“Dia Budak Baik, Apa Yang Berlaku?” – Firdaus Wong Dakwa Individu Pijak Al-Quran Seorang Mualaf
Meskipun mendakwa lelaki itu seorang mualaf, namun Firdaus tetap bertegas bahawa setiap individu bersalah perlu menerima hukuman tidak kira dirinya Muslim atau tidak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kekecohan mengenai kisah seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa memuat naik foto memijak al-Quran masih belum reda apabila orang ramai khususnya umat Islam mahu tindakan tegas dikenakan ke atasnya.
Dalam perkembangan terbaharu, polis mengesahkan bahawa pihak mereka telah menerima 62 laporan mengenai kes terbabit.
Dalam masa sama, kes ini juga telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam (2 Mac). Menurut AGC, hasil penelitian mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi mendakwa suspek di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana mencemarkan objek yang dianggap suci.
Jabatan tersebut juga memutuskan untuk mendakwa individu berkenaan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana membuat suatu hantaran yang bersifat jelik melampau dengan niat mahu menyakiti hati orang lain.
Memetik Berita Harian, penuntut universiti berusia 21 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini (3 Mac) atas dua pertuduhan.
Baca Artikel Berkaitan: Pijak Al-Quran: Polis Terima 62 Laporan Seluruh Negara, Kertas Siasatan Dirujuk AGC Hari Ini
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Disyaki Pijak Al-Quran Sudah Ditahan Polis, UMPSA Jalankan Siasatan
Baca Artikel Berkaitan: Biadab & Tidak Boleh Diterima, Pijak Al-Quran Ibarat Pijak Kitab Veda – Sivamalar
Firdaus Wong Dakwa Individu Pijak Al-Quran Peluk Agama Islam Tahun Lalu
Dalam masa kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, timbul pula satu dakwaan daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong yang mengejutkan ramai pihak. Dakwanya, individu terbabit sebenarnya seorang mualaf yang baru sahaja memeluk agama Islam pada April tahun lalu.
Firdaus turut mendakwa lelaki berkenaan berulang kali memintanya untuk diIslamkan sekaligus berasa hairan apa yang sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan insiden pijak al-Quran ini berlaku.
“Dia budak yang baik. Sopan santun dan lembut tutur katanya. Dia hubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu berkeras dan kejar saya untuk mengIslamkan dia.
“Sejujurnya, saya terkejut. Apa yang berlaku pada dirinya? Adakah dia dihasut, diprovokasi atau perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu,” katanya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen berkeras dan berpendapat apa pun status agamanya, dia patut dihukum atas perbuatannya memijak kitab suci yang disifatkan melampau.
View on Threads
Prinsip Konsisten, Individu Bersalah Perlu Berdepan Hukuman – Firdaus
Firdaus menerusi satu lagi hantaran kemudiannya menegaskan bahawa kenyataannya itu bukanlah untuk membela individu berkenaan atas kesalahan yang dilakukan. Jelas pendakwah tersebut, setiap individu bersalah perlu menerima hukuman tidak kira dirinya Muslim atau sebaliknya.
“Tiada istilah mensucikan sesiapa yang melakukan kesalahan kerana prinsip saya sebagai Muslim ialah yang bersalah perlu menerima hukuman tanpa mengira Muslim atau bukan Muslim. Prinsip saya konsisten,” tegasnya.
View on Threads
Firdaus Buat Pendedahan Selepas Teliti Info Peribadi Lelaki Pijak Al-Quran
Pendedahan dilakukan Firdaus ini nyata mendapat perhatian ramai. Segelintir individu turut mempersoalkan, mengapa beliau berkata sedemikian selepas seminggu kes ini berlarutan?
Menurut Firdaus, beliau tidak mengetahui fakta-fakta mengenai kes tersebut secara terperinci. Oleh disebabkan itu, beliau memilih untuk mendiamkan diri sehinggalah mendapat info tambahan berkaitan kes terbabit.
“Saya tahu isu itu tetapi tidak mendalam. Apabila saya tiada masa untuk mengkaji lebih mendalam, saya lebih rela berdiam dari menulis sebagaimana sabda Nabi SAW, berkata baik atau pun diam.
“Tengah malam semalam baru ada sedikit masa membaca lanjut. Setelah melihat butiran peribadi yang dikongsikan wargamaya, saya dapati butirannya adalah 100% sama termasuklah nombor telefonnya.”
Tak Gelojoh Keluarkan Kenyataan Hanya Untuk Engagement – Firdaus
Tambahnya, beliau bukan seorang individu yang gelojoh dan terburu-buru untuk mengulas semua isu yang berlaku di negara ini.
Ujarnya, media sosial adalah platform aktivisme dan beliau perlu menulis dengan tanggungjawab serta berfakta dan bukannya menghentam bagi mendapatkan engagement (penglibatan) semata-mata.
“Dia Muslim atau bukan Muslim bukan menjadi ukuran kerana jikalau dia bersalah, dia perlu dihukum tanpa mengira agama, bangsa dan parti politiknya. Full stop,” tegasnya sekali lagi di akhir perkongsian.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lagi Individu Pijak Al-Quran, MCMC Sahkan Ia Video Lama & Berlaku Di Singapura



