fbpx

“Macam Lagu Anime” – Band Jepun Cover Lagu Hujan ‘Aku Skandal’, Raih Perhatian Ramai [Video]

Band dari Jepun yang dikenali sebagai Boleh Boleh Jepun sebelum ini pernah tular kerana memainkan semula lagu Dinda oleh Kugiran Masdo.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa muzik tempatan Malaysia bukanlah calang-calang dan turut mendapat perhatian di mata dunia.

Seperti pada tahun 2025, tular apabila seorang lelaki yang menetap di Jepun berkongsi apabila lagu Isabella daripada kumpulan Search diputarkan di stesen radio TokyoFM.

Malah lagu-lagu tempatan negara turut menjadi pilihan sesetengah individu atau kumpulan dari luar negara untuk memainkannya semula atau digelar sebagai ‘cover lagu’.

Baca Artikel Berkaitan: “3 Tahun Duduk Jepun, First Time Dengar” – Lelaki Teruja Lagu Isabella Dimainkan Di Radio TokyoFM [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lagu UiTM Di Hatiku ‘Mendunia’! Ramai Mat Saleh Jadikan Muzik Latar Untuk Video Semasa Graduasi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Video Gempak! Ramai Teruja Lihat Muzik Video Serumpun Dari Pelajar Sekolah Rendah [Video]

Tular Band Jepun Cover Lagu ‘Aku Skandal’ Oleh Hujan

Baru-baru ini, tular apabila satu kumpulan muzik dari Jepun yang dikenali sebagai Boleh Boleh Jepun, telah memainkan semula lagu ‘Aku Skandal’ oleh band tempatan, Hujan.

Kumpulan berkenaan yang kini menetap di Malaysia merakam video tersebut berlatar belakangkan menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.

Kedengaran muzik cover tersebut menggunakan melodi dan rentak yang sama, namun mereka membawa sedikit kelainan dengan memasukkan suara wanita sebagai nyanyian latar di samping penyanyi utama.

Walaupun mereka menyanyikan lagu Aku Skandal dalam bahasa asal iaitu Bahasa Melayu, mereka turut memasukkan lirik terjemahan dalam bahasa Jepun dalam video tersebut. Sebutan mereka pun tak kedengaran pelat!

Sebagai perbandingan, berikut merupakan lagu original Aku Skandal oleh kumpulan Hujan yang diterbitkan pada tahun 2007.

Band Jepun Sama Pernah Cover Lagu Dinda Oleh Kugiran Masdo

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali kumpulan Boleh Boleh Jepun memainkan semula lagu oleh artis tempatan Malaysia.

Sebelum ini, mereka pernah meraih perhatian ramai apabila memainkan lagu Dinda oleh Kugiran Masdo.

Ramai Rasa Cover Lagu Aku Skandal Bunyi Macam OST Anime

Di ruangan komen, orang ramai memuji cover Aku Skandal yang dihasilkan oleh kumpulan dari Jepun itu.

Video itu turut mendapat perhatian Noh Salleh yang merupakan penyanyi dan pengasas bersama Hujan. Malah, artis tempatan lain seperti Yuna, Neeta (iamNEETA) dan Vince AF turut meninggalkan komen positif.

Orang ramai juga berkata muzik yang dimainkan semula itu kedengaran seolah-olah seperti muzik OST bagi animasi Jepun atau anime.

“Sedap ye versi ni. Macam lagu anime,” kata seorang individu.

Sesetengah individu turut berkongsi rasa nostalgia saat mendengar lagu Aku Skandal yang dimainkan semula itu.

“Sedapnya. Bawa kami semula ke era 2008,” kata salah seorang mereka.

Dalam masa sama, terdapat juga pengguna media sosial yang bertanya jika mereka boleh cover lagu lain seperti ‘Dia’ nyanyian Sheila Majid dan ‘Bukan Aku Tak Cinta’ oleh IKLIM.

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Cuba Nasi Kandar Sadam, Lelaki Jepun Akui ‘Sedap Gila’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Ada Susu Dutch Lady!” – Keluarga Jepun Ini Teruja Terima Cenderahati Dari Malaysia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tahun Menetap Di Malaysia, Wanita Muslimah Jepun Begitu Fasih Berbahasa Melayu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.