fbpx
Now Reading
Dah Ada Di Malaysia, Dr Rozaimi Tegur Budaya Kejut Sahur Dengan Main Gendang [Video]

Dah Ada Di Malaysia, Dr Rozaimi Tegur Budaya Kejut Sahur Dengan Main Gendang [Video]

Kejadian sekumpulan individu berarak memukul gendang sambil berselawat di tengah-tengah jalan itu dipercayai berlaku di Balakong, Kajang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya kita sudah memasuki hari ke-13 Ramadan. Pun begitu, masih ramai di antara kita yang rasa liat untuk bangun sahur. Penyudahnya, hanya tidur dan tidak alas perut dengan apa-apa jenis juadah mahupun minuman.

Alasan yang selalu didengari adalah badan terlampau letih, atau tidak mendengar penggera (alarm) berbunyi. Sesetengah individu pula berkata mereka susah untuk bangun selagi mana tiada sesiapa yang mengejutkannya.

Baca Artikel Berkaitan: Lima Makanan Yang Mudah Korang Sediakan Untuk Persiapan Sahur

Baca Artikel Berkaitan: “Waktu Untuk Bangunkan Rakyat Malaysia” – Ramai Teruja Bangun Sahur Lepas Tahu Mimi Peri Di KL [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Indonesia Kejut Rakyat Sahur Guna Jet Pejuang Tentera

Tular Video Sekumpulan Individu Kejut Sahur Sambil Berarak Di Kawasan Perumahan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial menyaksikan sekumpulan individu sedang berarak dan memukul gendang sambil berselawat di tengah-tengah jalan dipercayai bagi mengejutkan penduduk sekitar bangun sahur.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Taman Impian Ehsan Balakong, Kajang.

Perkongsian perarakan mengejut sahur yang popular di Indonesia itu kemudiannya telah menerima pelbagai reaksi. Ramai netizen mempersoalkan sama ada itu merupakan satu jenis budaya yang diajar agama Islam.

Malah ada yang berpendapat bahawa individu-individu tersebut sepatutnya menggunakan masa lapang yang ada bagi meningkatkan amalan dan ibadah pada bulan Ramadan ini, dan bukannya melakukan perkara berkenaan.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: X

Dr Rozaimi Minta Henti Budaya Kejut Orang Sahur Guna Gendang & Berarak Sekeliling Taman Perumahan

Sementara itu, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle menerusi satu hantaran di laman TikTok juga ada mengulas dan memberikan pandangan beliau mengenai isu itu.

Jelas Dr Rozaimi yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis, budaya sebegitu tidak diajar dalam Islam kerana ia mampu mengganggu ketenteraman orang sekeliling termasuk mengejutkan individu yang tidak perlu untuk bersahur.

“Saya mengharapkan agar budaya seperti ini tidak perlu dikembangkan dan tidak perlu diteruskan. Saya mengharap kerana dalam negara kita ini bukan semua orang dianjurkan untuk bersahur.

“Ada perempuan yang haid, ada perempuan yang berada dalam keadaan nifas, ada anak-anak kecil. Ada yang mempunyai bayi yang perlu untuk tidur yang mana mereka ini tidak disuruh pun untuk bangun bersahur.

“Jadi kalau kita lakukan perkara ini kita akan mengganggu mereka. Bahkan di dalam negara kita juga ada orang-orang bukan Islam yang mungkin mereka akan tiba-tiba benci kepada Islam sebabkan Islam tak menyuruh perkara ini dilakukan.”

Laung Azan Lebih Baik Untuk Kejut Orang Bangun Sahur

Jelas Dr Rozaimi lagi, melaungkan azan berulang kali bagi mengejutkan orang bersahur adalah lebih disarankan berbanding bermain gendang sambil berarak itu.

“Tapi jangan dibudayakan budaya seperti ini sebab tidak disuruh oleh agama. Imam Abnu Jauzi antara orang yang pernah mengkritik perbuatan membaca al-Quran di menara yang tinggi pada zaman silam kerana menurut beliau, itu mengganggu orang yang sedang tidur di waktu malam,” kongsi beliau.

Dr Rozaimi sekali lagi berharap agar orang ramai bersatu hati untuk menghentikan perbuatan tersebut di Malaysia.

@drrozaimiramleofficial

Video ini bukan di Indonesia, tapi berlaku di negara kita. Dulu kita selalu tengok perkara ini berlaku di negara jiran, sekarang sudah masuk sedikit demi sedikit ke negara kita. Dr Rozaimi Ramle

♬ original sound – DrRORA

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bangun Sahur Dengan Mudah? Ini Tips Penting Untuk Korang

Baca Artikel Berkaitan: Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz

Baca Artikel Berkaitan: “Meriah Macam Raya!” – Suasana Keluarga Riuh Siapkan Juadah Sahur Cuit Hati Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.