Tular Promosi Ramadan Jam 10AM Hingga 5PM Hanya Untuk Dine-in, Ini Respon dipndip
Sebelum ini, seorang wanita mempersoalkan papan tanda promosi sempena Ramadan oleh dipndip yang menawarkan dessert pada harga RM19.90 untuk dine-in, namun hanya berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bermula awal Ramadan ini, ramai di antara kita yang sudah ‘hunting’ premis-premis F&B (food and beverages) yang menawarkan promosi-promosi bulan puasa yang berbaloi dan menarik. Lebih-lebih lagi untuk juadah iftar.
Bagaimanapun promosi dari restoran pencuci mulut, dindip sebelum ini mendapat kritikan ramai di platform media sosial kerana menawarkan promosi khas Ramadan dengan terma dan syarat yang dikatakan agak tidak munasabah.
Menerusi foto papan tanda yang dikongsikan seorang pengguna Threads, dipndip menawarkan pencuci mulut dengan harga RM19.90 bagi pelanggan yang menjamu selera di premisnya (dine-in).
Namun perkara yang mengundang perhatian adalah promosi itu bermula jam 10 pagi hingga 5 petang sekaligus menyukarkan para Muslim yang sedang berpuasa untuk menikmati tawaran tersebut.
“Dipndip baik betulkan promo tu sekarang. Jangan sampai pelanggan lari. Promosi bufet yang mahal untuk orang buka puasa. Promosi yang ni murah boleh beli tapi kena ‘dine-in’. Bincangkan!” kata wanita berkenaan.
Untuk info, dipndip turut menawarkan bufet Ramadan berharga RM69.90 bagi satu pax.
View on Threads
Netizen Minta Pihak Berkuasa Siasat Promosi Ramadan
Papan tanda promosi ini kemudiannya mendapat perhatian di platform X (Twitter) pula apabila pengendali akaun @isusemasaviral, mempersoalkan bagaimana promosi Ramadan yang mengelirukan itu boleh diluluskan.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh periksa dipndip ni tak?
“Mereka guna (istilah) tawaran Ramadan, tapi untuk makan (dine-in) dalam tempoh masa orang berpuasa. Memang mengelirukan dan menjengkelkan. Macam mana iklan promosi ni boleh lulus,” katanya.
@MyJAKIM @KPDN_HQ boleh check Dip n Dip ni tak. penggunaan Ramadan deal tapi makan dalam tempoh orang masih berpuasa.. what a misleading and annoying usage of ramadan. Macam mana boleh lulus iklan promosi ni?
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 26, 2026
Nanti esok minta maaf??? pic.twitter.com/mPYrGDPpvf
dipndip Mohon Maaf, Akui Ada Kekeliruan Info Pada Papan Tanda Promosi Ramadan
Mengambil maklum aduan orang ramai, dipndip menerusi satu kenyataan di laman Instagram memohon maaf kerana telah mengelirukan ramai pihak mengenai papan tanda promosi Ramadan berkenaan.
Jelas mereka, promosi itu sebenarnya ditawarkan kepada pelanggan yang mahu makan secara dine-in atau take-away.
Dipndip dalam masa sama turut berkata pihaknya menghormati bulan Ramadan dan juga penganut Islam di negara ini, selain tidak berniat untuk menawarkan pengalaman kurang senang kepada pelanggan.
“Niat kami sentiasa untuk meraikan bulan yang penuh bermakna ini serta memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada semua pelanggan. Kami amat menghormati bulan Ramadan dan komuniti Muslim, serta berusaha memastikan setiap promosi dilaksanakan dengan penuh pertimbangan dan inklusif.
“Kami memahami bahawa penyampaian maklumat berkaitan promosi tersebut, khususnya dari segi ketersediaan dan waktu, mungkin telah menimbulkan kekeliruan. Untuk penjelasan, promosi ini sebenarnya ditawarkan kepada pelanggan makan di premis (dine-in) dan juga bawa pulang (takeaway). Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” jelas dipndip.
Promosi Dessert RM19.90 Tidak Lagi Diteruskan
Dalam pada itu, dipndip turut menegaskan bahawa mereka kekal komited untuk melayan semua pelanggan dengan penuh inklusiviti, kepekaan dan rasa hormat sepanjang bulan istimewa ini, serta akan terus memastikan setiap promosi dapat diakses dan dinikmati oleh semua.
Menurut dipndip di ruangan komen, promosi RM19.90 telah pun dihentikan.




