fbpx
Now Reading
Peniaga Tak Kisah Ada Yang Tiru Konsep Jual Air & Ais Guna Buah-buahan Asli, Anggap Kongsi Idea [Video]

Peniaga Tak Kisah Ada Yang Tiru Konsep Jual Air & Ais Guna Buah-buahan Asli, Anggap Kongsi Idea [Video]

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh peniaga jus tembikai berkenaan, dia tidak kisah jika ada yang meniru sebaliknya beranggapan peniaga lain hanya meminjam idea.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai peniaga yang menjalankan perniagaan menjual air jus tembikai asli di dalam balang.

Apa yang menarik, peniaga yang tular di TikTok @Tembikai.tak.camp itu menggunakan ais yang diperbuat daripada jus tembikai tersebut.

Peniaga berkenaan turut memaklumkan tidak mencampur jus tembikai tersebut dengan air bagi mengekalkan keaslian dan kepekatan jus berkenaan.

Mereka juga menamakan gerai ‘Tembikai Tak Campur Air’ dan membuat jualan berdekatan Nasi Lemak Kak Jah di Kg Batu Muda, Kuala Lumpur.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Baru Betul Kaw!” – Ramai Kagum Peniaga Jual Watermelon Juice Guna Ais Tembikai, Air Tak Ceroi

Sedar ada yang tiru jual air guna kiub ais sama seperti dilakukannya

Terbaharu, peniaga sama yang dikenali sebagai Aida Yasmin memaklumkan dia menyedari terdapat peniaga lain mula menjual air yang sama serta menggunakan kiub ais buah.

Menerusi hantaran di Threads, Aida Yasmin yang merupakan peniaga gerai Tembikai Tak Campur Air mengatakan dia dan suami tidak kisah jika ada yang melakukan perniagaan sama.

Ada yang mesej mintak izin, tak kisah dan anggap cuma pinjam idea

Malah katanya ada juga peniaga yang menghantar mesej secara peribadi untuk meminta izin daripada mereka.

“Kepada peniaga-peniaga tu, tidak mengapa. Awak bukan tiru, awak cuma pinjam idea sahaja.

“Idea yang kami dapat ini pun, bukan hak kami. Kalau Allah tak bagi ilham, kami pun tak dapat juga,” ujarnya.

Jelas Aida, dia dan suami berlapang dada dan meminta peniaga lain meneruskan sahaja perkara yang dilakukan.

Bukan hanya itu, dia juga memaklumkan peniaga lain tidak perlu meminta izin malah merasakan tiada isu dengannya.

Sebaliknya dia hanya meminta orang ramai untuk terus mendoakan rezeki mereka dimurahkan sahaja.

View on Threads

Ramai puji peniaga berlapang dada, tak kisah orang ambil idea jual benda sama

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji konsep atau cara peniaga ini berkongsi rezeki dengan orang lain.

Malah ramai yang suka cara mereka berfikir dengan menyatakan idea yang diberikan adalah ilham daripada Allah SWT.

Ada juga mengatakan tidak kiralah berapa ramai peniaga yang akan menjual air dengan cara sama namun mereka sudah menjadi ‘trendsetter’ untuk jualan tersebut.

Tidak kurang ada yang mengatakan ia adalah sikap yang bagus apabila tidak mudah melatah apabila ada yang mula meniru idea mereka.

“Sikap yang bagus. Respect sangat. Tak ada pun nak meroyan cakap ada orang tiru idea lah, tak minta izin lah bla bla bla. Semoga Allah berikan rezeki mencurah-curah untuk sis dan suami”

“Bagusnya puan, sangat berlapang dada. Semoga perniagaan puan dan suami melimpah ruah”

“Saya suka mentaliti macam ni. ‘Idea kita pun ilham dari Allah'”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.