotografi mudah alih bertaraf profesional.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini Xiaomi secara rasmi telah memperkenalkan siri generasi baharu mereka, Xiaomi 17 Series bagi pasaran global yang menampilkan kemajuan terkini dalam teknologi mudah alih.
Namun sama seperti tahun sebelumnya, Xiaomi Malaysia hanya akan membawa masuk dua model bagi pasaran tempatan iaitu varian kompak Xiaomi 17 dan model paling premium dalam siri ini, Xiaomi 17 Ultra.
Selain 17 Series, syarikat teknologi itu turut memperkenalkan peranti, Leica Leitzphone Powered by Xiaomi, sekali gus memperkukuh lagi kerjasama strategik dengan Leica Camera dalam bidang pengimejan profesional.
Kerjasama Xiaomi × Leica jadikan peranti 17 Series penanda aras baharu fotografi mudah alih
Terima kasih kepada kerjasama antara Xioami dan Leica yang kini memasuki tahap baru, boleh dikatakan pengenalan barisan peranti terbaharu ini khususnya Xiaomi 17 Ultra dan model Leica Leitzphone powered by Xiaomi telah menjadi penanda aras baharu dalam fotografi mudah alih.
Dari segi rupa bentuk, Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra tampil dengan pendekatan minimalis dan profesional. Deco yang bersih dan simple membuatkan telefon ini kelihatan begitu premium. Lengkungan Golden Arc yang diperhalusi melalui pelbagai iterasi membantu menghasilkan cengkaman selesa dan stabil di tangan.
Dengan teknik pembuatan LIPO, bezel ultra nipis memberikan paparan hampir keseluruhan bahagian depan namun kekal dalam memastikan peranti selesa dan ‘solid’ untuk dipegang.
Xiaomi 17: Kompak tetapi berkuasa

Untuk pengguna yang mahukan peranti lebih kompak, Xiaomi 17 hadir dengan ketebalan sekitar 8.06mm dan berat hanya 191g, tanpa mengorbankan kuasa pemprosesan, sistem pengimejan canggih dan bateri berkapasiti tinggi.
Telefon ini ditawarkan dalam empat warna:
- Venture Green
- Alpine Pink
- Ice Blue
- Black

Rekaan modul kamera turut diperbaharui dengan peralihan bingkai lebih kemas serta bezel setipis 1.18mm. Dari segi ketahanan, model ini turut dilengkapi struktur Guardian Structure, rangka aluminium 6M42, Xiaomi Shield Glass serta pensijilan IP68.
Bagi kamera belakang, Xiaomi 17 menggunakan sistem Leica Summilux tiga kamera VARIO-SUMMILUX 1:1.67-2.4/17-60 ASPH yang terdiri daripada:
- 50MP utama f/1.67 (Light Fusion 950, OIS)
- 50MP ultra-lebar
- 50MP telefoto dengan zum optikal 2.6x

Ia turut menggunakan kamera swafoto 50MP pada bahagian hadapan.
Xiaomi 17 Ultra: Ultra paling nipis setakat ini, kamera lebih hebat

Xiaomi 17 Ultra merupakan model Ultra paling nipis dan ringan pernah dihasilkan jenama itu. Ia berukuran sekitar 8.29mm tebal dan seberat kira-kira 218.4g dengan permukaan badan yang rata sepenuhnya. Selain itu bezel ultra nipis serta modul kamera juga direka semula supaya lebih kecil dan kurang menonjol.
Hadir dengan tiga warna iaitu White, Black dan Starlit Green, model tertinggi untuk 17 Series ini mengekalkan imej premium sepadan dengan status flagship.

Dari aspek ketahanan, struktur Xiaomi Guardian Structure digabungkan dengan Xiaomi Shield Glass 3.0 yang menawarkan drop resistance sehingga 30% lebih baik berbanding generasi terdahulu. Ia turut menggunakan panel belakang gentian kaca berketahanan tinggi, rangka aluminium serta pensijilan IP68 untuk perlindungan habuk dan air.
Untuk kamera pula, Xiaomi 17 Ultra menggunakan sistem Leica Summilux VARIO-APO-SUMMILUX 1:1.67-2.9/14-100 ASPH.
Di bahagian belakang ia turut menggunakan sistem tiga kamera namun dengan kualiti lebih baik daripada model kompaknya iaitu:
- 50MP utama sensor 1 inci (Light Fusion 1050L, OIS)
- 50MP ultra-lebar
- 200MP telefoto Leica 75–100mm bersama zum optikal mekanikal (3.2x–4.3x)

Ultra turut menggunakan kamera swafoto 50MP sama pada bahagian hadapan namun dengan kelebihan 1/2.87″ saiz sensor dan 1.22μm 4-in-1 binning berbanding model Xiaomi 17.
Paparan lebih terang dan cekap tenaga
Xiaomi 17 Series hadir dengan paparan OLED yang dibangunkan khas supaya selari dengan kemampuan kamera dan prestasi telefon. Panel ni boleh mencapai kecerahan sehingga 3500 nits, menjadikan skrin kekal jelas walaupun di bawah terik matahari.
Dari segi paparan size, Xiaomi 17 menawarkan skrin 6.3″ CrystalRes OLED display beresolusi 2656 x 1220(460 ppi) dan kadar segar semula adaptif 1-120Hz yang pastinya lebih lancar dan jimat bateri jika tidak memerlukan refresh tinggi.

Ada juga DC dimming untuk visual lebih selesa dan kurang strain pada mata bila peranti digunakan untuk tempoh yang agak lama.
Siri ini juga memperkenalkan panel paparan M10 yang direka oleh Xiaomi sendiri. Panel ini bukan saja lebih terang tapi juga lebih cekap penggunaan tenaga berbanding model terdahulu.
Untuk model Ultra pula, paparan skrinnya adalah 6.9″ HyperRGB OLED beresolusi 2608 × 1200 yang mana susunan subpiksel OLED- nya direka supaya warna lagi tajam dan perincian yang lebih jelas.
Prestasi elit dengan kuasa generasi baharu
Setiap model dalam varian Xiaomi 17 Series dikuasakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang menampilkan CPU Qualcomm Oryon generasi ketiga, GPU Adreno terkini serta NPU Hexagon untuk tugasan AI lebih kompleks.
Gabungan ini bersama RAM (12GB untuk Xiaomi 17 dan 16GB untuk Xiaomi 17 Ultra) dan storan berprestasi tinggi (UFS4.1 sehingga 512GB Untuk Xiaomi 17 dan 1TB untuk Xiaomi 17 Ultra) direka bagi memenuhi tugasan mudah alih paling mencabar, termasuk tangkapan foto dan video berturut-turut, panggilan video resolusi tinggi, multitugas produktiviti serta permainan intensif grafik.
Siri ini turut menyokong pengecasan pantas sehingga 100W HyperCharge serta 100W PD-PPS untuk keserasian lebih luas dengan pelbagai pengecas.
Jangka hayat bateri lebih lama dengan Xiaomi Surge
Xiaomi 17 Series turut memperkenalkan bateri Xiaomi Surge dengan kandungan silikon sehingga 16%, yang dapat membantu meningkatkan kepadatan tenaga dan jangka hayat.
Dari segi kekuatan bateri:
Xiaomi 17 Ultra menggunakan bateri 6000mAh, menyokong 90W HyperCharge berwayar (wired) dan 50W tanpa wayar (wireless) manakala Xiaomi 17 pula menawarkan kapasiti lebih besar, iaitu 6330mAh bersama sokongan pengecasan setinggi 100W untuk berwayar dan 50W tanpa wayar.
Walaupun kapasiti bateri besar, kedua-dua model masih mengekalkan rekaan nipis dan ringan untuk pengalaman penggunaan yang seimbang.
Aksesori fotografi untuk pengalaman lebih profesional
Berita baik buat kaki foto, sistem kamera Xiaomi 17 Ultra juga boleh dipertingkatkan lagi dengan dua aksesori fotografi baharu iaitu:
- Xiaomi 17 Ultra Photography Kit
- Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro
Xiaomi 17 Ultra Photography Kit tampil dengan rekaan lebih ringan dan kompak, lengkap dengan tali pergelangan tangan, butang shutter dua peringkat yang boleh disesuaikan, butang khas rakaman video serta penarafan IP54.
Manakala Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro menawarkan pemegang kulit PU premium yang tidak licin, bateri terbina dalam 2000mAh (tipikal), butang shutter boleh tanggal serta antara muka Fastshot eksklusif untuk kawalan lebih menyeluruh ketika merakam.
Leica Leitzphone powered by Xiaomi
Bersempena ulang tahun ke-100 Leica, Leica Leitzphone powered by Xiaomi dibangunkan bagi membawa falsafah reka bentuk dan pendekatan tangkapan imej klasik Leica ke dalam peranti moden.
Peranti ini menggunakan badan aloi aluminium dengan kemasan anod nikel yang mencerminkan warisan Leica dalam setiap perincian.
Dari sudut perisian, antara muka yang ditala khas oleh Leica menawarkan pengalaman pengimejan yang menitikberatkan prestasi dan ekspresi artistik, sesuai untuk pengguna kasual mahupun jurugambar berpengalaman.
Secara keseluruhannya, Xiaomi 17 Series bukan sekadar peranti yang spesifikasinya dinaik taraf sebaliknya ia mengutamakan prestasi, reka bentuk dan peranti fotografi mudah alih bertaraf profesional.
Harga
Harga bagi model Xiaomi 17 bermula dari RM3,499, manakala Xiaomi 17 Ultra dari RM5,499. Harga bagi Leica Leitzphone powered by Xiaomi pula adalah RM7,499.
Namun mereka yang membuat tempahan awal dari 1-5 Mac akan mendapat promosi potongan harga sebanyak RM200 bagi model Xiaomi 17 12GB+256GB. Selain itu terdapat banyak lagi promosi-promosi hadiah menarik antaranya Xiaomi Smart Tower Fan 2, Xiaomi Sound Party (bergantung pada model) buat anda yang melakukan pra tempahan sepanjang tempoh ini.

Tempah awal siri Xiaomi 17 dari 1 hingga 5 Mac 2026 dan nikmati hadiah percuma eksklusif serta diskaun menarik di semua kedai Xiaomi seluruh negara, di mi.com, serta di kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Xiaomi turut lancar tablet 8 series
Selain peranti 17 series, Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi Pad 8 dan Xiaomi Pad 8 Pro
Bagi Pad 8, harga bermula dari RM1,599 manakala Xiaomi 8 Pad Pro bermula dari RM2,399.


I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



