“Sangat Tenang” – Ceddy Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Di Masjid Buat Pertama Kali [Video]
Ceddy telah hadir ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam (1 Mac) untuk berbuka puasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali di bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan agar menjalankan ibadah berpuasa selama sebulan lamanya.
Namun bulan yang mulia ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh para muslimin dan muslimah, malah terdapat juga mereka yang bukan Muslim turut menyambut bulan Ramadan dengan gembira.
Malah ada juga segelintir daripada mereka yang bersama-sama meraikan bulan ini dengan berpuasa selama sebulan lamanya, seperti pempengaruh Ceddy Ang, selebriti Soo Wincci dan ramai lagi.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma
Baca Artikel Berkaitan: “Syukur Dapat Balik Malaysia Untuk Berpuasa” – Soo Wincci Terus Berpuasa Untuk Tahun Ke-9
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Non-Muslim Teruja Pertama Kali Berbuka Puasa Di Masjid
Ceddy Berbuka Puasa Di Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Pada hari ke-11 Ramadan kali ini, Ceddy tampil berbeza apabila memilih untuk berbuka puasa di masjid buat pertama kali dalam seumur hidupnya.
Dia yang segak memakai Baju Melayu biru muda lengkap dengan songkok telah ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur seawal jam 5 petang, semalam (1 Mac).
Sebelum menghadiri masjid tersebut, dia telah bertanya tips kepada pengikutnya yang kemudiannya mencadangkan agar dia hanya memakai selipar murah apabila ke masjid.
Setibanya di masjid berkenaan, Ceddy berpeluang mendengar ceramah mengenai kepentingan membayar zakat sementara menunggu waktu berbuka.
Dia turut memuji masjid yang kebiasaannnya mempunyai karpet yang lembut dan pendingin hawa yang menyamankan.
“I mengantuk gila. Tapi I kena hormat. Tapi sangat selesa tau,” katanya.
Nasi Minyak Jadi Menu Di Masjid
Menjelang waktu berbuka puasa, Ceddy turun ke bahagian jamuan dihidangkan yang sudah mula dikerumuni orang ramai.
Katanya dia telah dipelawa untuk makan di bahagian dalam memandangkan bahagian luar sudah terlalu sesak.
Kelihatan lauk dihidangkan menggunakan dome yang mana tetamu boleh mencedok lauk sendiri di meja sahaja.
Menu yang disediakan juga bukan biasa-biasa iaitu nasi minyak, ayam masak merah, kuah dhal dan daging hitam. Memang nampak menyelerakan!
@ceddyornot Ramadan day 11 – First time buka puasa at a mosque 🕌. So cozy and tenang!!
♬ original sound – Ceddy Ang
Ceddy Tegaskan Dia Memang Berpuasa, Tidak Akan Menipu Di Rumah Allah SWT
Dia turut menjelaskan bahawa akan menunggu azan untuk berbuka puasa memandangkan sudah berada di masjid.
“Buka puasa hari ini tak ada ringtone ye. Kita dekat masjid. Jadi kita akan buka puasa mengikut azan.
Namun kelihatan dia bersama jemaah lain di masjid berkenaan berbuka puasa terlebih dahulu sebelum azan berkumandang kerana jam sudah pun menunjukkan masuk waktu Maghrib.
“Kiranya Ramadan hari ke-11 saya berjaya. Kalau ada yang tanya, betul-betul puasa ke, saya di rumah Tuhan. Saya tak akan tipu ya?” katanya.
Selesai berbuka puasa, Ceddy menunjukkan orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke ruangan solat bagi menunaikan solat Maghrib.
“Saya tak join. Jangan ajak saya solat sebab saya tak faham apa akan berlaku. Saya cuma akan lihat,” katanya.
Ramai Teruja Lihat Ceddy Berbuka Puasa Di Masjid
Menjenguk ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok beragama Islam memuji pempengaruh itu kerana berani hadir ke masjid untuk berbuka puasa dan turut mengalu-alukan kedatangannya.
Mereka turut mencadangkan Ceddy untuk cuba berbuka puasa di masjid lain juga kerana pasti dapat merasai suasana dan menjamu hidangan berbuka yang berbeza.
Ada juga yang memaklumkan kepadanya bahawa seorang Muslim yang tidur di masjid juga boleh mendapat pahala.
“Jangan risau Ceddy, memang karpet masjid kadangkala tempat yang paling selesa untuk kita terlelap,” kata seorang wanita.
Menjawab soalan yang diajukan oleh seorang non-Muslim, Ceddy berkata masjid merupakan tempat yang sangat tenang.
“Saya rasa ia tempat yang sempurna untuk lari dari kekecohan dunia. Saya tak tahu tentang masjid lain, tapi yang ini rasa sangat selesa dan ramah. Masuk je terus rasa dilindungi,” katanya.










