fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Kes Curi Barang Kereta, Netizen Minta Warga Putrajaya Berhati-hati

Tular Dakwaan Kes Curi Barang Kereta, Netizen Minta Warga Putrajaya Berhati-hati

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan kelihatan dua kenderaan yang diparkir dipercayai di kawasan kediaman menjadi mangsa kes kecurian alatan kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa sahaja yang tak sayang kereta bukan? Yelah harganya tidak murah dan mungkin ada segelintir dari kita hanya mempunyai satu kenderaan untuk digunakan jika ingin ke mana-mana.

Oleh itu, barangan tersebut dijaga dengan rapi dan diletakkan di kawasan yang selamat selain pelbagai alat keselamatan turut diaktifkan untuk berhati-hati.

Namun ada segelintir individu yang bersikap mementingkan diri apabila mencuri barangan-barangan kenderaan demi keuntungan. Meskipun tahu ia adalah satu jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang tetapi perkara itu sering tidak diendahkan.

Lelaki minta warga Putrajaya berhati-hati

Baru-baru ini tular satu hantaran memaparkan dua buah kenderaan Perodua Axia yang dalam keadaan tidak sempurna.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Amir Zaharee di Threads, dia telah meminta orang ramai khususnya mereka yang menetap di Putrajaya untuk berhati-hati.

Kereta Axia merah hilang 4 biji tayar

Ini kerana, terdapat berlakunya kes kecurian barangan atau alatan kereta. Dalam gambar yang dikongsikan kelihatan Perodua Axia berwarna merah yang berada di parkir kehilangan empat biji tayar.

Malah turut kelihatan terdapat alat jek kereta turut diletakkan di bahagian bawah kereta terbabit.

Perodua warna biru hilang lampu dan hud hadapan

Dalam satu lagi gambar yang dikongsikan, kelihatan sebuah lagi kereta berwarna biru dipercayai juga jenama Perodua turut kehilangan beberapa bahagian (parts) seperti lampu hadapan serta penutup bonet depan seolah-olah dicabut.

“Buat warga Putrajaya berjaga-jaga musim merembat (mencuri) kembali lagi. Kesian owner yang tanggung. Kejadian di Presint 18.

“Kalau tu je kereta yang dia ada, terduduk beb! Stay alert,” ujarnya.

View on Threads

Ramai bimbang dan simpati dengan mangsa kecurian

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa bimbang dengan perkara tersebut. Malah ada yang bertanya adakah kawasan kejadian itu tidak mempunyai pengawal keselamatan.

Menurut Amir kebiasaannya kebanyakan kuartes di Putrajaya tidak mempunyai kemudahan pak guard.

Menerusi ruangan balas, Amir memaklumkan kamera litar tertutup (CCTV) hanya tersedia di kawasan perkarangan lif dan bukan pada kawasan parkir basement.

Ada juga memaklumkan pemilik kereta Axia merah merupakan kenalan mereka dan bersimpati dengan keadaan mereka.

Malah ramai yang turut mengecam tindakan individu yang mencuri alatan kenderaan tersebut.

“Mak aih, melampau ni”

“Pemilik kereta merah ni satu pejabat dengan isteri saya. kesian mereka.”

“Ini modus operadi yang sama setiap tahun bila dah nak raya. Motor LC, Superbike, ADV kena rembat. Kereta lagi la kena juga. Tapi pencurinya tetap tak ada kena tangkap ke apa-apa. Tiap-tiap tahun masih sama je. Tak raya puasa, raya haji.”

“Teruknya sampai cabut hood (bonet depan) tu”

“Bila kereta terlalu ada permintaan tinggi, barang biasa pun pencuri bedal (ambil) sekarang ni eh. Dah sama halnya macam motor Ysuku, LC selalu jadi target walaupun standard..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.